Home Blog

PMX janji skim gaji jadi keutamaan, puji penjawat awam urus banjir

0

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara bertambah.

Perdana Menteri memberi jaminan berkenaan sebagai menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan kepantasan semua jentera penjawat awam yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas ketika ini.

Kerajaan, jelas Anwar, sangat berterima kasih dengan keikhlasan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana banjir tanpa perlu menunggu arahan.

“Jentera di Persekutuan dan negeri, kepantasan jauh lebih baik. Terima kasih Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi kerana turun segera (melawat kawasan banjir), dan Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) memberikan laporan harian.

“(Ketika melawat Johor) Saya sempat juga berjumpa dengan pegawai daerah, Menteri Besar, Ketua Polis dan lain-lain, syukur kepada Allah mereka tak payah tunggu arahan.

“Elok lah saya hadir di sini (untuk mengucapkan kepada) semua penjawat awam, bukan sahaja yang ada di sini tetapi juga di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan lain-lain yang bertindak bahawa kita bangga.

“Kita ingin memberikan dokongan dan galakan dan ada yang tanya tentang skim gaji itu, bila pendapatan negara bertambah, skim gaji akan jadi keutamaan penjawat awam. Insya-Allah… (tetapi) untuk bulan ini tidak mungkin (kenaikan),” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, pada Isnin.

Berucap lagi, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis ini, beliau akan memberikan gambaran positif berhubung hasil dan pendapatan negara dari segi jumlah pelaburan sebenar yang dijangka masuk dalam negara.

Antara kejayaan besar kerajaan, kata Anwar, adalah bayaran berjumlah AS$1.8 bilion yang akan diterima daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS).

Kejayaan perolehan bayaran tersebut, tambah Perdana Menteri, menunjukkan keupayaan dan kepakaran yang dimiliki oleh penjawat-penjawat awam dalam menjalankan tugas.

“Buktinya AS$1.8 bilion yang masuk dalam tabung negara dan dana tunai, maknanya unjuran belanjawan itu membuktikan bahawa apa yang saya sebut ketika itu (adalah) keadaan bertambah baik kerana saya sudah maklum dengan perkara itu cuma saya belum tahu jumlah sebenar dan akhirnya kita perolehi AS$1.8 bilion.

“Ini yang saya sebut kepada Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan (Presiden Emiriah Arab Bersatu) dan Yang di-Pertuan Agong, bahawa kita serahkan kepercayaan dan keyakinan kepada pegawai-pegawai dan beri contoh yang baik supaya jangan ada kepimpinan di atas untuk mengadakan ‘deal’ yang tidak wajar,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Kabinet turut bersetuju untuk menggunakan kaedah yang berbeza pada bulan-bulan akan datang bagi memaklumkan mengenai pelaburan sebenar yang masuk dalam negara, dan bukan sekadar melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA).

Terdahulu, media melaporkan IPIC dan Aabar PJS, yang merupakan dua firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kementerian Kewangan memaklumkan penyelesaian itu dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

BACA JUGA:

Dewan Rakyat: Tumpu pelan kerajaan hadapi kegawatan ekonomi

0

KUALA LUMPUR – Pelan kerajaan untuk menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini, merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bertanya Menteri Kewangan sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif seperti subsidi upah, geran khas kepada perusahaan kecil dan sederhana, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta bantuan lain seperti yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, pada sesi soal jawab lisan.

Riduan Rubin (Bebas-Tenom) pula mahu Menteri Kewangan menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi tahun ini.

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanya Menteri Perladangan dan Komoditi sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM4.50 kini.

Sementara itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi ketika ini.

Selesai sesi soal jawab lisan, sidang Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 pada peringkat dasar bagi hari kelima.

BACA JUGA:

Isu politik antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim masih berterusan

0

Meskipun sudah menjangkau usia hampir seabad, namun tiada siapa mampu menafikan kesungguhan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik.

Mula terlibat dalam politik sejak 1946, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu boleh dikatakan antara ahli politik tanah air paling lama dan mempunyai banyak sumbangan di peringkat nasional serta antarabangsa.

Baru-baru ini, Dr Mahathir sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyentuh mengenai tempoh 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tiada sebarang perubahan membanggakan mampu ditonjolkan.

Jelas beliau, Anwar hanya sekadar menabur janji untuk membawa perubahan kepada rakyat.

Dr Mahathir dilihat seperti ‘mencari pasal’ dengan Anwar kerana turut menyatakan parti utama bangsa Melayu di bawah Kerajaan Perpaduannya tidak mempunyai kuasa yang utuh terhadap pentadbiran negara.

Ia ditambah dengan dakwaan terhadap kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Tambun itu yang berkemungkinan membuat perubahan kawasan pilihan raya dengan mengurangkan jumlah kawasan Melayu berbanding kawasan bukan Melayu.

Umum mengetahui, isu politik antara Mahathir dengan Anwar bukanlah satu perkara baharu.

Kedua-duanya pernah saling berganding bahu, bermula pada 1993, Dr Mahathir ketika itu merupakan Perdana Menteri, melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Sehinggalah disusuli dengan pemecatan Anwar pada 1998 yang disifatkan rakyat amat mengejutkan.

Anwar dipenjarakan atas dakwaan kesalahan rasuah dan liwat sehingga menzahirkan gelombang kemarahan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10).

Meskipun demikian, kemarahan rakyat terhadap bekas Ahli Parlimen Langkawi surut seketika setelah jawatannya sebagai Perdana menteri pada masa itu dilepaskan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.

Hubungan beliau dengan Anwar dilihat kembali rapat selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga diangkat kembali menjadi Perdana Menteri.

Rakyat sedikit sebanyak mula menaruh reaksi positif terhadap hubungan kedua-duanya, termasuk proses menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan beliau.

Sangkaan tersebut bagaimanapun meleset apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan berikutan krisis politik antara parti utama negara pada masa itu yang kemudiannya menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi Perdana Menteri.

Hubungan beliau dengan Anwar kemudian menjadi tanda tanya dan suram ditambah dengan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menjadikan jurang kelihatan semakin besar.

Dengan penyertaan Dr Mahathir dalam Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) baru-baru ini yang disifatkan sebagai pergerakan ultra Melayu itu, pertarungan beliau dengan Anwar nampaknya belum lagi berakhir.

Apa yang menjadi persoalan kini adalah sampai bila perseteruan antara kedua-duanya akan berlarutan.

BACA JUGA:

Bekalan minyak masak bersubsidi, KPDN jamin mencukupi

0

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi tetap mencukupi biarpun sentiasa berdepan aktiviti penyelewengan barangan itu ke Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak menafikan berlaku aktiviti jualan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran namun pada masa sama menegaskan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan dengan giat dari semasa ke semasa.

Katanya, pasukan penguat kuasa sentiasa menjalankan tugas mereka, mengawal, berkeras, tangkap, rampas dan ini berlaku di seluruh negara namun begitu, setakat pemerhatiannya selama dua bulan di kementerian ini, ia belum menjadi tahap krisis.

“Kita ada terima laporan barangan kita dijual di sempadan, memang ada kes dan berlaku rampasan namun pasukan penguat kuasa kita sentiasa mengambil tanggungjawab.

“Setakat ini, saya beri jaminan bekalan (minyak masak) cukup dan tidak berlaku krisis. Kalau berlaku di mana-mana, boleh buat aduan sekarang dan kita akan selesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Salahuddin berkata, jika wujud juga isu kekurangan minyak masak di pasaran, ia adalah disebabkan peniaga kecil yang turut membuat pembelian dalam kuantiti banyak.

Begitu juga faktor yang berpunca daripada pihak pasar raya itu sendiri yang kemungkinan besar sedang membuat kawalan dalaman premisnya yang menyebabkan barangan subsidi itu dihadkan jualan.

“Kita cuma terima (aduan) di tempat tertentu dan jika kekurangan bekalan (berlaku), kita akan minta penguat kuasa pergi periksa dan (pastikan) bekalan minyak masak akan pulih secepat mungkin.

“Pastinya pemantauan berterusan kita jalankan tambahan pula sekarang sedang berlangsung Ops TIRIS bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi dan pada masa sama boleh juga pantau berkaitan minyak masak paket bersubsidi,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir di Pantai Timor Hipermarket di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini ketika melakukan Walkabout sempena pelancaran Pakej Jualan Rahmah yang disediakan premis berkenaan.

Salahuddin berkata, sudah banyak pasar raya yang mengambil bahagian dalam menyediakan Pakej Jualan Rahmah iaitu dengan pengurangan harga antara tiga hingga 30 peratus.

“Sebanyak 14 barangan dipilih untuk dimasukkan dalam pakej itu dan kita sangat berharap inisiatif sebegini dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

BACA JUGA:

Madius ingatkan kerajaan, tunaikan pemberian hak 40 peratus Pungutan Hasil Persekutuan Sabah

0

Kuala Lumpur – Kerajaan diingatkan untuk menunaikan segala tuntutan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk pemberian hak dua per lima atau 40 peratus Pungutan Hasil Persekutuan di Sabah kepada wilayah bumi di Bawah Bayu itu.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, sekiranya perkara itu dilaksanakan sejak pembentukan Malaysia, tidak wujud pelbagai isu kemudahan asas termasuk masalah bekalan air yang disifatkannya sudah menjadi tahap satu sumpahan kepada rakyat Sabah.

“Memetik kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga bekas menteri bertanggungjawab kepada hal ehwal air di Sabah, masalah utama yang dihadapi wilayah ini ialah peruntukan yang tidak mencukupi, iaitu sebanyak RM23 – RM27 bilion diperlukan untuk tujuan penyelesaian tuntas.

“Dari mana? Dan bilakah Sabah akan dapat peruntukan sebanyak itu? Antaranya Kerajaan Sabah terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan kemudian membayar semula hutang pinjaman.

“Saya ingin bertanya, siapa yang sebenarnya yang sudah berhutang selama 60 tahun? Adakah Sabah atau Malaysia yang berhutang kepada Sabah?”.

Madius berkata demikian ketika sesi Ucapan Dasar Bajet 2023 dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan hanya perlu melaksanakan hak-hak Sabah terutama sekali Perkara 112C (1) (a) Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

“Tuaran bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen lain sudah menyuarakan perkara ini berkali-kali di Dewan yang Mulia ini termasuk dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah DiRaja baru-baru ini.

“Malang sekali tidak ada ulasan langsung daripada mana-mana Menteri termasuk Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

“Saya mohon maaf terpaksa berterus terang meluahkan kekecewaan rakyat Sabah, kerana yang disebut hanyalah pemberian khas yang dikatakan sebagai interim. Hak Sabah telah dinafikan selama 60 tahun sejak terbentuknya Malaysia.

“Sekiranya pemberian 40 peratus dilaksanakan dari dahulu, saya percaya Sabah mempunyai peruntukan mencukupi bukan sahaja dalam menyediakan bekalan air bersih malah dalam menyediakan pelbagai kemudahan asas lain seperti jalan raya dan bekalan elektrik,” katanya.

BACA JUGA:

Pelaksanaan model ‘gaji kehidupan wajar’ masih dalam penilitian kerajaan

0

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang dalam usaha untuk meneliti cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pelaksanaan model ‘gaji kehidupan wajar’ di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, model gaji progresif itu memerlukan kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.

Ini kerana katanya, pelaksanaan gaji progresif dan gaji minimum mempunyai objektif yang sama iaitu memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji terendah.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

“Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji secara teliti dan mengenal pasti model yang paling sesuai untuk negara kita,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan untuk laksana cadangan model gaji progresif.

Menurutnya, Laporan Tahunan 2017 BNM sebelum ini menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak pula adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak sebanyak RM6,500.

Sementara itu, menjawab soalan asal Awang mengenai rasionalnya kerajaan menangguhkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 (PGM2022) terhadap majikan kurang lima pekerja meskipun perintah tersebut terpakai untuk majikan kategori lain, Sivakumar menjelaskan keputusan itu dibuat mengambil kira pelbagai aspek.

Katanya, penangguhan ini dibuat antaranya dengan mengambil kira memorandum daripada pelbagai pihak terlibat yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan akibat pelaksanaan PGM2022 yang akhirnya akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran operasi dan perkhidmatan syarikat.

“Penangguhan tambahan selama enam bulan ini terhadap perniagaan mikro, dengan pekerjanya kurang daripada lima orang diharap dapat memberikan peluang untuk mereka menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan, yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat,” katanya.

BACA JUGA:

Christina Liew laksanakan pelan memperindah Kota Kinabalu

0

Kota Kinabalu – Usaha berterusan giat dilaksanakan bagi mempergiat pelaksanaan Rangka Tindakan Pengindahan Landskap Kota Kinabalu (2021-2025) yang dilancarkan pada September 2020.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pelaksanaan pelan tindakan itu adalah melibatkan aktiviti mencantikkan Kampung Air, menambah baik system perparitan dan beberapa aktiviti lain.

“Selain itu, pelan ini juga akan mencerahkan lorong belakang Kampung Air dan menanam lebih banyak pokok bunga dan pokok bagi meningkatkan suasana bandar.

“Rancangan juga sedang dibuat bagi memeriahkan Taman Chong Thien Vun dengan mengajak generasi muda memulakan aktiviti perniagaan mingguan di sana selain langkah akan diambil untuk menjadikan Taman Bandaraya lebih mudah diakses oleh penduduk tempatan dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima kunjungan rombongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diketuai Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Pada kunjungan itu juga, DBKK turut menyerahkan draf mereka mengenai ‘Beautiful KK’ dan “Heritage KK” yang menjadi antara cadangan lain.

Christina berkata, usaha perlu ditingkatkan khususnya berkaitan isu kebersihan tandas awam di sini. Selain itu, kerja penyelenggaraan juga perlu dilakukan terhadap jubin lantai yang rosak serta laluan-laluan pejalan kaki yang rosak dalam bandaraya ini.

“Saya mahu lihat kesemua ini diselesaikan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Christina juga mengumumkan DBKK akan meluaskan tapak Api-Api Night Food Market di Gaya Street dari kawasan Alliance Bank sehingga kawasan Jesselton Hotel berkuatkuasa 15 Mac ini.

Katanya, tindakan positif itu diambil kerana lokasi berkenaan merupakan destinasi tarikan pelancong selain untuk mengurangkan kesesakan.

“Kerajaan menawarkan peluang kepada penjaja kecil berminat untuk berniaga di kawasan ini pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6 petang sehingga 12 tengah malam. Mohonlah lesen berkaitan dari DBKK.

“Saya mahu mengingatkan kebersihan persekitaran adalah wajib dipatuhi bagi mengekalkan imej baik destinasi ini.

“Penerbangan terus dari Guangzhou dan Shenzhen akan bermula 2 dan 3 Mac ini, dijangkakan penerbangan dari negara lain juga akan tiba. Kita perlu bersedia untuk menerima lebih ramai pelancong ke Sabah,” katanya.

BACA JUGA:

Dewan Rakyat: Isu lantikan NC Universiti, MSAP dibangkitkan

0

KUALA LUMPUR – Persoalan sama ada kerajaan akan meneruskan amalan lantikan naib canselor universiti oleh menteri antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, pertanyaan itu akan dikemukakan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) kepada Menteri Pendidikan Tinggi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau juga ingin tahu sama ada lantikan jawatan berkenaan diberikan secara autonomi kepada warga universiti sendiri untuk mengundi naib canselor mereka, susulan keputusan kerajaan tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Turut dibangkitkan adalah pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta Menteri Komunikasi dan Digital menjelaskan mengenai Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) baharu yang mula berkuat kuasa semalam dan kesannya terhadap sektor telekomunikasi serta pengguna dari segi mutu perkhidmatan.

Pada sesi sama, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pula bertanyakan kepada Menteri Kesihatan berhubung prestasi dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.

Dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan punca dan penyelesaian yang akan diambil berkenaan isu bahaya kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas, yang lebih besar berbanding kes Covid-19.

Selain itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan juga dijadualkan menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin tahu langkah kementerian itu untuk membendung masalah kenaikan harga rumah yang berterusan.

Selesai sesi soal jawab itu, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari keempat.

BACA JUGA:

Tiga dimensi jadi tumpuan dalam belanjawan 2023 berdasarkan pandangan Bank Dunia

0

KUALA LUMPUR – Tiada belanjawan negara yang sempurna atau mampu menyelesaikan semua permasalahan.

Itu pandangan dikemukakan Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi berkait Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian di Twitter beliau, Apurva berkata belanjawan tersebut telah menetapkan hala tuju yang baik dalam pelbagai perkara.

Beliau bagaimanapun menggariskan beberapa isu dasar yang masih perlu diberi fokus oleh kerajaan menerusi dimensi 3D (Data, Development & Discipline).

DATA

“Syabas kepada kerajaan yang telah menjadikan data lebih terbuka dan mudah diakses. Namun, bolehkah kita dapatkan data perbelanjaan mengikut projek, kategori dan geografi?

“Sabah, Sarawak akan mendapat RM12 bilion. Bagus, tetapi apa data atau kriteria yang membolehkan mereka atau negeri lain mendapat peruntukan? Bolehkah ia (data) dijadikan secara terbuka,” katanya.

Beliau turut memuji keputusan untuk lebih banyak tender secara terbuka dilaksanakan selepas ini.

Menurutnya, dalam analisis Bank Dunia pada 2017, ia mendapati sekitar 30 peratus projek mega dianugerahkan secara rundingan terus.

Justeru beliau berpandangan isu tersebut adalah lebih sistemik melangkaui projek mitigasi banjir.

“Mengapa tidak mempertimbang untuk tender terbuka melibatkan semua projek mega, dalam semua sektor?

“Bagaimana pula data berkenaan tempoh menunggu di hospital, penggunaan pengangkutan awam atau dan sebagainya?

“Jabatan kerajaan di United Kingdom (UK) perlu mengemukakan butiran terperinci bagi semua projek yang menelan belanja melebihi £25,000.

“Bolehkah Malaysia melakukan perkara yang sama?” soalnya.

DEVELOPMENT (Perbelanjaan Pembangunan)

Menurut Apurva, perbelanjaan pembangunan (DE) yang diperuntukkan adalah sekitar RM99 bilion daripada keseluruhan RM388 bilion.

Bagaimanapun, selepas menolak sekitar RM13 bilion untuk tebusan bon 1MDB, peruntukan yang tinggal adalah sekitar RM85 bilion atau hanya 22 peratus bagi DE.

“Adakah ia mencukupi bagi Malaysia – sebuah negara menua?

“Sebagai contoh, walaupun peruntukan yang besar, perbelanjaan kesihatan hanya sekitar 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau turut mempersoal sama ada dana tersebut disalurkan secara tepat lantaran peruntukan bagi kesihatan, pendidikan, infrastruktur, PKS, belia dan lain-lain adalah sama penting.

“Namun, dengan ketiadaan analisis kos faedah sosial secara terbuka, tidak mudah untuk tahu sekiranya projek-projek dipilih berdasarkan pulangan kepada peningkatan ekonomi atau sosial.

“Malah, analisis kami pada 2017 menunjukkan tahap kecekapan pelaburan awam di Malaysia hanya sekitar 50 peratus, lebih rendah berbanding 70 peratus di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD),” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa impak DE sukar diseragamkan dengan mengambil contoh apabila lebih 70 agensi menawarkan program latihan kemahiran selain 35 agensi melaksanakan lebih 100 program digitalisasi PKS.

Justeru, Apurva melihat, program yang pelbagai dan bertindan boleh mengurangkan impak perbelanjaan yang baik bagi meningkatkan kemahiran dan PKS.

DISIPLIN: Defisit, cukai & subsidi

Menurut beliau, kadar defisit dijangka menurun daripada 5 peratus KDNK pada 2023 kepada 3.2 peratus pada 2025.

“Adakah ia realistik?

“Pada 2022, ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar 8.7 peratus disokong oleh harga minyak yang tinggi iaitu sekitar AS$100 setong.

“Tetapi pertumbuhan pada 2023 adalah 4.5 peratus dengan harga minyak AS$80 setong ketika ini dijangka akan lebih rendah,” katanya.

“Bagaimana sekiranya harga minyak jatuh di bawah paras AS$80 setong?” ujarnya.

Sekiranya ia berlaku, beliau menjangkakan hasil kerajaan akan lebih rendah daripada 2022, namun tidak dinafikan ia juga boleh meningkat.

Berkait beberapa cukai seperti barangan mewah, individu berpendapatan tinggi dan keuntungan modal, kerajaan perlu mengambil kira faktor reaksi tingkah laku.

“Barangan mewah biasanya sensitif terhadap perubahan harga.

“Individu berpendapatan tinggi pula boleh melantik akauntan percukaian terbaik.

“Keuntungan selalunya bergerak merentas sempadan.

“Jadi saya tidak begitu yakin berkenaan potensi meningkatkan hasil, tetapi ia merupakan isyarat yang baik dalam meluaskan asas percukaian,” katanya.

Berkait subsidi pula, Apurva berkata ia sekitar 3.4 peratus KDNK tahun lalu di mana pengurangannya mampu menangani sasaran defisit.

“Namun, belanjawan kali ini hanya menyentuh secara umum sahaja berkait subsidi.

“Malah, isu lain berkait disiplin fiskal sebagai contoh mengapa dividen petroleum dibelanja untuk perbelanjaan operasi seperti pembayaran gaji sebagainya sedangkan ia sepatutnya disimpan bagi generasi masa depan atau dibelanja untuk pembangunan?” soalnya.

BACA LAGI:

Hasil kutipan negeri Sabah tahun lalu adalah RM7 bilion

0

Kota Kinabalu – Sabah telah berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM7 bilion pada tahun lalu hasil kerja keras semua pihak iaitu jauh melepasi angka yang disasarkan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, nilai pelaburan mencecah RM33 bilion, melibatkan beberapa syarikat pelabur dari dalam dan luar negara.

Katanya, kejayaan ini adalah juga kejayaan anggota perkhidmatan awam yang telah mempamerkan komitmen dan kerja keras yang membanggakan.

Beliau turut menyentuh pencapaian Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya dalam tempoh dua tahun, antaranya ialah pemeteraian perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) dengan pihak Petronas yang berprinsipkan ‘Greater Say, Greater Participation and Greater Revenue’.

Selain itu katanya, Kerajaan turut meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah dan RUU Bekalan Gas 2023, yang memberi kuasa sepenuhnya kepada Sabah dalam pengendalian bekalan gas, termasuk operasi tenaga elektrik mulai 1 Januari 2024.

“Perlu diingat, bahawa kejayaan ini membuktikan sokongan dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap tuntutan yang kita kemukakan berkaitan hak-hak Sabah seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hajiji turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Anwar yang telah memperuntukkan RM6.5 bilion untuk pembangunan negeri Sabah dalam Belanjawan Persekutuan yang dibentangkan semula.

Katanya, sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah memerlukan peruntukan yang besar untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri yang masih jauh  tertinggal.

Menurutnya, peruntukan RM6.5 bilion itu sebenarnya tidak termasuk beberapa inisiatif lain, antaranya merangkumi pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah/Sarawak sebanyak RM20 bilion, dan RM1 bilion lagi untuk membangunkan kawasan sempadan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.

Hajiji juga yakin Malaysia mampu bangkit kembali menjadi negara yang disegani dan dihormati dibawah pimpinan dinamik Anwar.

BACA JUGA:

Jika ekonomi perlahan, hasil cukai Malaysia akan terjejas

0

KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan besar mencatat pertumbuhan ekonomi lebih sederhana pada tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur berkembang 4.1 peratus daripada 8.7 peratus pada 2022, kata Moody’s Analytics.

Ahli Ekonominya, Denise Cheok, berkata prospek juga bagaimanapun masih belum jelas dan sasaran perolehan hasil cukai mungkin terjejas jika pertumbuhan KDNK lebih rendah.

“Risiko utamanya adalah ekonomi global dan boleh menjejaskan permintaan eksport Malaysia. Selain itu, trajektori ekonomi China juga tidak menentu dan ia rakan eksport kedua terbesar Malaysia serta destinasi utama bagi komoditi dan elektronik.

“Potensi pemulihan permintaan pengguna di China agak cerah, namun peralihan daripada dasar sifar COVID-19 agak tidak menentu berikutan isi rumahnya terpaksa mengharungi peningkatan jangkitan COVID-19 itu,” katanya.

Cheok berkata, cabaran lain adalah unjuran pengurangan hasil syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS tahun ini berikutan penyusutan harga minyak.

Moody’s Analytics menganggarkan minyak mentah Brent menyederhana kepada kira-kira AS$90 setong tahun ini berbanding AS$114 setong pada pertengahan 2022.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan semakan semula Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion, iaitu RM289.1 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion untuk pembangunan.

“Biarpun membabitkan perbelanjaan lebih besar, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet kepada lima peratus KDNK daripada 5.5 peratus dalam Belanjawan 2023 sebelum ini,” kata Cheok.

Beliau juga menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai pembentangan rancangan besar untuk mengurangkan defisit fiskal sambil mengekalkan subsidi serta menurunkan cukai untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Namun, butiran mengenai bagaimana untuk mencapainya agak kabur. Tidak jelas bilakah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) itu akan diperkenalkan semula dan bagaimana kerajaan mahu memulakan langkah untuk mengekang peningkatan hutang,” katanya.

Justeru, beliau menganggap pelaksanaan semula GST akan membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit itu.

Bagaimanapun, Anwar menerusi Belanjawan 2023 itu menegaskan bahawa tiada sebarang perancangan untuk melaksanakan semula cukai penggunaan secara meluas berikutan kenaikan harga bagi kategori tertentu, termasuk makanan.

Selain itu, Cheok berkata cukai pendapatan meliputi hampir 40 peratus daripada hasil kerajaan dan pengumuman cukai pendapatan individu dalam julat cukai pendapatan lebih tinggi berpendapatan tahunan melebihi RM230,000 akan dinaikkan.

Namun, katanya, ini tidak mungkin dapat menampung potongan cukai bagi kumpulan pendapatan lain.

Cukai lain yang diumumkan termasuk memperkenalkan cukai barangan mewah serta duti eksasis ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan bagi rokok elektronik dan vape.

BACA JUGA:

Isu kenaikan gaji masih hangat diperkatakan, atau adakah kita patut ubah cara hidup kita?

0

DALAM keadaan ekonomi yang semakin mencabar, sudah pasti orang ramai mengharapkan gaji mereka dinaikkan bagi membolehkan menampung kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanapun, harapan penjawat awam luntur apabila Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu tidak mengumumkan sebarang kenaikan gaji buat mereka.

Walaupun begitu, Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion ada menyediakan imbuhan secara tidak langsung kepada penjawat awam, antaranya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM700 dan RM350 buat pesara, serta subsidi yuran taska RM180 sebulan sedikit sebanyak ‘mengubat luka’ mereka.

Penjawat awam perlu menerima hakikat situasi kewangan semasa kerajaan walaupun terpaksa berdepan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi. Menurut Perdana Menteri, sekiranya gaji penjawat awam dinaikkan, perbelanjaan kerajaan akan menjadi defisit daripada 5.6 peratus kepada 6.5 peratus, sedangkan pada masa ini hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion.

Penjelasan Anwar berhubung isu gaji itu diterima Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan hati yang terbuka. Presidennya, Datuk Adnan Mat tetap memberi jaminan penjawat awam akan terus menyokong dasar kepimpinan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Sebenarnya, bukan sahaja penjawat awam, malah pekerja di sektor swasta juga menghadapi masalah sama apabila tidak mendapat kenaikan gaji disebabkan syarikat terpaksa bergelut dengan cabaran ekonomi.

Oleh kerana itu, rancangan penyelesaian jangka pendek dengan memperbanyakkan program-program membantu rakyat perlu diteruskan dan diperluaskan. Dengan adanya program berkonsepkan ‘Rahmah’ yang meletakkan kumpulan sasaran sebenar, tidak mustahil usaha kerajaan membantu masyarakat dapat dicapai dalam jangka pendek tanpa perlu melalui kenaikan gaji.

Bagaimanapun, usaha kerajaan ini tidak akan berhasil sekiranya rakyat Malaysia sendiri enggan mengubah gaya hidup mereka.

Jika selama ini banyak menghabiskan duit menikmati hidangan di restoran mewah atau kedai kopi hipster, apa salahnya bermula sekarang, ambil peluang menjamu selera menu rahmah pula.

Tolak tepi gaya hidup mewah dan manfaatkan gaji untuk perkara penting terlebih dahulu.

BACA JUGA:

Belanjawan 2023: Bantu ringankan beban kewangan rakyat

0

KUALA LUMPUR – Inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 dilihat mampu meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dalam berdepan ketidaktentuan global, demikian menurut penganalisis.

AmInvestment Bank dalam nota penyelidikannya berkata, belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu itu antara lain memberi penekanan untuk menyediakan lebih banyak tunai kepada segmen berpendapatan rendah selain elaun pendidikan.

Malah, Kerajaan Perpaduan juga katanya akan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan pendapatan tahunan antara RM35,000 hingga RM100,000 sambil meningkatkan sebanyak 0.5 peratus hingga dua peratus bagi banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.

“Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan kepada 15 peratus untuk pendapatan tahunan di bawah RM100,000 akan memberikan peningkatan penggunaan jangka pendek kepada negara.

“Secara amnya, pengurangan cukai akan memanfaatkan M40,” katanya.

AmInvestment Bank berkata, dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan, perbelanjaan belanjawan 2023 telah dinaikkan kepada RM388 bilion, meningkat empat peratus berbanding RM372.3 bilion yang diumumkan sebelumnya dan peningkatan besar 20.5 peratus berbanding RM332 bilion pada 2022.

Ia berkata, walaupun perbelanjaan pembangunan adalah lebih tinggi sebanyak RM97 bilion, pihaknya agak berhati-hati memandangkan ia biasanya adalah untuk projek infrastruktur asas, yang akan memanfaatkan kontraktor lebih kecil, kebanyakannya bukan syarikat senaraian awam.

Sementara itu, Penganalisis RHB Research, Alexander Chia, berkata Belanjawan 2023 yang dibentangkan buat kali kedua itu dilihat menepati jangkaan dan berteraskan pelbagai inisiatif sokongan sosial bagi mensejahterakan golongan miskin tegar.

Beliau berkata, tidak banyak usul yang menimbulkan kontroversi dengan pasaran menghela nafas kelegaan susulan tiadanya cukai baharu yang dikenakan ke atas sektor swasta.

Katanya, agensi penarafan juga tidak lagi gusar apabila defisit fiskal direndahkan kepada

lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Sektor pengguna menjadi penerima manfaat daripada belanjawan kali ini, sementara risiko kawal selia yang semakin reda memberi kesan baik untuk keseluruhan pasaran ekuiti,” katanya.

BACA JUGA:

Dewan Rakyat: Isu KWSP masih menjadi topik hangat dalam sidang Parlimen

0

KUALA LUMPUR – Memasuki minggu ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menjadi topik hangat dalam sidang Dewan Rakyat, dengan Ahli-ahli Parlimen melontarkan pelbagai idea dan pandangan berhubung dana persaraan negara itu.

Semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 semalam, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada awalnya melahirkan kebimbangan mengenai fakta bahawa median simpanan ahli KWSP menyusut 50 peratus daripada RM16,600 pada tahun sebelum pandemik COVID-19 kepada RM8,100 pada 2022.

Lim berkata, lantaran itu kerajaan perlu mewujudkan perancangan jangka panjang yang beroperasi selari dengan KWSP bagi memastikan kehidupan persaraan rakyat tidak terancam kerana kekurangan jaminan wang persaraan kelak.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mempelajari modul Dana Pencen Kerajaan Norway, khususnya daripada aspek pengurusan kekayaan hasil bumi dengan berkesan, yang membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada dana pencen tersebut.

“Sekiranya kebanyakan keuntungan Petronas dikunci sedemikian dalam amanah (Dana Pencen Kerajaan) seperti diamalkan Norway, rakyat Malaysia (Malaysia) berkemungkinan memiliki aset bernilai USD1 trilion dan secara langsung menjamin masa depan rakyat yang berpencen,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut menggesa kerajaan supaya membenarkan pengeluaran bersasar KWSP kepada golongan yang memerlukan dengan mencari satu mekanisme yang sesuai.

Turut menyentuh isu sama ialah Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran dana itu secara bersasar memandangkan situasi rakyat ketika ini yang semakin hari semakin terhimpit ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Pencarum KWSP ini datang daripada kelompok yang sekian lama mencarum dan menabung untuk masa depan, tetapi malangnya kesusahan datang lebih awal daripada tarikh persaraan. Sebab itu saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar ini,” katanya.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula berpendapat bahawa inisiatif kerajaan menambah caruman sebanyak RM500 untuk ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dilihat tidak memberikan impak kepada penerima.

“Pemberian RM500 itu bagus tetapi ia tidak memberi apa-apa impak kerana penerima hanya boleh gunakan wang itu selepas beberapa tahun,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.

BACA JUGA:

Dr Yusof Yacob nyatakan belum sah jadi ahli UMNO sebelum ini

0

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang sebelum ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersama empat ADUN UMNO Sabah yang lain, sebenarnya bukan ahli parti itu.

Perkara itu dimaklumkannya ketika diminta mengulas sama ada dipanggil menghadap Lembaga Disiplin UMNO berhubung tindakan beliau bersama empat ADUN lain menyokong kepemimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Awal bulan lalu, beliau bersama ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) menolak keputusan UMNO Sabah menarik sokongan kepada Hajiji dan kerajaan negeri.

Keempat-empat mereka sudah menerima surat daripada Lembaga Disiplin UMNO, manakala Dr Yusof tidak.

Dr Yusof yang ditemui pada sidang media ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari yang keluar WARISAN semalam, berkata beliau sebelum ini menyangka sudah diterima semula menyertai UMNO selepas meninggalkan WARISAN pada Oktober 2021.

“Saya memikirkan sudah diterima menjadi ahli UMNO kerana saya dipanggil oleh pejabat Perhubungan UMNO untuk menyertai acara-acara dan juga perhimpunan parti itu tetapi rupanya saya ini belum menjadi ahli.

“Jadi, UMNO rupanya tidak menerima saya, jadi tidak salah saya menyertai Gagasan Rakyat, saya sudah diterima pada dasarnya kerana ia sudah dibawa secara rasminya,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menerima surat mahupun dipanggil Lembaga Disiplin UMNO, susulan keputusan menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Hajiji.

Dr Yusof mendakwa ada pemimpin terutama dalam UMNO bahagian Sipitang tidak mahu beliau masuk semula parti itu kerana takut menjadi saingan kepada mereka.

“Jadi saya kata, tidak apalah, mereka tidak mahu menerima saya. Saya ini orang politik, saya terpaksa mencari landasan perjuangan politik.

“Oleh itu, tanpa ada rasa ragu-ragu saya tiada masalah untuk menyertai mana-mana parti yang saya fikirkan sesuai untuk saya, jadi saya memilih Gagasan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Dr Yusof berkata beliau tidak mahu melayan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung tindakan menyertai Gagasan Rakyat termasuk dikatakan ‘katak’ dan ‘dibeli’.

“Sebenarnya mereka tidak faham, ia hanya alasan memburukkan kita, tetapi apapun yang mereka katakan itu biarlah mereka cakap kerana mereka tidak tahu isi hati kita.

“Saya tidak mahu layan kata-kata mereka itu, lebih-lebih lagi yang dicakap di Parlimen sedangkan kita tiada di sana untuk mempertahankan diri, tetapi rakyat tahu apa matlamat kita untuk Sabah,” katanya.

Sebelum menyertai WARISAN dan bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Dr Yusof yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat pernah menjadi ahli UMNO dan mengetuai UMNO bahagian Sipitang pada 1990-an.

BACA JUGA:

Transformasi pendidikan tinggi negara mendapat sokongan dalam Belanjawan 2023

0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik dan menyokong Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’.

Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam menyokong usaha KPT untuk melaksanakan transformasi pendidikan tinggi melalui pengukuhan ekosistem pendidikan tinggi.

Dalam satu kenyataan kepada media, KPT juga menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan terhadap agenda pendidikan tinggi negara melalui peruntukan keseluruhan sebanyak RM15.3 bilion, iaitu RM11.7 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM3.6 bilion bagi Perbelanjaan Pembangunan. Peruntukan ini meningkat sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun 2022.

Perbelanjaan Pembangunan KPT telah menunjukkan peningkatan sebanyak 22.9 peratus (RM671 juta). Justeru, fokus KPT bagi tahun 2023 adalah untuk menambahbaik fasiliti Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi memastikan infrastruktur, bangunan dan peralatan di IPTA berada dalam keadaan yang kondusif, selamat serta berfungsi dengan efisyen untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

Sebanyak RM436 juta dikhususkan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di IPTA.

Dalam mentransformasi pendidikan tinggi melalui teknologi alaf baru, KPT juga akan memberi tumpuan terhadap agenda pendigitalan dalam aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan, untuk manfaat para penyelidik, ahli akademik dan pelajar-pelajar di IPT.

Dana sebanyak RM35 juta akan digunakan untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di IPTA di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).

Usaha pendigitalan ini diharapkan akan dapat memperluas akses pembelajaran berkualiti yang inovatif, fleksibel dan bertaraf global kepada semua pemegang taruh tanpa mengira lokasi.

KPT juga akan memperkasa agenda penyelidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat ilmu yang unggul melalui peruntukan R&D sebanyak RM428 juta yang diperuntukkan kepada KPT dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk melaksanakan penyelidikan translasional, KPT akan menterjermahkan penyelidikan translasional kepada penghasilan nyata untuk manfaat kerajaan, komuniti, industri dan akademia.

Di samping itu juga, inisiatif-inisiatif Belanjawan 2023 yang akan menjadi tumpuan KPT adalah seperti berikut:

1. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga (3) bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus;

2. Permohonan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023;

3. Menyokong Kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 seorang bagi belia 18 hingga 20 tahun di bawah KPT;

4. Kerjasama dengan Syarikat GLC peneraju untuk mengambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET seperti kolej komuniti bagi menyediakan program latihan yang memenuhi keperluan mereka;

5. Mengeratkan kerjasama dengan industri melalui pengukuhan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk manfaat lebih 8,000 pelatih.

6. Menawarkan kepakaran dan perkhidmatan Hospital Pengajar Universiti bagi membantu isu kesesakan kemudahan kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seiring dengan tema Membangun Malaysia MADANI, KPT komited dalam usaha membantu kerajaan mencapai hasrat Belanjawan 2023 melalui pelaksanaan inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada pemegang taruh KPT khususnya, serta komuniti dan masyarakat secara amnya.

BACA JUGA:

Kebebasan pelajar berpolitik, kritik kerajaan dan PM perlu diberi kebenaran

0

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2019 membenarkan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) berpolitik dalam dan di luar kampus serta pelaksanaan Undi 18, menjamin kebebasan berpolitik anak muda.

Ia titik tolak dan pemangkin utama pengukuhan kebebasan berpolitik kepada pelajar IPT, sekali gus perkembangan positif kepada pelaksanaan demokrasi apabila penyertaan rakyat yang lebih inklusif.

Ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjamin aktivisme politik pelajar boleh dijayakan tanpa sebarang sekatan dan halangan. IPT diminta bekerjasama dan menyokong penyuburan kebebasan berpolitik.

Meskipun kebebasan berpolitik sering dikaitkan pembabitan pelajar dalam parti politik termasuk mengundang ahli politik ke kampus, terbabit sebagai ahli, memegang jawatan dan menjadi calon pilihan raya, kebebasan berpolitik lebih luas.

Kebebasan berpolitik boleh difahami melalui pelbagai dimensi sama ada politik kepartian atau melangkauinya. Hasil temu bual kajian penulis mengenai kebebasan berpolitik pelajar di universiti awam (UA), ia umumnya merujuk kebebasan bersuara yang menjadi elemen utama. Dalam kata lain, tanpa kebebasan bersuara, tidak wujud kebebasan berpolitik.

Kefahaman ini selari penegasan Perdana Menteri agar pelajar diberikan kebebasan bersuara oleh IPT. Dalam konteks ini, pelajar bebas menyuarakan pandangan termasuk mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri.

Dalam usaha menjayakan kebebasan berpolitik di kampus, soal kebebasan bersuara pelajar adalah tonggak perlu diutamakan. Pelajar boleh menyuarakan pandangan dan kritikan membina dalam memperjuangkan isu mereka dan masyarakat awam.

Kepentingan kebebasan bersuara dalam kebebasan berpolitik pelajar boleh dilihat berdasarkan lima faktor.

* Kebebasan bersuara perlu selari hak asasi*

Pertama, kebebasan bersuara pelajar selari hak asasi dijamin Perlembagaan Persekutuan. Pelajar sebagai rakyat wajar menikmati dan mengamalkan kebebasan bersuara seperti kumpulan lain dalam masyarakat. Pelajar memperjuangkan kebebasan bersuara akan membentuk masyarakat demokratik dan warga negara baik.

Kedua, kebebasan bersuara antara keutamaan

kerajaan sekarang. Malah, pelajar boleh menggunakannya untuk mengkritik kerajaan tetapi tidak boleh disalahgunakan bagi tujuan menghina dan mencerca hingga mengganggu ketenteraman awam.

Ketiga, ia penting bagi memastikan idea dan pandangan pelajar diambil kira dalam sebarang pembuatan keputusan di universiti ditegaskan dalam Perutusan Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan Tinggi bahawa pelajar akan diberikan banyak tanggungjawab dalam ruang membuat keputusan. Kini wakil pelajar ditempatkan dalam pelbagai jawatankuasa di universiti bagi memastikan suara mereka didengari dan diambil kira dalam pembuatan keputusan.

Keempat, kebebasan bersuara akan menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab dan cakna sama ada dalam soal kebajikan atau terhadap isu semasa terkait kepentingan rakyat.

Kelima, ia mengajar pelajar memahami perbezaan pandangan dan belajar mengurus kepelbagaian seperti bersetuju untuk tidak bersetuju serta bermuafakat demi kepentingan bersama.

Melalui sikap toleransi ini, ia dapat mematangkan menjayakan kebebasan berpolitik pelajar. Pemerkasaan mahasiswa menjadi antara fokus utama kementerian dan universiti mesti ditunjangi pelajar sendiri melalui kebebasan bersuara dipertanggungjawabkan.

Perkembangan teknologi dan ledakan maklumat sebenarnya memudahkan lagi pelajar menjayakan kebebasan bersuara. Mereka boleh menggunakan platform media sosial bagi mengutarakan pandangan dan kritikan.

Berbanding pelajar dahulu hanya menggunakan platform tertentu seperti Speaker Corner, kini mereka mempunyai banyak kelebihan dan ruang. Melalui kuasa tular, sesuatu pandangan dan kritikan boleh menarik perhatian ramai.

Satu asas perlu ditekankan dalam kebebasan bersuara adalah melihatnya dari sudut tanggungjawab, bukan hak. Ini kerana jika disorot dalam konteks tanggungjawab, pelajar akan menggunakannya lebih berhati-hati. Jika dilihat dari sudut hak, dikhuatiri akan menjadikan pelajar menyalahgunakannya sebagai kelebihan bersifat mutlak dan tanpa sempadan.

Dalam era keterbukaan apabila kerajaan, kementerian dan universiti lebih menghargai kebebasan berpolitik pelajar, kebebasan bersuara wajar menjadi indikator penting. Tanpa kebebasan bersuara, kebebasan berpolitik pelajar tidak dapat dijayakan dengan berkesan.

Penulis percaya IPT sudah memulakan langkah menyantuni suara pelajar dengan membuka banyak ruang perbincangan termasuk menempatkan perwakilan pelajar di beberapa jawatankuasa penting.

Namun, pelajar juga perlu memanfaatkan kebebasan bersuara bagi menjayakan kebebasan berpolitik sebaik mungkin. Sudah tentu kebebasan bersuara ini mesti dipertanggungjawabkan dengan pegangan dan nilai bersama memandu mereka bertindak dengan kematangan dan ketertiban.

Penulis adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

BACA JUGA:

Sabah, Sarawak perlu siapkan diri dari aspek pembangunan sempadan, jalinkan Business-to-Business (B2B) dengan Indonesia

0

KUALA LUMPUR – Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, yang berhampiran dengan Sabah dan Sarawak, memerlukan dua negeri itu ‘mempersiapkan diri’ terutama dari aspek pembangunan sempadan dan meneroka jalinan Business-to-Business (B2B) antara kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata antara aspek pembangunan sempadan yang akan diberi tumpuan ialah penambahbaikan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sepanjang sempadan utama antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan, susulan pembangunan Nusantara, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur.

“Pembangunan bandar-bandar di sempadan Kalimantan, Sabah dan Sarawak perlu dipercepatkan. Ini terutama untuk tambah baik CIQ, jalan menuju ke CIQ di sempadan-sempadan utama antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan,” katanya dalam temu bual khas dengan BERNAMA, baru-baru ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini meluluskan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi projek menaik taraf dan membina infrastruktur yang lebih baik di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah, terdiri daripada 1,881km yang memisahkan Sarawak dan Sabah di Malaysia dan wilayah Kalimantan di Indonesia.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata aspek lain yang turut diberi tumpuan ialah bagi membina dan meneroka jalinan B2B agar interaksi ekonomi antara sempadan dapat diwujudkan bagi memenuhi keperluan kedua-dua negara.

Beliau berkata, misalnya, disebabkan hubungan baik, Sarawak yang telah mengeksport tenaga elektrik ke Kalimantan Barat sejak beberapa tahun lepas, telah diberi peluang untuk terbabit membina empangan hidroelektrik di negara berkenaan.

“Indonesia berhasrat bina kuasa hidro, empat di Kalimantan dan satu pakej itu sekarang ini sudah dipersetujui akan diberikan kepada Sarawak. Sarawak Energy akan jadi pelaksana sebab pengalaman kita membina empat empangan hidroelektrik di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, menerusi lawatannya ke Indonesia, negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia baru-baru ini, antara perbincangan yang difokuskan ialah peluang bagi meneroka industri huluan dan hiliran terutamanya kelapa sawit antara kedua-dua negara.

“Kalimantan adalah kawasan yang paling banyak ladang sebab tanahnya besar, jadi ini peluang termasuklah nanti bukan sahaja hiliran tapi juga huluan dan bagaimana kita nak perkukuhkan hubungan dua negara dalam konteks ini termasuklah logistik yang sedang kita perincikan dengan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia dan Indonesia mungkin sama-sama boleh merancang untuk membangunkan laluan kereta api di sempadan Sarawak dan Kalimantan, bagi mengangkut barangan dari Kalimantan ke Bintulu, menggunakan kemudahan Pelabuhan Bintulu.

“Mungkin Kerajaan Persekutuan boleh bantu Kerajaan Sarawak untuk berunding dengan pihak Indonesia untuk menyediakan jalan kereta api untuk kemudahan mengangkut barangan dari Kalimantan pergi ke Pelabuhan Bintulu, menggunakan kemudahan Pelabuhan Bintulu.

“Sebab kalau ikut jaringan, jalan laut agak jauh, jadi itu boleh memudahkan Indonesia untuk eksport sebab Kalimantan banyak sumber, jadi kalau kita dapat manfaatkan..boleh dibangunkan secara bersama dengan Indonesia,” katanya.

BACA JUGA:

Pejabat pehubungan kerajaan Sabah di buka di Kuala Lumpur

0

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah membuka pejabat perhubungannya di Kuala Lumpur sebagai satu usaha meningkatkan tadbir urus berkaitan hal ehwal kerajaan negeri dan persekutuan serta rakyat negeri ini di Semenanjung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata agensi itu yang dinamakan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah (PPNS) berfungsi seperti sebuah kedutaan bagi rakyat negeri ini yang bekerja atau tinggal di Semenanjung.

Katanya, pejabat itu yang terletak di 3 Towers, Jalan Ampang, Kuala Lumpur juga berfungsi sebagai perantara dalam aspek pentadbiran di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“PPNS Kuala Lumpur ini adalah sebuah agensi kerajaan negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah yang turut berfungsi sebagai perantara kerajaan negeri Sabah berkaitan hal ehwal pentadbiran dengan kerajaan persekutuan.

“Landskap pentadbiran kerajaan negeri sudah berubah, oleh itu wujud keperluan interaksi di antara kerajaan seperti berkaitan isu migrasi, pelancongan, pelaburan dan hal ehwal diplomatik yang memerlukan kerajaan negeri mewujudkan pejabat ini,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran pejabat baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hajiji berkata, dengan adanya PPNS Kuala Lumpur, kerajaan negeri dapat melaksanakan polisi pentadbiran dengan lebih teratur dan sistematik seperti polisi mesra pelabur bagi menjayakan usaha kerajaan negeri menarik kemasukan pelaburan ke Sabah.

“Saya mahu PPNS Kuala Lumpur memastikan pendekatan mesra pelabur yang kita laksanakan berjaya.

“Dalam perkara ini, saya mahu pejabat ini menguatkan lagi peranannya sebagai penghubung di antara Sabah dan kerajaan persekutuan selain dengan kedutaan asing dan syarikat swasta di Semenanjung,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya PPNS Kuala Lumpur juga perlu memaksimumkan kecekapan pengurusan tadbir urus yang menjadi faktor penting menarik pelabur datang ke Sabah.

Selain itu, beliau berkata pejabat itu juga berfungsi sebagai pusat informasi berkaitan pelancongan, budaya dan pelaburan.

BACA JUGA:

PM perlu laksanakan enam tuntutan dengan segera

0

SHAH ALAM – Enam tuntutan kepada kerajaan melalui Nota Kepada Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi perhatian dan dilaksanakan secepat mungkin meskipun setiap cadangan pembaharuan tersebut perlu diimplementasikan secara berperingkat melalui proses perundangan tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, perkara berkenaan sewajarnya segera dibincangkan dan diputuskan dalam Parlimen dengan kadar segera kerana sekiranya lewat bakal memberi kesan terhadap kedudukan Perdana Menteri dan kestabilan kerajaan itu sendiri.

“Sebahagian besar daripada tuntutan tersebut bukanlah perkara baharu yang diutarakan oleh rakan gabungan Rasuah Busters sejak beberapa tahun lalu. Ini bermakna dengan kehendak politik serius maka reformasi yang dituntut akan boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Perkara itu harus segera dibangkitkan, dibincangkan dan diputuskan dalam Parlimen dengan segera kerana sebarang kelewatan akan memprejudiskan kedudukan Perdana Menteri dan kestabilan kerajaan itu sendiri.

“Kita akan berhadapan dengan enam lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat. Respons segera terhadap pindaan peraturan dan peruntukan berkaitan tuntutan berkenaan akan memberi impak besar kepada kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurut Nurhayati, rakyat akan menilai sama ada kerajaan benar-benar memberi komitmen untuk memerangi rasuah dan memperbaiki tadbir urus atau ia hanya janji manis politik semata-mata.

Jelas beliau, Pasukan Rasuah Busters memahami bahawa reformasi institusi tersebut memerlukan sokongan banyak pihak.

Bagaimanapun, beliau yakin terhadap aspirasi Perdana Menteri untuk membanteras rasuah telah pun disambut baik oleh rakyat selain Pasukan Rasuah Busters juga terbuka untuk berkolaborasi bersama masyarakat sivil dengan kerajaan.

“Keduanya, ia perlu sokongan rakan politik untuk pindaan tersebut difahami dan dijayakan.

“Kepimpinan dan kebijaksanaan Perdana Menteri diharapkan dapat menilai keutamaan dan ‘low hanging-fruits’ untuk memastikan tuntutan tersebut dilaksanakan dengan proses yang sah, tepat dan cepat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nurhayati berkata, pasukan Rasuah Busters akan meneruskan advokasi kemasyarakatan di pelbagai peringkat ekosistem bermula keluarga, komuniti, pemegang taruh sehingga ke peringkat kepimpinan.

Menurut Nurhayati, Rasuah Busters juga akan bersama mana-mana ahli-ahli Parlimen secara merentas parti yang mendukung aspirasi dengan melakukan pelbagai kerjasama.

“Kerjasama itu melibatkan perbincangan, bertukar pandangan, perkongsian kajian-kajian yang telah dilakukan oleh rakan gabungan Rasuah Busters dan apa sahaja mekanisme yang dirasakan sesuai untuk melancarkan proses reformasi institusi tersebut berlangsung,” ujarnya.

Jelas beliau, Rasuah Busters mengamalkan tata kerja dua hala dalam setiap gerak kerja, pertemuan dan sidang perbincangan meja bulat serta sebagainya akan diteruskan dengan pelbagai pihak agar kesedaran dan literasi awam tentang kepentingan reformasi perundangan dapat dipertingkatkan.

Menurutnya, perkara yang dilakukan Rasuah Busters adalah penting untuk memberi gambaran terhadap impak jangka pendek dan panjang terhadap penggubalan undang-undang berkaitan.

“Gerakan rakyat ini membuka ruang Rasuah Busters berdepan mutli-tahap governan (tadbir urus) dalam kerangka latar belakang masyarakat yang berbeza kaedah pendekatannya,” jelasnya.

Justeru, Nurhayati berkata, kerangka dan pendekatan secara ‘top down’ dan ‘bottom up’ yang dilaksanakan Rasuah Busters adalah kaedah holistik yang akan terus dibuat secara kolaboratif bersama rakan gabungan berdasarkan kepakaran dan segmen pasaran masing-masing.

“Dengan kaedah kesedaran yang dibawakan oleh Rasuah Busters melalui parameter sistem yang tersusun dan bersasar ini maka jangkauan rakyat dalam dan luar sub sistem yang ada di negara ini akan dapat dicapai dengan lebih efektif dan berimpak.

“Pembelajaran polisi sama ada disampaikan secara langsung dan tidak langsung diharap akan meresapi sistem kepercayaan rakyat bahawa rasuah itu adalah musuh halus dan licik.

“Di mana rasuah itu harus diperangi oleh setiap rakyat dengan penggembelengan sumber daya daripada setiap lapisan masyarakat bermula di peringkat kepimpinan politik hinggalah ke akar umbi,” katanya.

BACA JUGA:

Kerajaan Sabah peruntuk 97.5 juta untuk belia dan sukan

0

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah, menerusi Kementerian Belia dan Sukan negeri, memperuntukkan RM97.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan, penaiktarafan kemudahan sukan dan penyelidikan sains sukan, tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu membuktikan komitmen kerajaan Sabah kepada kemajuan sukan dan pembangunan belia di negeri ini.

“Saya mahu melihat Sabah melahirkan lebih ramai atlet dan ahli sukan yang hebat yang akan membawa kegemilangan sukan kepada negeri dan negara.

Ramai yang telah berjaya dan mengharumkan nama Sabah dan negara dalam arena sukan kebangsaan dan antarabangsa,” katanya pada pelancaran media Kejohanan Ragbi Borneo Sevens 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Kejohanan tersebut dianjurkan sejak 2001 dan edisi 2023 dijadualkan berlangsung pada 17-19 Mac ini di Sandakan.

Sementara itu Hajiji berkata fokus patut diberikan kepada sukan seperti ragbi untuk mencungkil dan melatih bakat baharu dalam sukan tersebut.

“Sabah, seperti kita sedia maklum merupakan pasukan kuat ragbi di Malaysia dan saya sangat bangga bahawa pasukan ragbi lelaki Sabah telah mencapai kecemerlangan dan memenangi Piala Agung yang berprestij, sebanyak lima kali setakat ini.

“Ini merupakan sesuatu yang baik untuk ragbi di negeri ini, saya mahu melihat pasukan ragbi kita ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Ketua Menteri itu berkata Kesatuan Ragbi Sabah dan Kelab Eagles Rugby adalah antara perintis yang melaksanakan teknik dan modul terbaharu dalam pembangunan sukan dan beliau yakin para pegawai ragbi Sabah mampu menganjurkan Kejohanan Borneo Sevens, yang diiktiraf Ragbi Asia, dengan efektif.

“Dengan kehadiran pasukan luar terkenal dan pasukan tempatan terbaik, peminat sukan, terutama peminat ragbi akan disajikan dengan aksi hebat. Saya yakin Borneo Sevens akan terus meningkat dari segi prestij untuk menjadi acara utama dalam kalendar kejohanan untuk semua pasukan ragbi,” katanya.

BACA JUGA:

ADUN Sindumin nyatakan keluar UMNO lebih awal, tahu mungkin akan dipecat atau digantung

0

KOTA KINABALU – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.

ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob berkata, kesemua mereka juga dikatakan telah menerima surat tunjuk sebab atas tindakan itu.

“Kami telah berbincang dan lebih daripada bersedia (dengan sebarang tindakan). Apa pun keputusan dan mereka telah menerima surat tunjuk sebab dan akan dihadapkan ke pengadilan.

“Dan hari ini, memutuskan telahpun lebih awal keluar daripada UMNO kerana tahu dan juga kemungkinan akan dipecat atau digantung,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.

Malah ketika ditanya sama ada tindakan mereka ini ada kaitan dengan krisis atau usaha menolak Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, Yusof berkata, keputusan ini tiada kaitan dengan pergolakan tersebut.

“Tiada, ini adalah kerelaan kami. Cukup-cukuplah dengan krisis-krisis yang ada dan kita melihat jauh ke hadapan demi kestabilan politik, pembangunan dan rakyat Sabah.

“Rakyat tidak mahu ada krisis. Malah kita inginkan ialah kebajikan rakyat dan isu-isu melibatkan mereka seperti (harga barang turun, jalan rakyat) dan mereka mahukan pembangunan serta peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, beberapa lagi pemimpin UMNO akan mengumumkan keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat.

Difahamkan ia termasuk bekas ADUN Kemabong, Datuk Jamawi Jaafar.

“Akan banyak lagi gerakan-gerakan atau mereka yang menyertai (Gagasan Rakyat). (Mereka) akan keluar daripada kepompong lama untuk menyertai dan bersama-sama kita.

“Saya juga sebagai wakil jurucakap di sini untuk memaklumkan bahawa ramai lagi selepas ini (keluar),” katanya.

BACA JUGA:

Perkukuh hubungan China-Malaysia, sentiasa kekalkan momentum positif

0

KOTA BHARU – China akan terus memperkukuh kerjasama saling menguntungkan dengan Malaysia dan membina kepercayaan politik untuk membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ken arah yang lebih besar.

Menteri di Kedutaan China di Malaysia Tang Rui berkata selama 49 tahun selepas mewujudkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara, China dan Malaysia sentiasa mengekalkan momentum positif.

“Kepercayaan dari segi politik antara kedua-dua pihak terus kukuh manakala kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua pihak terus dipergiat.

Tong Rui: Menteri Kedutaan China di Malaysia

“China dan Malaysia akan bersama-sama memperingati ulang tahun ke-10 penubuhan kerjasama strategik yang komprehensif tahun ini dan ulang tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik pada tahun depan sekali gus meneroka peluang pembangunan baharu dalam hubungan dua hala,” katanya ketika berucap pada majlis amal yang dianjurkan untuk pelajar daripada keluarga B40 di sini pada Rabu.

Beliau berkata kedua-dua pihak akan terus mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, memajukan kerjasama berkualiti tinggi Belt and Road, melaksanakan projek utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Dua Negara, Taman Berkembar serta mencipta lebih banyak titik pertumbuhan baharu bagi kerjasama.

Pada masa sama, kedua-dua negara juga berusaha memperkukuh pertukaran budaya dan rakyat kepada rakyat serta mempromosi kerjasama pelancongan.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkembangan hubungan China-Malaysia telah membawa kepada peluang pembangunan berharga untuk golongan belia di kedua-dua negara.

Tang Rui juga berharap pelajar kedua-dua negara akan terus menimba ilmu termasuk memperkukuh pemahaman mengenai hubungan China dan Malaysia.

“Golongan belia adalah masa depan negara dan penyambung hubungan persahabatan China-Malaysia. Semoga silaturahim China-Malaysia diwarisi daripada generasi ke generasi,” katanya.

BACA JUGA:

Kerajaan sediakan pelbagai insentif, bantuan dan subsidi untuk rakyat

0

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan pelbagai insentif, bantuan dan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan antaranya disebabkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata semua bantuan dan subsidi yang diberikan secara langsung dan tidak langsung adalah bagi mengurangkan beban rakyat bukan sahaja disebabkan kenaikan OPR, tetapi turut membabitkan peningkatan dalam inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebagai contoh, kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter yang mana kerajaan menampung kos subsidi yang besar bagi mengekalkan harga jualan bahan bakar itu.

“Selain itu, kerajaan turut menanggung subsidi elektrik dalam usaha mengurangkan beban rakyat. Pada masa sama, bantuan tunai kepada rakyat masih lagi diberikan keutamaan oleh kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Kerajaan sedar limpahan kenaikan OPR akan memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

OPR negara ditentukan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak di bawah Akta Bank Negara 2009.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah bentuk bantuan yang diperuntukkan oleh kementerian bagi membantu rakyat yang mengalami masalah kewangan akibat daripada peningkatan OPR yang mampu mengakibatkan mereka diisytihar muflis.

Anwar berkata peminjam yang menghadapi kesulitan kewangan juga boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) seperti Program Pengurusan Kredit (atau Debt Management Programme, DMP) dan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (atau Small Debt Resolution Scheme, SDRS).

Beliau berkata terutamanya untuk peminjam individu, Program Pengurusan Kredit dapat membantu peminjam untuk menstrukturkan semula pinjaman sedia ada dan membolehkan peminjam untuk terus membayar balik pinjaman.

“Peminjam juga boleh menghubungi institusi kewangan masing-masing untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman mereka melalui pengurangan ansuran bulanan dan pelanjutan tempoh bayaran balik yang bersesuaian dengan keadaan kewangan mereka.

“Ini membolehkan institusi kewangan untuk menawarkan pakej bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan keadaan dan situasi kewangan peminjam bagi membantu mereka ketika menghadapi kesulitan kewangan,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan melalui BNM mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab.

Garis panduan itu menghendaki institusi kewangan untuk memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan dalam membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Tindakan undang-undang adalah jalan penyelesaian yang terakhir oleh institusi kewangan, setelah segala usaha pemulihan lain dilakukan untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi kepada peminjam.

Selain itu, AKPK dengan kerjasama institusi kewangan telah melaksanakan inisiatif baharu iaitu mengeluarkan notis kepada peminjam untuk mendapatkan bantuan penjadualan semula/penstrukturan pinjaman dengan institusi kewangan atau AKPK sebelum institusi kewangan meneruskan sebarang Notis Kebankrapan.

“Inisiatif ini membantu peminjam untuk mendapatkan bantuan daripada institusi kewangan atau AKPK, sekali gus bertujuan untuk mengurangkan kadar kebankrapan,” katanya.

BACA JUGA:

Anwar bentang antara Bajet 1998 & belanjawan 2023

0

BELANJAWAN 2023 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar pada Jumaat ini bakal mencuri perhatian rakyat.

Selepas 26 tahun, Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana.

Perkara ini sedikit sebanyak sudah pasti menjadi satu khabar gembira buat kebanyakan rakyat dan juga pemain industri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 (kiri) dan pada masa kini (kanan).

Pada 1997, ketika Anwar mengemukakan Bajet 1998, sebanyak RM64.127 bilion telah diperuntukkan dengan RM45,633 bilion daripadanya adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM18.491 bilion pula bagi pembangunan.

Meskipun sudah sekian lama, namun terdapat inti patinya yang dilihat masih relevan jika dibawa pada tahun ini.

Ketika Bajet 1998, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM270 juta bagi usaha meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan rakyat.

Menerusi inisiatif tersebut, ia dapat merancakkan lagi aktiviti reka bentuk dan prototaip dalam kalangan pelajar.

Seperti kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, masyarakat kian memperkatakan mengenai teknologi kecerdasan buatan AI dan juga pendigitalan.

Justeru, sekiranya kerajaan dapat memberi perhatian terhadap kemampanan negara dari segi permodenan, ia tidak seharusnya diketepikan dalam isi Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Ini kerana, dengan memberi fokus terhadap pembangunan tersebut, kerajaan secara tidak langsung dapat merancakkan peningkatan ekonomi dalam pelbagai sektor seperti pertanian dan infrastruktur.

Ketika Bajet 1998, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM5.243 bilion bagi infrastruktur kemudahan awam dengan RM3.678 bilion bagi jalan raya dan RM304 juta bagi pengangkutan kereta api.

Maka, dapat dilihat terdapat banyak projek penswastaan jalan seperti pembinaan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Pintas Selat Klang Utara baru yang bertujuan mengurangkan kesesakan di ibu kota.

Namun, pada Belanjawan 2023, adalah lebih baik jika kerajaan membuat sedikit perubahan dengan melebihkan lagi peruntukan bagi pengangkutan awam berbanding prasarana jalan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, sejumlah 33.3 juta unit kenderaan berdaftar telah direkodkan yang mana ia bermaksud bahawa setiap isi rumah mempunyai lebih daripada satu kenderaan.

Maka tidak hairan jika kita lihat berlakunya kesesakan lalu lintas yang amat luar biasa di terutama di sekitar bandar-bandar besar.

Oleh itu, sekiranya Belanjawan 2023 ini memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi projek pengangkutan awam di seluruh negara, maka ia dilihat berupaya untuk menangani masalah tersebut.

Kerajaan bagaimanapun perlu bersiap sedia untuk mengimbangi bajet tersebut dengan kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Meskipun masalah yang sama pernah menimpa pada tahun 1997, namun negara pada ketika itu masih mampu memeperolehi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lapan peratus berbanding ketika ini yang cuma berjumlah empat ke lima peratus.

Dengan kadar hutang terendah sebanyak RM10.4 bilion ketika itu, ia bukan satu masalah buat kerajaan untuk menjayakan pelbagai dasar berbanding pada 2022 yang berjumlah RM1.05 trilion atau 61 peratus daripada KDNK.

Justifikasinya, tidak mudah buat Anwar mengumumkan belanjawan yang mampu membuatkan orang ramai tersenyum lebar, namun apa yang diharapkan adalah pelan nasional itu dapat menarik nafas lega kebanyakan rakyat kini yang sedang berhadapan dengan isu kos sara hidup.

BACA JUGA:

Dewan Rakyat tegang, Tuan Ibrahim dakwa ucapan YDPA disediakan kerajaan

0

Sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila beberapa ahli Parlimen kerajaan tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada sesi pembukaan sidang Parlimen disediakan oleh kerajaan.

Dalam ucapan perbahasannya, Tuan Ibrahim yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian meluahkan rasa terkilan apabila aspek keadilan yang menjadi ciri-ciri penting kerajaan Madani tidak dimasukkan dalam titah diraja tersebut.

“Sepatutnya nilai keadilan perlu dibawa oleh tuanku dalam Parlimen bukan hanya tersedia dalam dokumen-dokumen di luar Parlimen.

“Sepatutnya nilai itu mesti digagaskan dalam ucapan tuanku kerana ucapan ini adalah ucapan yang telah pun dirumus pihak (tak jelas),” katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menafikan hal tersebut mengatakan Tuan Ibrahim membuat kenyataan dan sangkaan jahat terhadap Agong dan meminta kenyataan tersebut ditarik balik.

“Saya pun pernah menganggotai Kabinet dan semua kami pernah duduk dalam kerajaan. Kita semua pun tahu prosedur dia.

“Walaupun diserahkan kepada Tuanku, tapi terserah kepada Tuanku sama ada nak pakai atau tidak,” kata Tuan Ibrahim mempertahankan kenyataan beliau.

Pada 2016, ahli Parlimen Ipoh Timur ketika itu, Lim Kit Siang dalam ucapan perbahasan titah diraja menyebut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hanya membacakan ucapan yang disediakan oleh kerajaan apabila tuanku bertitah menyatakan hasrat supaya pentadbiran sedia ada perlu diteruskan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memberitahu secara asasnya, ucapan titah diraja sememangnya disediakan dan dibentangkan dalam Kabinet.

Dewan menjadi semakin tegang apabila Rayer dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefli Ahmad mempersoalkan sama ada Tuan Ibrahim mengetahui sekiranya teks itu sudah pun dipinda ataupun tidak.

Bekas menteri kesihatan itu juga menegaskan bahawa titah diraja bukanlah titah Kabinet sebaliknya ucapan dan hasrat Agong kepada Parlimen.

“Sila tarik balik,” jerit Rayer.

Pertikaman lidah dan celahan berterusan selama lebih tiga minit sebelum keadaan dikawal oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berpendirian tidak akan menarik semula kenyataan beliau dengan menyifatkan ianya difahami oleh semua ahli Dewan Rakyat.

BACA JUGA:

Rakyat perlu tahu kesan jika pengeluaran KWSP diluluskan, kerajaan perlu inisiatif lain secepatnya

0

ISU kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali ketiga terus hangat diperkatakan.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan syaratnya ditetapkan oleh kerajaan.

Sementara, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum itu cuba membahaskan usul tersebut di Dewan Rakyat dengan alasan pencarum sudah semakin terdesak, tambahan pula harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat saban hari.

Bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Pada Jumaat lalu dilaporkan kira-kira 320,000 pencarum di seluruh negara yang mempunyai baki simpanan melebihi RM100,000 mendesak supaya kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Pada 4 Februari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) dalam kenyataan meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.

Rakyat masih menaruh harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pengeluaran simpanan untuk hari tua itu dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Perdana Menteri sebelum ini telah menjelaskan, beliau memahami isu mengenai kebenaran pengeluaran KWSP seperti yang dibangkitkan banyak pihak.

Katanya, sudah banyak kali kebenaran diberi dan ada simpanan pencarum yang semakin berkurangan. Hakikatnya, penjelasan Anwar bahawa pencarum tidak lagi mempunyai simpanan mencukupi adalah berasas.

Majoriti besar pencarum KWSP sudah tidak mempunyai lagi wang yang mencukupi untuk persaraan.

Malah, ramai kalangan pencarum terutamanya kaum bumiputera tidak lagi mempunyai simpanan yang tinggi, hanya kurang daripada RM10,000.

Keutamaan kerajaan kini melibatkan penyelesaian isu asas termasuk keselesaan rakyat serta jaminan bekalan makanan di samping perbelanjaan pembangunan digital.

Di sebalik desakan itu, lebih menarik perhatian penulis ialah pendedahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Isnin bahawa ada pencarum KWSP yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara susulan empat kali pengeluaran khas dana itu sejak tahun 2020.

Ramai ahli ekonomi sudah memberi amaran bahawa pengeluaran tambahan akan menyebabkan lebih ramai pencarum bersara di bawah paras garis kemiskinan.

Ironinya, menggunakan wang persaraan pada masa ini umpama mengambil ‘Panadol’ untuk jangka masa pendek.

Di sebalik isu desakan pengeluaran KWSP, penulis percaya rakyat menantikan formula daripada Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu kos sara hidup, misalnya menangani isu gaji pekerja yang rendah di negara ini. Itu lebih penting daripada isu pengeluaran KWSP!

Dalam laporan Perkembangan Ekonomi 2018, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kesimpulan bahawa kadar upah di Malaysia tidak sejajar dengan tahap produktiviti pekerja.

Menurut BNM, seorang pekerja yang menghasilkan output bernilai AS$1,000 akan dibayar sebanyak AS$340 di Malaysia, berbanding sehingga AS$510 di negara lain.

Selain itu, lebih membimbangkan setelah 20 tahun, gaji yang sama menanti graduan dalam bidang profesional pada bulan pertama mereka bekerja sedangkan kos sara hidup terus meningkat.

Ini realiti mengecewakan yang terpaksa ditelan anak muda dalam berdepan impak kenaikan kos kehidupan. Tidak kurang juga ramai pekerja senior yang masih peroleh gaji paras rendah.

Bagaimanapun, kenaikan gaji hanya boleh dilakukan sekiranya keadaan ekonomi negara berada pada tahap mengizinkan.

Oleh yang demikian, tumpuan pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat ini pastinya terarah kepada formula kerajaan dalam menangani isu rakyat dan ekonomi negara.

Pastinya isu kos sara hidup bakal menjadi inti pati utama dan rakyat menanti beberapa pendekatan baharu dijangka diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Rakyat ingin melihat satu perubahan yang pragmatik dilakukan kerajaan Malaysia Madani ke atas kaedah menangani kos sara hidup pada ketika ini.

Kunci kepada negara untuk keluar daripada kancah kos sara hidup ini ialah antaranya dengan kaedah meningkatkan gaji dan upah pekerja tidak kira sektor awam dan swasta.

BACA JUGA:

PMX dedah nilai akaun luar pesisir dari Malaysia antara tertinggi di dunia

0

KUALA LUMPUR – Jumlah wang bernilai berbilion dolar yang dibawa keluar dari negara ini untuk disembunyikan di bank dan akaun luar pesisir oleh pemimpin politik dan kumpulan peniaga, adalah antara yang tertinggi di dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan pendedahan oleh laporan Integriti Kewangan Global (GFI) pada 2010, Pandora Papers Panama (2016) dan Pandora Papers (2017), mengenai akaun luar pesisir milik rakyat Malaysia di beberapa negara.

Beliau percaya sejumlah besar wang yang disimpan di akaun luar pesisir itu adalah hasil daripada aktiviti haram, termasuk yang membabitkan bekas pemimpin negara.

“Jumlah wang dalam laporan GFI sehingga pendedahan Pandora, Papers dari Malaysia itu agak tinggi berbanding jumlah penduduk dan kedudukan ekonomi.

“Memang ada yang sebut beberapa negara besar lain seperti China, Arab Saudi dan sebagainya, tapi Malaysia itu ditingkat atas.

“Maknanya, wang yang dibawa keluar dari Malaysia, yang kebanyakannya diperoleh daripada sumber yang dianggap haram itu agak terlalu tinggi bagi negara ini,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat menyiasat semua akaun luar pesisir membabitkan rakyat Malaysia, termasuk dana politik yang datang dari luar negara.

BACA JUGA:

Wan Saiful nafi minta, terima rasuah RM6.9 juta

0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Wan Saiful diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Terdahulu, Wan Saiful tiba di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan memakai sut hitam dan kemeja putih jam 8.45 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguamnya.

Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin; dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, antara pemimpin parti itu yang turut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada Wan Saiful.

BACA JUGA:

Dewan rakyat akan bangkitkan isu Pandora Papers, pelaksanaan Malaysia Madani hari ini

0

KUALA LUMPUR – Perkembangan siasatan Pandora Papers, konsep gagasan Malaysia Madani dan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur antara isu dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Bagi soalan Pandora Papers yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap isu itu serta tindakan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara (BNM) dan polis.

Ahmad Fadhil Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan mengenai pembentukan konsep Malaysia Madani antara lain ingin mengetahui sejauh mana konsep itu diaplikasikan dalam sistem pentadbiran dan dasar-dasar semasa kerajaan.

Sementara itu, Azli Yusof (PH-Shah Alam) membangkitkan sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan Kampung Baru yang diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan daripada Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2020 selaras sasaran Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada jumlah bas pengantara akan ditambah selain tambahan laluan bas perantara untuk kegunaan rakyat.

Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengajukan soalan kepada Menteri Luar mengenai langkah-langkah bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa scam atau penipuan di luar negara terutama di Myanmar.

Tindakan kerajaan bagi menghalang penghijrahan doktor perubatan ke luar negara serta jumlah doktor kontrak yang belum diberikan taraf tetap akan disoal oleh Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib (PN-Maran) kepada Menteri Kesihatan.

Selesai sesi soal jawab, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 29 hari bermula 13 Februari hingga 30 Mac.

BACA JUGA:

Isu LCS antara tumpuan sidang Parlimen hari ini

0

KUALA LUMPUR – Isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan dasar bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengatasi isu projek LCS yang meruncing dan menjejaskan perancangan Transformasi 15-to-5 tentera laut, diajukan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) kepada menteri pertahanan pada sesi soal jawab.

Transformasi 15-to-5 tentera laut itu merujuk kepada rancangan TLDM menyusun 15 buah kelas kapal yang sedia ada kepada lima.

Turut tersenarai, soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) kepada menteri perdagangan antarabangsa dan industri mengenai dasar kementerian bagi menggalakkan penggunaan EV serta penambahan stesen pengecasan untuk EV di seluruh negara.

Shahidan Kassim (PN-Arau) pula meminta menteri komunikasi dan digital menyatakan sejauh mana Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bertindak sebagai pengawal kepada kebebasan media yang tiada had sempadan penyebaran terutama menerusi media elektronik.

Selain itu, beliau turut bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula akta berkaitan kebebasan media bagi menangani masalah pemberita tidak beretika seperti meletakkan tajuk artikel yang bercanggah dengan kandungannya.

Soalan mengenai pendigitalan perkhidmatan kerajaan pula akan diajukan Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta penjelasan perdana menteri berhubung perancangan dan garis masa kerajaan bagi inisiatif itu dilaksanakan sepenuhnya serta langkah kerajaan menjamin maklumat pengguna dalam aspek keselamatan siber.

Selesai sesi soal jawab, ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 29 hari bermula dari 13 Feb hingga 30 Mac.

BACA JUGA:

Kerajaan perlu umum alternatif lain secepatnya jika masih tak dibenarkan pengeluaran KWSP

0

SHAH ALAM – Kerajaan digesa supaya percepat umumkan bantuan alternatif kepada rakyat jika tetap dengan pendirian tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presiden Pertubuhan Rangkaian Kerjasama Ekonomi, Pembangunan Sosial dan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (INECO), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, usaha itu bertujuan bagi membantu rakyat yang dibebani hutang tertunggak akibat kehilangan pendapatan sejak pandemik COVID-19.

“Perlu diingat mereka yang memerlukan bantuan wang tunai ada dua kumpulan iaitu mereka yang hilang pendapatan tetapi tidak mempunyai hutang dan mereka yang hilang pendapatan tetapi ada hutang yang bayaran bulanannya sudah tertunggak berbulan-bulan.

“Biasanya, bantuan yang diberikan dalam bentuk pemberian wang tunai secara one-off boleh memanfaatkan mereka yang sekadar hilang pendapatan tetapi golongan yang dibebani bayaran hutang tertunggak memerlukan jumlah wang tunai yang agak banyak,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujar Mohd Ridzuan, kerajaan melalui KWSP boleh menetapkan prosedur tertentu seperti baki minimum, menghadkan pengeluaran dan pencarum perlu mengemukakan alasan pengambilan bantuan berkenaan.

Menurutnya, ada di antara mereka yang setiap masa diganggu panggilan ejen pengutip hutang walaupun sudah menjelaskan bahawa mereka tiada pendapatan untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

“Ada di antara mereka ini, jumlah hutang mereka tidak besar tetapi di dalam akaun KWSP ada ratusan ribu yang jika pengeluaran dibenarkan untuk jumlah tertentu mereka boleh melangsaikan terus hutang berkenaan.

“Kerajaan perlu cepat rangka bentuk bantuan untuk mereka supaya mereka bebas dari beban berkenaan dan keadaan emosi serta mental mereka stabil,” ujarnya.

BACA JUGA:

YDPA hargai tekad kerajaan banteras rasuah

0

KITA menjunjung kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Bagi membudayakan integriti dan memperkukuh tadbir urus, baginda menghargai komitmen serta tekad kerajaannya untuk membanteras rasuah secara agresif dengan menumpukan kepada aspek perolehan, penguatkuasaan dan rasuah berskala besar.

Rasuah berskala besar kini menjadi tumpuan dan perhatian kerajaan bagi menyelamatkan wang rakyat daripada dirompak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbahasan Titah Diraja, kes berskala besar yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini antaranya skandal air terbesar di Sabah melalui Ops Water.

Skandal tersebut membabitkan penyelewengan infrastruktur mencecah RM3.3 bilion, yang mana setakat ini aset berjumlah RM63 juta berjaya dikembalikan dan kes masih berjalan di mahkamah.

Selain itu, sindiket bitcoin membabitkan kecurian bekalan elektrik dengan kerugian sehingga RM2.3 bilion antara 2018 hingga 2021, disiasat melalui Ops Power dan tuntutan palsu dalam insentif semasa Covid-19 membabitkan Program Penjana Kerjaya melalui Ops Hire, dengan wang diselamatkan sebanyak RM426 juta.

Ini hanyalah sebahagian daripada ‘barah’ rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan ketirisan wang rakyat. Kita percaya banyak lagi kes rasuah dan penyelewengan berskala besar akan dibanteras hingga ke akar umbi dengan tindakan agresif oleh SPRM.

Ketegasan kerajaan dapat dilihat daripada kenyataan Anwar bahawa mana-mana menteri yang didapati terlibat dengan budaya rasuah atau salah guna kuasa akan dipecat serta-merta, yang memberi isyarat bahawa kerajaan tiada kompromi dengan jenayah tersebut.

Andainya skandal-skandal sebesar ini tidak terjadi, bayangkan apa manfaat yang bernilai ribuan juta ringgit dapat diperolehi oleh rakyat.

Sudah pasti pembangunan yang lebih rancak, pendapatan rakyat yang lebih baik, infrastruktur kesihatan yang lebih banyak, peningkatan universiti awam, yuran pengajian tinggi yang lebih murah dan banyak lagi.

Menjadi harapan kita agar kes-kes ‘jerung’ ini tidak terjadi lagi selepas ini dengan membudayakan integriti, pendidikan masyarakat, penguatkuasaan undang-undang dan pembanterasan rasuah yang agresif hingga ke akar umbi.

Tujuannya hanya satu, iaitu mengembalikan segala hasil negara untuk manfaat seluruh rakyat.

Umum mengetahui pelbagai slogan dan gagasan diuar-uarkan setiap kali bertukarnya kerajaan antaranya Wawasan 2020, Islam Hadhari, 1Malaysia, Malaysia Baharu, Malaysia Prihatin, Keluarga Malaysia dan yang terbaru Malaysia Madani.

Namun hakikat yang perlu diakui, nilai akhlak dan moral yang ditekankan dalam slogan-slogan tersebut sukar dibudayakan dan dihayati yang mampu merubah sudut pandang masyarakat.

Bagi menjadikannya sesuatu itu sebati dengan jiwa, ia memerlukan kepada pendidikan yang berterusan serta iltizam politik yang tinggi untuk membudayakannya.

Pendidikan berterusan berkaitan pembudayaan integriti bukan sahaja perlu dilaksanakan sepanjang masa, bahkan merangkumi segenap golongan masyarakat, anak kecil, kanak-kanak, remaja dan dewasa, juga pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa dan yang berkerjaya.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mendukung dan menyokong penuh gerakan massa untuk mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah seperti Rasuah Busters, melalui pelbagai aktiviti, program dan kempen kesedaran.

Gerakan ini bertujuan membawa sebuah reformasi nilai dan integriti dengan matlamat perjuangan membanteras pandemik rasuah, yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat terutamanya dengan sistem nilai.

Kita percaya melalui pendidikan yang berterusan melalui gerakan seperti ini, lama-kelamaan masyarakat akan memandang jijik terhadap jenayah rasuah, sekali gus dapat membudayakan nilai integriti dalam diri.

Oleh itu, mendidik masyarakat dalam membudayakan integriti ini dan membanteras rasuah bukanlah terletak di bahu kerajaan semata-mata, bahkan ia adalah tanggungjawab bersama sebagai rakyat Malaysia.

Kita yakin dengan penuh harapan negara Malaysia yang tercinta ini mampu dipacu ke arah kemakmuran dan kesejahteraan demi kebaikan masa depan.

BACA JUGA:

Kementerian Komunikasi dan Digital komited bantu penyiaran, jaringan internet Sabah

0

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited membantu Sabah dalam perkara yang berkaitan penyiaran dan jaringan internet.

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibincangkan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, semasa kunjungan hormat Mohd Arifin bersama delegasi kementerian itu ke pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Fahmi berkata, selain itu, beliau turut berkongsi mengenai tiga tumpuan utama KKD yang perlu dicapai pada tahun ini, iaitu pemantapan prasarana komunikasi, keselamatan siber dan pelaburan ekonomi digital.

Pada 20 Januari lalu, Fahmi semasa sidang akhbar Mesyuarat Kerja Pelan Strategik KKD 2023-2025 dan Agenda KKD 2023 di Melaka memaklumkan, aspek prasarana akan membabitkan akses internet dan perkhidmatan telekomunikasi, sementara aspek keselamatan membabitkan data serta siber.

Beliau berkata, tumpuan terhadap pelaburan digital pula dijangka dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara pascapandemik sekali gus menjadikan negara ini sebagai hab digital di rantau ASEAN.

BACA JUGA:

MKT UMNO batal pemecatan Datuk Lokman Noor Adam

0

Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam Khamis membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO.

Lokman berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan melalui panggilan telefon.

“Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Mohamad bahawa MKT UMNO malam ini (tadi) telah membatalkan pemecatan saya. Kini saya kembali sebagai ahli MKT UMNO.

“Terima kasih Presiden, Timbalan Presiden, ahli MKT dan semua yang mendoakan saya,” ujarnya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Media melaporkan Lokman dipecat daripada UMNO pada 7 Februari 2020.

Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan dengan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meyakinkan pemimpin parti itu agar bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Didakwa pemecatannya dilakukan semasa mesyuarat MKT melalui proses mengundi angkat tangan.

Tambah Lokman, dengan pembatalan pemecatan itu, haknya untuk bertanding dalam pemilihan UMNO juga dikembalikan.

BACA JUGA:

BN-PH masih berharap di Terengganu untuk PRN

0

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan lambang bulan termasuk calon tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyapu bersih lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Pertandingan empat penjuru itu menyaksikan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA) gagal memenangi mana-mana kerusi sama ada Parlimen Besut, Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun atau Kemaman.

Walaupun PRU15 sudah tiga bulan berlalu, namun suhu politik di Terengganu masih lagi hangat memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini masih belum bubar dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung dalam tahun ini.

Pas bersama PN membuktikan kemampuan mereka hasil kemenangan solid di negeri ini dan dilihat sebagai gelombang tsunami hijau yang meranapkan UMNO dengan jumlah majoriti besar di semua lapan Parlimen.

Dengan perkembangan itu, Pas dikatakan berada dalam kedudukan selesa untuk berdepan PRN walaupun parti itu terpalit dengan isu ketika kempen PRU15 hingga UMNO memfailkan petisyen terhadap kemenangan PN di Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini meletakkan sasaran untuk parti memenangi kesemua 32 kerusi DUN di Terengganu yang dipertandingkan dalam PRN ini. Ia sekali gus merealisasikan hasrat mengekalkan pembentukan kerajaan negeri pimpinan PN untuk tempoh satu penggal lagi.

Naib Presiden Pas itu berkata, berdasarkan reaksi positif rakyat dan keputusan PRU15, beliau yakin dapat mempertahankan 22 kerusi Pas dan merampas 10 kerusi milik UMNO.

Berbanding Pas, ramai pemerhati sebenarnya lebih tertarik untuk melihat apakah strategi dan langkah yang diambil UMNO serta BN Terengganu supaya kembali bangkit selepas prestasi teruk parti itu dalam PRU15.

Berdasarkan ramalan ketika ini, UMNO dijangka hanya mampu mempertahankan dua daripada 10 kerusi DUN yang dimilikinya sekarang iaitu kawasan yang dimenangi dengan majoriti lebih 3,000 undi. Tapi jika tersilap langkah dan percaturan, parti itu berdepan risiko gagal memperoleh sebarang kerusi.

Oleh kerana itu, timbul persoalan adakah kerjasama antara BN dan PH susulan hubungan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat akan memberi kejutan pada PRN Terengganu nanti?

Setakat ini, dikhabarkan perbincangan agihan kerusi secara rasmi antara dua parti berkenaan masih belum dibuat.

Namun, Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menjelaskan, ia dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara BN dan PH adalah penting bagi memungkinkan berlakunya peralihan kuasa daripada Pas kepada Kerajaan Perpaduan.

Raja Kamarul Bahrin berkata, pihaknya sedar BN memiliki lebih banyak kelebihan memandangkan parti itu mempunyai pengalaman lama dan pengaruh yang luas di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, PH Terengganu sedia dan bersifat terbuka kepada sebarang perbincangan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di negeri ini.

Hakikatnya, kerjasama itu bukan mudah untuk direalisasikan tapi tidak mustahil boleh menjadi kenyataan. Bak kata orang, dalam politik apa-apa sahaja boleh berlaku!

Sebagai negeri lebih 90 peratus pengundinya Melayu, kerjasama dan agihan kerusi antara BN dan PH perlu dilatari dengan sikap tolak ansur, kesepakatan serta perpaduan yang tinggi.

Suka atau tidak, pemimpin, ahli dan penyokong kedua-dua parti harus melupakan segala ‘sengketa’ lama, sebaliknya berganding bahu supaya persiapan berdepan Pas dalam gelanggang PRN berada pada tahap terbaik.

Jika usaha ini gagal, BN dan PH dijangka berdepan pelbagai cabaran termasuk protes, tindakan cah keting dan sabotaj parti sendiri akibat tidak puas hati yang akhirnya membawa kepada kekalahan.

Dalam soal ini, kita tunggu sahaja keberkesanan formula dan magis hasil gabungan kerjasama BN-PH dalam menghentikan gelombang tsunami hijau di Terengganu pada PRN yang dijangka diadakan selepas Jun nanti.

BACA JUGA:

Sabah meterai surat persefahaman (LoU) dengan PCSB, EPMV berkaitan pengeluaran minyak, gas

0

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah semalam memeterai surat persefahaman (LoU) dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan E&P Malaysia Venture (EPMV) berkaitan penyusunan Pilihan Semula Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) berkaitan cari gali minyak dan gas di Blok SB409.

Menerusi LoU itu, kerajaan negeri melalui syarikat milik penuhnya, SMJ Sdn Bhd (SMJSB) akan ditawarkan satu Pilihan Semula sehingga 20 peratus faedah penyertaan yang boleh dilaksanakan sejurus selesai komitmen kerja atau penemuan komersial, mana yang lebih awal.

Blok SB409 yang terletak di luar pesisir barat daya Sabah dengan keluasan 14,556 kilometer persegi dianugerahkan kepada PCSB dan EPMV oleh PETRONAS ketika Pusingan Pembidaan Malaysia (MBR) 2022.

LoU berkenaan ditandatangani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMJSB, Dr Dionysia Aloysius Kibat; CEO PCSB, Hasliza Othman dan Ketua EPMV, Aliff Anwar, semalam.

Menerusi satu kenyataan, kerajaan Sabah menyifatkan LoU itu sebagai pencapaian terbaru kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS pada 7 Disember 2021.

CCA berkenaan membolehkan Sabah melalui SMJSB meningkatkan perkongsian perolehan, pembabitan dan suara yang lebih besar dalam pengeluaran minyak dan gas serta nilai rantaiannya di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan CCA berkenaan akan mewujudkan persekitaran lebih inklusif bagi industri minyak dan gas di Sabah termasuk di luar pesisir dan atas pesisir.

Katanya, menjadi aspirasi kerajaan negeri supaya Sabah mendapat lebih banyak daripada pengeluaran minyak dan gas di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan lebih banyak perjanjian dengan PETRONAS yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

BACA JUGA:

Parti Amanah percaya rakyat bijak buat pilihan untuk PRN kali ini

0

JERLUN – Parti Amanah Negara (Amanah) percaya rakyat akan membuat pilihan bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan prestasi semasa dan komitmen yang diberikan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, gelanggang pada PRN akan datang masih terbuka dan komitmen serta program yang digerakkan oleh kerajaan sekarang menjadi faktor penting yang dinilai oleh rakyat.

“Bagi kita gelanggang untuk bertarung di enam negeri itu (pada PRN) masih terbuka dan saya yakin dan percaya rakyat semakin bijak untuk menilai tentang prestasi walaupun kami baru masuk ke bulan yang kedua.

“Tapi saya yakin rakyat akan buat keputusan yang bijak. Apa yang diusahakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua bulan ini adalah menjadi faktor penting untuk rakyat memberikan keputusan awal mereka,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu bahawa Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) bakal menerima kekalahan besar pada PRN sebagai reaksi balas rakyat atas pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada PN.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata demikian selepas Majlis Sumbangan Kembali Ke Sekolah di Pusat Peduli Rakyat DUN Kota Siputeh, dekat sini.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula bahawa gabungan parti yang mendukung kerajaan akan mengalami masalah dan berpecah semasa pembahagian kerusi pada PRN, beliau menafikan perkara tersebut.

“Kita tak pecah pun. Kita masih berpadu sampai hari ini. Kalau dia nak cakap pecah itu dialah.

“Kita dah bincang, dah ada satu pertemuan di peringkat tertinggi di PWTC, sudah rasmi. Sudah ada dua tiga sekretariat yang dibincangkan. Jadi kita terus ke hadapan. Kami tidak merasakan ada halangan untuk meneruskan kerjasama di antara PH dan BN,” ujar beliau.

BACA JUGA:

Muhyiddin akan dipanggil SPRM berkenaan kes sumbangan dana politik

0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu.

SPRM yang mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

“Muhyiddin akan dipanggil bagi dirakam kenyataan mengenai dakwaan RM300 juta yang diterima parti terbabit sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika pentadbirannya,” katanya.

Sumber terbabit turut mengesahkan dua akaun bank milik BERSATU dengan jumlah baki RM40 juta sudah dibekukan suruhanjaya berkenaan.

Katanya, beberapa pemimpin BERSATU juga sudah dipanggil untuk direkod kenyataan, termasuk bendahari parti terbabit.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan semua penyumbang kepada parti terbabit adalah kontraktor yang menerima kontrak kerajaan ketika pentadbiran Muhyiddin,” katanya.

Dilaporkan kontraktor terbabit dikenal pasti selepas SPRM menyiasat beberapa akaun milik BERSATU yang dibekukan hujung bulan lalu.

*BERSATU dilapor terima dana politik RM300 juta daripada kontraktor*

BERSATU sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta daripada kontraktor berkenaan sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Muhyiddin ketika itu.

Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin BERSATU dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman, berkata SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik parti itu, baru-baru ini.

Beliau mendakwa pembekuan akaun itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Pada 1 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU sebagai membantu siasatan ke atas wang disyaki hasil haram.

Azam berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Disember lalu, media melaporkan SPRM mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.

SPRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

Terdahulu di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan ada pemimpin semasa pentadbiran PN yang akan disiasat SPRM.

Menurutnya, ada banyak kerosakan yang dilakukan sewaktu pemerintahan terdahulu.

“Memang ada kebenaran semasa kerajaan Barisan Nasional, ada ketirisan dan kes terbabit seperti 1MDB. Tetapi masa pemerintahan PN, ada banyak kerosakan juga,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) isu ketirisan dalam kerajaan sebelum ini.

BACA JUGA:

Indonesia perkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam bidang sekuriti makanan, pertanian

0

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua negara berkenaan turut bersedia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.

“Dalam hubungan ini, Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi 2023 manakala Malaysia ialah tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Indonesia bersetuju memberikan fokus terhadap sekuriti makanan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pertemuan berkenaan, kenyataan itu menyebut Mohamad dipelawa ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus bagi Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara berkenaan.

Selain itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia.

Pertemuan hari ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS Datuk Azah Hanim Ahmad serta pegawai kanan kementerian selain wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia.

BACA JUGA:

Hajiji saran Malaysia Madani perlu pengisian terbaik ikut konteks tempatan

0

KOTA KINABALU – Konsep Malaysia Madani sebagai satu acuan besar nasional, perlu diterjemahkan secara lebih spesifik dengan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, gagasan Membangun Malaysia Madani amat bersesuaian dengan suasana dan keperluan di Sabah, termasuk dari segi landskap serta ekosistem tempatan negeri ini.

“Kita mengaku konsep Malaysia Madani memang sudah berciri menyeluruh dan inklusif. Namun, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia Madani adalah sebuah kerangka kebangsaan yang bersifat sejagat dan terbuka.

“Justeru, proses menterjemah gagasan besar kebangsaan kepada konteks tempatan secara lebih spesifik adalah penting.

“Sebagai satu acuan besar nasional, Malaysia Madani memerlukan pengisian terbaik yang lebih khusus sifatnya, mengikut konteks tempatan,” katanya ketika merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Dalam konteks berkaitan, Hajiji berkata, Sabah memiliki keunikan tersendiri dari segi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik, selain aspirasi lokal yang belum mendapat tempat cukup kukuh dalam citra kebangsaan.

“Justeru, kita sudah tentu mempunyai keperluan unik dalam kerangka nasional Malaysia Madani. Kesedaran inilah yang perlu digarap dalam seminar ini supaya hasilnya nanti mencerminkan semangat nasional Malaysia Madani yang ditunjangi ciri lokal.

“Dalam bahasa mudah, kita perlu memetakan dengan tepat konsep Malaysia Madani kepada landskap dan ekosistem Sabah.

“Saya percaya, dalam mewujudkan sebuah negara benar-benar madani, proses itu harus dipacu prinsip keadilan sosial, pemerkasaan ekonomi serta budaya, yang memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara,” katanya.

Sebagai sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai latar etnik, geografi dan sejarah, beliau berkata, Sabah boleh mengambil posisi di hadapan bagi menterjemah ciri madani itu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kedua-dua gagasan Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berkongsi aspirasi serta impian sama, iaitu mahu melihat sebuah negara atau negeri berjaya dan maju dengan acuan kemanusiaan yang murni.

“Oleh itu, konsep Membangun Malaysia Madani bertepatan dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ yang diperkenalkan kerajaan negeri selepas menerajui kerajaan pada September 2020.

“Sebagai contoh, antara inisiatif Hala Tuju SMJ ialah mengukuhkan sosioekonomi rakyat dan membuat agihan kemakmuran yang lebih inklusif.

“Bagi konsep Malaysia Madani pula, antara matlamatnya ialah mengurangkan kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Dengan menggabungkan kedua-dua inisiatif ini, kerajaan mempunyai pendekatan lebih komprehensif dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri, yang sejajar dengan kerangka kebangsaan serta hasrat tempatan,” katanya.

Hajiji juga yakin melalui hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, kedua-dua inisiatif itu boleh memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif kepada rakyat di negara ini.

BACA JUGA:

Dewan Rakyat akan tumpukan isu hutang negara, bantuan gempa bumi dalam persidangan hari ini

0

Kedudukan terkini jumlah hutang negara, bantuan Malaysia kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan bencana gempa bumi serta isu kes rasuah antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Bagi soalan berkaitan hutang negara yang dibangkitkan Wong Kah Woh (PH-Taiping), beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan punca kenaikan hutang negara setiap tahun serta usaha kerajaan menyelesaikannya.

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang bertanyakan mengenai gempa bumi turut meminta perincian kos keseluruhan atur gerak anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke kawasan bencana di Turkiye dan Syria.

Sementara itu, Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang bertanyakan mengenai penyiasatan kes rasuah meminta Perdana Menteri menyatakan strategi penambahbaikan dan fokus utama kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan penyiasatan jenayah itu mendatangkan impak yang besar.

Semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) bertanyakan kepada Menteri Komunikasi dan Digital mengenai dasar jangka masa pendek, pertengahan dan panjang Kementerian terhadap aplikasi media sosial seperti TikTok yang disalah guna hingga menjejaskan perpaduan rakyat.

Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pula meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan inisiatif yang dirangka di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang kementerian itu untuk menangani bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Selepas sesi soal jawab, Perdana Menteri dijadual membentangkan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilih yang akan dipengerusikannya serta melantik enam Ahli Parlimen lain.

Selain itu, turut dibentangkan ialah usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja yang akan menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.

BACA JUGA:

YDPA nyatakan 10 perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan

0

TITAH Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat pada Isnin menjadi perhatian seisi negara.

Dalam titah tersebut, Seri Paduka Baginda menyatakan 10 perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Antara perkara tersebut adalah membendung isu ketirisan dana awam termasuk inisiatif mempercepat dan memastikan mekanisme pemberian subsidi bersasar bagi mengimbangi kos sara hidup.

Kita sedia maklum, isu berkenaan bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan memandangkan kadar inflasi tinggi bagi barangan keperluan sedang melanda rakyat kini.

Ia sehingga membawa kepada cadangan supaya pencarum dibenarkan mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Oleh itu, sekiranya inisiatif itu dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya, kita pasti akan melihat keseimbangan antara isi rumah dengan harga barang yang kian meningkat.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan komitmen Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah berskala besar.

Penghargaan tersebut sudah tentu mencerminkan keyakinan Yang di-Pertuan Agong terhadap kepimpinan Anwar meskipun pentadbirannya tidak begitu stabil.

Kerajaan juga diminta meneruskan usaha memerangi kemiskinan menerusi program pembasmian kemiskinan tegar bagi mencapai sasaransifar miskin tegar pada tahun 2025.

Sekiranya ditelusuri, ia mempunyai kaitan rapat dengan titah Seri Paduka Baginda yang keempat iaitu meneruskan projek-projek infrastruktur pengangkutan awam berimpak tinggi.

Kita sedia maklum, projek infrastruktur berupaya menjadi pengganda positif bagi pertumbuhan ekonomi negara kerana ia bakal menarik lebih ramai pelabur ke dalam banyak sektor perindustrian di negara ini.

Justeru, rancaknya perindustrian di negara ini dapat mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya yang dapat membawa individu-individu berpendapatan rendah keluar daripada kepompong berkenaan.

Seri Paduka Baginda juga berpandangan isu berkaitan pendatang asing tanpa izin dan pelarian termasuk pemohon suaka hendaklah segera ditangani dengan tegas oleh Kerajaan Perpaduan selain pada masa sama perlu menangani trend peningkatan jenayah siber yang semakin membimbangkan.

Saban hari, masyarakat hampir tidak terlepas daripada kedengaran individu yang kerugian puluhan atau ratusan ribu ringgit berikutan jenayah di platform berkenaan.

Dengan talian kecemasan 997 yang telah diwujudkan sebelum ini bagi menangani isu tersebut, inisiatif berkenaan boleh diperkuatkan lagi dengan idea dan cadangan di peringkat kementerian sejajar dengan titah Seri Paduka.

Keenam, pendekatan lebih sistematik dan strategik hendaklah segera dilaksanakan bagi menangani sepenuhnya kesan daripada musibah bencana alam terutamanya banjir yang berlaku saban tahun.

Menerusi perkara ini, pastinya jabatan utama yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu bekerja lebih keras bagi menutup sebarang kemungkinan terhadap musibah itu.

Seri Paduka Baginda dalam titah berkenaan juga menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo khusus untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di pedalaman Sarawak dan Sabah.

Meskipun nampak bersahaja, namun ia tidak sewajarnya dipandang enteng oleh pimpinan negara memadangkan kedudukan kedua-dua negeri itu yang terletak di sebelah Kalimantan yang bakal menjadi pusat pentadbiran baharu Republik Indonesia, maka ia pasti mencuri tumpuan baharu buat para pelabur.

Justeru, lebuh raya berkenaan perlu diberi fokus utama sebagai kesiapsiagaan mengimbangi hal itu.

Dalam titah tersebut juga, Anwar diharapkan menjadi Perdana Menteri bagi tampuk pemerintahannya.

Al-Sultan Abdullah turut menyatakan segala kemelut politik dapat dielakkan jika semua pihak melupakan perbezaan demi kepentingan negara.

Titah Seri Paduka Baginda itu dilihat mewakili suara rakyat yang inginkan kesejahteraan ketika ini kerana negara harus berehat daripada segala kontroversi.

Yang terakhir, Seri Paduka Baginda mengingatkan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya jangan bersikap hanya menilik balas dan menanti pujian sebaliknya perlu menjaga nama baik serta kehormatan dan berkhidmat setulus hati.

Pesanan ini bukan satu perkara yang retorik memandangkan rakyat telah menaruh keyakinan terhadap mereka bagi membawa suara dan cadangan ke peringkat nasional.

Kesimpulannya, meskipun hanya terdapat 10 titah, namun ia mengandungi 1001 makna buat negara.

BACA JUGA:

PMX tegaskan KWSP simpanan selepas bersara, kerajaan ada cara lain

0

Nampaknya desakan segelintir pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berhasil setakat ini susulan kerajaan telah memutuskan tidak membenarkan pengeluaran wang daripada tabungan itu menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencarum perlu sedar bahawa pengeluaran KWSP boleh menjejaskan simpanan keperluan mereka selepas bersara.

Keputusan itu tentu sahaja diterima oleh rakyat dengan persepsi berbeza. Bagi individu memerlukan sejumlah wang segera dalam masa terdekat mungkin merasa hampa terhadap keputusan kerajaan itu.

Kita boleh andaikan mereka memerlukan wang untuk perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak tidak lama lagi atau mahu melunaskan saki baki hutang terdahulu.

Bagi mereka yang tidak memerlukan wang segera, tentu bersikap selamba kerana faktor duit gaji sentiasa mencukupi atau simpanan wang masih ada.

Ada juga pihak bersikap ‘50-50’. Ibarat orang kata, ‘diberi aku ambil, tak beri aku diam’.

Sukar untuk menelaah perasaan sebenar individu yang terkesan dengan keputusan kerajaan ini. Sedihkah, kesalkah atau merajukkah terhadap kerajaan.

Apa boleh dibuat ialah bersabar dan pegang pada janji kerajaan yang akan berusaha membantu mengurangkan beban hidup rakyat tanpa bergantung kepada pengeluaran wang KWSP 2.0 semata-mata.

Berlapang dada bahawa kerajaan bukan berniat untuk ‘menyeksa’ rakyat dengan tidak membenarkan pengeluaran KWSP seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri.

Kalau ikutkan, memang kerajaan tidak ada halangan untuk rakyat mengeluarkan KWSP kerana ia wang pencarum.

Bagaimanapun keputusan tersebut demi masa depan pencarum pada hari tua.

Hasil kajian Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 oleh Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) melalui Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 mendapati hanya 20 peratus rakyat dewasa bekerja di negara ini mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan jika hilang pendapatan, disebabkan tiada tabung kecemasan, selain lebih suka berbelanja berbanding membuat tabungan.

Sebanyak 47 peratus pula mengakui sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000.

Pengerusi Bersama FEN yang juga Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Rafidz Nazri mengatakan, kaji selidik itu turut mendapati 27 peratus rakyat bekerja, sangat bimbang terhadap kemampuan mereka untuk membiayai perbelanjaan kehidupan pada hari tua.

Sementara itu, satu lagi fakta perlu direnung dalam laporan itu ialah 69 peratus rakyat Malaysia lebih suka berbelanja sekarang daripada membuat simpanan hingga menyebabkan mereka tiada simpanan jika berlaku kecemasan.

Memang agak keterlaluan untuk mengaitkan hasil laporan itu dengan isu pengeluaran KWSP kerana sememangnya sukar untuk mengetahui niat sebenar mengeluarkan caruman tersebut sama ada benar-benar memerlukan atau mahu berbelanja semata-mata.

Bagaimanapun, mengikut kaji selidik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Warisan Rakyat Prihatin Malaysia, lebih 300,000 pencarum menyokong tuntutan pengeluaran KWSP kerana memerlukan wang itu untuk membantu mereka.

Presidennya, Jannahtul Ain Jaafar berkata, tuntutan itu dengan konsep secara bersasar iaitu golongan tertentu sahaja boleh memohon, bukan secara umum.

Keupayaan Kerajaan Perpaduan pastinya dinilai sempena pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini kerana beberapa langkah sesuai untuk mengurangkan beban hidup rakyat tanpa pengeluaran KWSP khabarnya akan diumumkan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, ia termasuk peluang menjana pendapatan tambahan kepada golongan B40.

Beginilah, masalah rakyat perlu diatasi cepat. Ia bukan gula-gula sebelum pilihan raya. Setakat ini ada Menu Rahmah tetapi kenaikan harga barangan belum dapat diatasi secara tuntas.

Isu minyak masak peket belum selesai sepenuhnya. Isu bekalan telur ayam pun belum stabil.

Khabarnya pengusaha kuih raya sudah mengeluh pasal telur. Ini baru hal minyak masak dan telur ayam. Tol? Minyak petrol?

Apa pun, jangan sampai rakyat berharap seperti menunggu ayam jantan bertelur!

BACA JUGA:

Yaakub Khan dipilih jadi wakil UMNO sebagai perunding kerajaan perpaduan Sabah

0

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional Malaysia (BN) menamakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yaakub Khan sebagai wakil dalam perundingan dengan kerajaan Perpaduan Sabah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Kadir berkata, BN mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor selaku Ketua Menteri Sabah.

Katanya pendirian ini sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang telahpun membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“ Barisan Nasional Malaysia menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan Barisan Nasional Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

Tambah Zambry lagi, Sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia telah dibentuk untuk menyelaras semua parti-parti yang mengasaskannya.

Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan Sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah katanya dalam satu kenyataan disini, Ahad.

Barisan Nasional Sabah dipertanggung-jawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan sekaligus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah katanya.

Berlaku sedikit ketegangan Politik di Sabah apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah pada januari lalu menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Ia berikutan pengumuman dibuat Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin malam itu berhubung keputusan pihaknya untuk menarik diri daripada kerjasama itu.

Dan pada 30 Januari lalu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pemimpin UMNO Sabah bertenang bagi membolehkan satu penyelesaian dapat dicapai sekali gus menamatkan polemik politik di negeri berkenaan.

Menurutnya, banyak pendekatan dan kaedah telah disusun namun penyelesaian ini memerlukan persefahaman dua hala antara pihak Barisan Nasional (BN) dan UMNO selain rakan-rakan parti politik yang lain.

BACA JUGA:

Hassan Marican pelawa Nurul Izzah bersama ketuai sekretariat sokongan

0

PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada menteri kewangan, Hassan Marican, mempelawa Nurul Izzah Anwar mengetuai sekretariat bagi menyokong operasi jawatankuasa itu secara bersama dengan Khairil Anuar Ramli.

Hassan berkata, berkata sekretariat itu bertindak menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat yang telah dibentuk dan terletak di Menara Berkembar Petronas.

“Jawatankuasa Penasihat melapor terus kepada menteri kewangan, dan akan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung kepada keperluan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, peranan utama jawatankuasa berkenaan bagi menasihati mengenai cara dan sumber meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan mengurus.

Katanya, Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati menteri kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi, termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada, dan penyediaan perlindungan sosial yang lebih holistik.

Selain itu, Hassan berkata, nasihat juga akan diberikan mengenai perkara berhubung syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk menentukan kaitannya dalam konteks semasa dan menyatukan mana yang sesuai, selain perkara berkaitan hutang negara dan tadbir urus baik.

Beliau berkata Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat sulung pada Jumaat 10 Feb, 2023.

Mesyuarat itu dipengerusikan Hassan yang juga penasihat Petronas dan dihadiri oleh ahli yang lain iaitu Pengerusi Sarawak Energy Bhd Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya Rajah Rasiah; dan Profesor Ekonomi di Fakulti Perniagaan Universiti Sunway Yeah Kim Leng.

BACA JUGA:

Harapan rakyat tinggi terhadap Bajet 2023

0

MENURUT laporan akhbar pada Disember 2022, Malaysia merekodkan 434,197 ketua isi rumah (KIR) tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar ketika negara terus mengalami tekanan kos sara hidup yang tinggi akibat inflasi.

Pastinya mereka itu tergolong isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang terdiri daripada warga emas, nelayan, petani, pemandu teksi, pesara, penjawat awam, pekerja swasta, peniaga, orang muda, orang kampung dan mereka yang dikenali sebagai miskin bandar.

Sehubungan itu, rakyat meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada pembentangan semula Bajet 2023 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari ini.

Harapan rakyat adalah bagaimana kerajaan dapat meringankan beban kewangan isi rumah. Mereka mahu melihat peluang pekerjaan dan perniagaan yang banyak, bimbingan latihan untuk meningkatkan kemahiran bekerja serta segala bentuk input yang akhirnya dapat meningkatkan pendapatan bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin menekan ketika ini.

Rakyat juga ingin melihat bagaimana peruntukan dalam semakan bajet kali ini dapat mengurangkan komitmen bulanan mereka kerana ia bersandarkan kadar dasar semalaman (OPR).

Ia penting kerana boleh dikatakan ramai yang terlibat dengan pelbagai pinjaman antaranya perumahan, perniagaan dan pendidikan, selain perubatan.

Jika kos-kos tersebut dapat dikurangkan dan diberi jalan penyelesaian, maka rakyat sudah tentu dapat merasai kelonggaran yang besar dari segi kewangan kerana ia melibatkan perbelanjaan seharian.

Seperkara lagi yang rakyat mahu tahu, bagaimana bajet dapat mengimbangi kos berkaitan inflasi yang menjurus kepada kenaikan bahan mentah dan menyebabkan harga makanan menjadi lebih mahal.

Rakyat memberi keyakinan kepada Anwar melakukan perubahan ke arah transformasi kehidupan sosioekonomi yang lebih adil dan saksama.

Ia berdasarkan perjuangan beliau pada 1974 iaitu perjuangan semasa menjadi mahasiswa bagi membantu golongan miskin serta rakyat yang menderita di Baling, Kedah.

Berdasarkan perjuangan itu, pastinya pentadbiran diterajui oleh Anwar mampu melakukan yang terbaik dalam Bajet 2023 dan paling penting dapat mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan pendapatan rakyat jelata.

BACA JUGA:

Mat Sabu yakin Sabah berpotensi terokai pelbagai tanaman dalam sektor pertanian

0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi untuk meneroka pelbagai penanaman dalam sektor pertanian selain berupaya mengeksploitasi kawasan strategik bagi memastikan keterjaminan makanan mencukupi bukan hanya di negeri ini malah di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini termasuklah inisiatif bagi membangunkan sektor pertanian menerusi kerjasama beberapa agensi Kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

“Pada hari ini saya telah menerima taklimat daripada LKTNS mengenai beberapa program dan hala tuju yang akan dilaksanakan khususnya di Sabah dalam memastikan keterjaminan makanan negara itu mencukupi.

“Justeru, pihak Kementerian akan bersama LKTNS bekerjasama dalam memastikan keterjaminan makanan khususnya di negeri ini berada pada tahap memuaskan. Hal makanan, kita tidak kira latar belakang politik tapi ini adalah soal kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima taklimat berhubung program dan hala tuju SLDB di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin dan Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R Joddari.

Mohamad berkata, penggunaan peralatan pertanian juga perlu menjadi keutamaan agar sektor makanan di negeri ini akan terus bertambah maju.

“Jika kita lihat, cara mengerjakan sawah di Sabah ini barang kali masih lagi tertinggal kebelakang berbanding di Semenanjung dimana cara penanaman dan pembajaan juga lebih ke depan.

“Kita harap Sabah akan dapat terus mengeksploitasi lagi kawasan sesuai untuk pertanian kerana pada masa ini kecukupan untuk beras di Sabah hanya dibawah 20 peratus.

“Jadi harga kebergantungan kepada beras import begitu tinggi. Justeru kita akan melihat segala potensi yang ada kerana kita faham masalah makanan adalah perkara ‘real’,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya akan membantu LKTNS melalui Agrobank dalam memastikan segala program dan perancangan terhadap keterjaminan makanan berjalan dengan lancar.

“Saya tidak boleh sebut angkanya tapi kita akan bantu sekadar yang mampu dan sudah pasti, dipihak kita ianya adalah melalui Agrobank,” katanya.

BACA JUGA:

Bank begerak disediakan di Beaufort, Lahad Datu dan Tawau

0

KOTA KINABALU – Inisiatif Kerajaan melaksanakan perkhidmatan bank bergerak di negeri ini dilihat amat penting dan bersesuaian bagi mempercepatkan lagi impak ekonomi di kawasan luar bandar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia juga merupakan satu inovasi perkhidmatan asas yang bersesuaian dengan landskap perbankan terkini.

“Tujuan kita lancarkan bank bergerak ini adalah untuk memastikan komuniti yang kurang mendapat perhatian sebelum ini juga boleh mendapatkan akses dan servis kewangan.

“Suka untuk saya kongsikan di sini bahawa bank bergerak ini adalah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulih  Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM18 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Bank Bergerak Agrobank di Lintasan Deasoka di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Mohamad berkata, dengan adanya usaha ini penduduk di sekitar luar bandar kini dapat menikmati perkhidmatan asas perbankan yang lebih sistematik seperti pengeluaran dan deposit ATM serta khimat nasihat bagi produk-produk yang ditawarkan oleh Agrobank.

Katanya, ini merupakan inisiatif Agrobank bagi merancakkan impak ekonomi  masyarakat luar bandar ke arah yang lebih baik sejajar dengan inisiatif Malaysia Madani.

“Fokus Agrobank untuk memberi capaian perkhidmatan perbankan asas kepada komuniti yang kurang mendapat liputan adalah bertepatan dengan mandatnya sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) dalam mencapai hasrat Malaysia Madani,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak dua buah bank bergerak telah disediakan di negeri ini untuk dinikmati penduduk di sekitar Lahad Datu, Tawau dan Beaufort.

Katanya, penyediaan bank bergerak ini adalah tepat pada masanya kerana, penduduk-penduduk di sekitar kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu dianggarkan perlu mengambil masa lebih satu jam dengan jarak 73.8 kilometer untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan akses perbankan.

“Justeru, dengan perkhidmatan ini ianya dilihat amat penting bagi memudahkan urusan seharian mereka,” katanya.

BACA JUGA:

Bersih gesa Sabah perlu reformasi institusi untuk henti kemelut politik

0

PETALING JAYA – Kumpulan pemantau pilihan raya Bersih menggesa supaya reformasi institusi di Sabah dilaksanakan segera bagi menyelesaikan kemelut politik termasuk gerakan lompat parti.

Menerusi kenyataan, Bersih berkata kemelut politik di Sabah hanya boleh diselesaikan dengan pakej institusi reformasi 3-dalam-1 iaitu Ordinan Antilompatan dan Ordinan Penggal Tetap DUN Sabah; Ordinan Peruntukan Pembangunan Kawasan Saksama; dan reformasi DUN.

Menurut kenyataan itu, menerusi Ordinan Antilompatan dan Ordinan Penggal Tetap DUN Sabah, satu ketetapan perlu dibuat dengan meluluskan undang-undang antilompat parti di peringkat Persekutuan, dengan menambah peraturan supaya ADUN yang melompat parti serta tidak menyokong Rang Undang-undang belanjawan hilang kerusi secara automatik.

Ordinan Peruntukan Pembangunan Kawasan Saksama pula bagi membolehkan dana kepada ADUN diberikan secara sama rata.

“Dalam Belanjawan Sabah 2023, setiap ADUN kerajaan mendapat RM3 juta setahun manakala ADUN pembangkang tidak mendapat apa-apa. Amalan yang tidak demokratik adalah pendorong kepada lompat parti yang paling besar dan mesti dihentikan,” katanya kenyataan itu.

Bagi reformasi DUN pula ia perlu dibuat untuk memastikan semua ADUN pembangkang dan kerajaan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan negeri bukannya kuasa hanya tertumpu kepada wakil rakyat yang dilantik menteri sahaja.

“ADUN Sabah perlu menyokong dan mendesak agar kerajaan Sabah melaksanakan reformasi dinyatakan dengan segera, agar demokrasi dan institusinya dapat berjalan dengan lebih profesional dan prorakyat berbanding hanya perebutan kuasa dan pengaruh antara kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Beliau membuat cadangan itu susulan kemelut politik Sabah nampak tiada kesudahan apabila terbaru tiga ADUN Warisan Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), dan Norazlina Arif (Kunak) keluar parti dengan menyokong pentadbiran Hajiji Noor selepas usaha gerakan menjatuhkan ketua menteri oleh Umno dan Warisan gagal.

Katanya, tindakan wakil rakyat di Sabah melompat parti juga didorong ketiadaan peruntukan kepada ADUN pembangkang, berbanding menteri atau ADUN kerajaan yang diberi dana jauh lebih banyak.

“Ramai pengundi sebenarnya tidak kisah wakil rakyat melompat parti selagi wakil rakyat dapat membawa balik lebih banyak peruntukan dan imbuhan, dinamakan pembangunan dan kebajikan, ke kawasan,” katanya.

BACA JUGA:

Salahuddin tegaskan, tiada perbelanjaan diperuntukkan kerajaan dalam pelaksanaan Menu Rahmah

0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah sejak hujung bulan lepas tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia sebaliknya adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Beliau berkata sejak dilancarkan, Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai peniaga bersama menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.

“Ramai golongan peniaga berlumba-lumba menyertai inisiatif ini dengan menawarkan juadah serendah RM5 di premis mereka, ini maknanya mereka mahu bersama melakukannya dengan semangat kebajikan tanpa paksaan sesiapa.

“Jadi konsepnya di sini jelas, tiada libat satu sen pun duit kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan inisiatif Menu Rahmah yang kini disertai Persatuan Pengusaha Tom Yam Malaysia (Pertom) di Lembah Keramat di sini semalam.

Salahuddin berkata kementeriannya tidak pernah memaksa mana-mana perniagaan, pengusaha dan pemain industri makanan baik besar mahupun kecil untuk melibatkan diri di dalam penjualan Menu Rahmah.

“Kita tidak paksa, sebaliknya ia adalah satu libat urus dengan industri antaranya Mydin (Mydin Mohamed Holdings Berhad), Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia, Pertom dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.

“Selepas sesi libat urus ini barulah kita kemukakan idea Menu Rahmah ini dengan sasaran pembeli ialah mereka yang memerlukan juadah harian pada harga mampu,” katanya.

Katanya kementeriannya sedang dalam proses membangunkan satu aplikasi yang mengandungi direktori premis makanan yang menawarkan sajian Menu Rahmah di seluruh negara.

Beliau berkata ia bagi memastikan rakyat mempunyai maklumat terhadap peniaga yang menyertai inisiatif kerajaan itu di kawasan mereka selain pada masa sama mempromosikan premis yang menawarkan jualan Menu Rahmah.

Pada 31 Jan lepas, Salahuddin melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

BACA JUGA:

Sanusi yakin gelombang hijau masih kekal hingga PRN

0

ALOR SETAR – Pas yakin dapat mengekalkan gelombang hijau atau tsunami Perikatan Nasional (PN) di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana pemimpin sedia ada merupakan yang terbaik selepas segelintir bekas ahli Pas keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, apa yang berlaku telah mengukuhkan Pas dan bukannya menjadi semakin lemah.

Muhammad Sanusi

“Ya, Pas pernah perintah satu penggal sahaja di Kedah dan Terengganu. Pemimpin utama ketika itu ialah Mahfuz selaku Naib Presiden, sebab itulah Pas gagal pertahankan Terengganu. Sekarang beliau tidak lagi bersama Pas,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan insentif kemenangan sempena Sukan Malaysia (Sukma) di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Pada Selasa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yakin gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mampu memecah dominasi Pas di Kedah kerana tiada apa yang mustahil dalam politik.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah mencabar Mahfuz untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU15 lepas.

“Mahfuz kalah dengan majoriti undi 31,000. Marilah berentap di medan politik, bukan cakap sahaja.

“Saya ucapkan selamat kembali (bertembung dalam PRN). Bertandinglah di kerusi DUN pula. Cubalah nasib di mana-mana kawasan sekalipun, Pas sedia berikan cabaran,” katanya lagi.

BACA JUGA:

Populariti Anwar melonjak naik kerana pendekatan ‘merakyat’ beliau

0

BANGKOK – Pendekatan ‘merakyat’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa, khususnya ketika melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berkata, populariti Anwar jelas terlihat ketika lawatan rasmi perdana menteri baru-baru ini ke Indonesia, Brunei dan Singapura iaitu beliau mendapat sambutan meriah dalam kalangan diaspora Malaysia dan juga rakyat tempatan.

Beliau berkata, Anwar yang merupakan seorang tokoh antarabangsa terutama di ASEAN serta sentiasa aktif dalam hal ehwal Islam serta hubungan antarabangsa, menyebabkan beliau popular dan disegani.

Zambry memberi contoh ketika lawatan rasmi ke Indonesia, ramai hadir untuk mendengar ucapan Anwar pada satu majlis kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat antarabangsa khususnya di ASEAN.

“Ketika lawatan rasmi, beliau (Anwar) akan mencari dan menjemput rakyat Malaysia untuk bersama dan mendengar suara mereka.

“Pada masa yang sama, beliau akan menyampaikan pandangan beliau tentang kedudukan negara,” katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi perdana menteri ke Thailand.

Anwar akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Thailand selama dua hari bermula esok untuk bertemu rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha, bagi membincangkan isu-isu kerjasama dua hala yang mempunyai kepentingan bersama, di samping meneroka peluang kerjasama baharu.

Anwar dijangka akan menunaikan solat Jumaat di Islamic Centre of Thailand.

“Masyarakat Islam di sini juga teruja dengan lawatan rasmi perdana menteri yang akan bermula esok. Ini satu petanda baik dalam konteks hubungan kedua-dua negara,” katanya.

BACA JUGA:

Hassan Marican dilantik oleh Anwar ketuai badan penasihat Menteri kewangan

0

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan bekas CEO Petronas Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku menteri kewangan.

Anwar dalam satu kenyataan berkata, selain Hassan badan penasihat itu dianggota empat individu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi.

Mereka ialah Pengerusi Eksekutif FVSB, Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” kata Anwar dalam kenyataan itu.

BACA JUGA:

‘MUDA’ anggap KJ, Shahril sebagai aset negara

0

PETALING JAYA – Pintu MUDA terbuka kepada bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dan bekas naib ketua Pemuda, Shahril Hamdan yang digantung keahlian.

Setiausaha Agung Amir Hadi berkata kekuatan, pengalaman, dan “rekod agak baik” Khairy dan Shahril menjadikan mereka “aset” untuk mana-mana parti.

“Kedua-dua mereka adalah ‘aset negara’ dan sudah tentu keberadaan mereka dalam MUDA akan memberi kesan positif pada parti dan agenda yang dibawa,” katanya.

“Bagi MUDA, siapa pun yang bersedia memperjuangkan prinsip parti, khususnya dalam mengangkat keadilan ekonomi, melawan perkauman, dan mengangkat martabat rakyat, dialu-alukan untuk bersama.”

Amir senada dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, dengan berkata Khairy dan Shahril berkemampuan menarik sokongan orang muda.

Ismail sebelum ini menyifatkan pemecatan Khairy dan penggantungan Shahril seperti menghapuskan “magnet” yang menarik sokongan orang muda.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi bagaimanapun meragui anggapan itu dan menggesa Khairy menubuhkan parti baharu seperti MUDA.

Sama ada menjadi ahli baharu atau menjadi pesaing, Amir berkata MUDA sedia berbincang dengan Khairy dan Shahril mengenai “jalan terbaik bagi semua”.

“MUDA sentiasa terbuka untuk berbincang bersama,” katanya.

BACA JUGA:

Tiga jawatankuasa bakal ditubuhkan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan

0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia pada Selasa bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.

“Jawatankuasa ditetapkan ini ada tiga (iaitu) Jawatankuasa Strategi, kedua Jawatankuasa Pilihan Raya, menumpukan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan bila-bila masa dan jawatankuasa ini tentunya akan merencanakan hal-hal PRN.

“Ia meliputi pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk pastikan kita punyai tapak yang kukuh dalam menghadapi PRN.

“Suatu hal yang sangat positif bagi saya (adalah) kesepakatan dan komitmen semua parti termasuk Sabah dan Sarawak untuk membantu sebagai satu pasukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn pada Selasa.

Mesyuarat kali pertama itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof di samping pimpinan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).

Mengulas lanjut Anwar berkata, Jawatankuasa Strategi pula bertindak untuk berdepan komunikasi dan kenyataan fitnah melampau terhadap Kerajaan Perpaduan.

Sebagai contoh beliau berkata, isu pembakaran al-Quran yang berlaku di luar negara baru-baru ini menyaksikan beberapa tokoh agama tampil mendakwa kerajaan seolah-olah tidak bertindak terhadap isu berkenaan.

“Padahal pada masa itu kita telah mengeluarkan kenyataan keras mengecam tindakan berkenaan dan Kementerian Luar turut memanggil duta Sweden, berikutnya saya umumkan pengedaran satu juta naskhah al-Quran.

“Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik pula akan mengambil kira pandangan manifesto yang dikemukakan termasuk kos sara hidup serta kerjasama antara semua kaum,” jelasnya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Tambun itu memaklumkan, ketiga-tiga jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh beliau manakala ketua-ketua parti sebagai timbalan pengerusi.

“Jawatankuasa dilantik akan bersidang beberapa minggu ini. Terima kasih kepada mereka (kerana) berikan persetujuan untuk saya pengerusikan dan ketua-ketua parti gabungan akan menjadi timbalan pengerusi dan berikutnya pimpinan lain sebagai naib pengerusi.

“Sekretariat diketuai oleh Setiausaha Agung iaitu Datuk Seri Fadillah dan Ketua Sekretariat adalah Datuk Asyraf Wajdi (Ketua Pemuda UMNO). Pimpinan parti lain akan menganggotai Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

BACA JUGA:

Penjawat awam perlu bantu tingkatkan martabat pentadbiran negara

0

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan untuk membebaskan rakyat daripada ‘penghambaan’ dalam setiap cara kerja dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia termasuk penindasan serta mengambil hak sehingga menyebabkan mereka tersisih.

Katanya, ketika ini cabarannya adalah untuk menyucikan dan mengangkat martabat pentadbiran negara ke tahap yang lebih tinggi dan terpuji.

Beliau berkata, bagaimana cara untuk perkara itu dapat dicapai sudah tersedia dalam Al-Quran.

“Kalau dalam kerja kita, jabatan kita, negara kita, tidak boleh terlepas daripada keikhlasan kita untuk bebaskan (rakyat).

“Dalam konteks kupasan ulama silam, disebut bebaskan manusia daripada perhambaan. Kupasan ulama semasa mengaitkan dalam apa bentuk penindasan manusia itu dihambakan atau separa hamba.

“Bebaskan rakyat kita warga kita dan manusia itu daripada segala bentuk penindasan, perbodohkan rakyat, ambil harta rakyat hingga hak mereka tersisih,” katanya pada Perjumpaan Bulanan dengan Warga Jabatan Perdana Menteri, di Dewan De’ Seri Endon, di sini, pagi ini.

BACA JUGA:

PH belum ada kata putus tentang penerimaan bekas ahli UMNO yang dipecat

0

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO tidak lama lagi sebagai menghormati parti itu yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kami maklum beberapa bekas ahli UMNO telah menyuarakan hasrat mereka untuk menyertai kami tetapi kami akan membincangkannya dengan pemimpin UMNO,” katanya kepada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini pada Isnin.

Dalam isu lain, Anwar yang juga Perdana Menteri memberi jaminan bahawa anaknya Nurul Izzah tidak akan menyalahgunakan kedudukan sebagai penasihat kanan beliau dalam ekonomi dan kewangan dan menekankan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak mengambil sebarang elaun untuk tugasnya.

“Tiada kemungkinan beliau menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan tender, kontrak atau projek.

BACA JUGA:

PH ada 31 peratus pengundi Melayu secara keseluruhan – Anwar

0

PETALING JAYA – Andaian bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah tidak benar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang lebih terperinci, gabungan parti itu memperoleh sebanyak 31 peratus undian pengundi Melayu secara keseluruhannya.

“Kita dapat lihat sebenarnya tidak benar yang diuar-uarkan kononnya PH mendapat 19 peratus dukungan kaum Melayu. Jika ya, tidak mungkin kita dapat memperoleh kerusi seperti mana yang dicatat dalam PRU baru-baru ini.

“Kita buat satu pasukan daripada saintis yang membuat analisis data awal dan akan diperkemas kini dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Berdasarkan kajian yang lebih terperinci, secara keseluruhannya, undi diperolehi ialah 31 peratus pengundi Melayu, ada (negeri) yang (catat sokongan) rendah seperti di Kelantan dan Terengganu.

“Ada yang cecah lebih 50 peratus seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jika dikumpulkan kekuatan Kerajaan Perpaduan melibatkan komponen PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti lain yang bersama, telah mencecah dua pertiga daripada keseluruhan undi dalam PRU15.

“Kalau itu keadaannya, maka dengan dua pertiga ahli Parlimen yang mewakili dua pertiga pengundi dalam PRU15, kita yakin dapat terus mengemudi negara ini sebagai satu pasukan yang mantap.

“Kita akan menggunakan ruang yang ada untuk membersihkan negara daripada budaya rasuah dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih meyakinkan,” katanya.

BACA JUGA:

Anwar perlu selesaikan isu satu pertiga kerusi di Sabah, Sarawak secepat mungkin untuk kekal berkuasa

0

PETALING JAYA – Seorang ahli akademik mengingatkan kesan terhadap kelewatan menyelesaikan isu komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat yang dikatakan mengambil masa dua hingga tiga tahun.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata proses itu perlu diselesaikan lebih awal daripada tempoh berkenaan kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim bergantung kepada sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, kerajaan pimpinan Anwar berisiko untuk runtuh sekiranya proses berkenaan mengambil masa terlalu lama.

Kerajaan Anwar Ibrahim bergantung kepada sokongan Ahli Parlimen dari Malaysia Timur untuk kekal berkuasa.

Profesor kajian Asia itu berkata sokongan majoriti dua pertiga dinikmati Anwar di Parlimen ketika ini tidak kukuh kerana gabungan menyokongnya boleh menarik sokongan pada bila-bila masa sahaja.

Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar menikmati sokongan hampir semua Ahli Parlimen dari Malaysia Timur iaitu dari Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata proses itu perlu melalui banyak peringkat yang membabitkan pelbagai pihak termasuk tiga jawatankuasa.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Jeniri Amir pula berpandangan garis masa tiga tahun untuk menyelesaikan isu terbabit sebagai realistik.

Walaupun penting untuk Anwar menjayakan usaha itu namun tidak mungkin parti dari Malaysia Timur menarik balik sokongan meskipun pembahagian kerusi berkenaan tidak menjadi realiti dalam tempoh tiga tahun.

“Untuk bersikap adil kepadanya, ia bukan jalan mudah. Ia bukan sekadar langkah pentadbiran. Ini memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jeniri berkata pertambahan kerusi bagi Sabah dan Sarawak perlu dilakukan seiring dengan kajian persempadanan semula pilihan raya untuk agihan undi lebih adil.

BACA JUGA:

PH sedia beri BN lebih kerusi untuk PRN

0

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) Terengganu sedia menyerahkan lebih banyak kerusi DUN untuk ditandingi Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang.

Pengerusinya Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata perbincangan mengenai kerjasama dan pengagihan kerusi secara tidak rasmi dengan pimpinan BN sudah diadakan.

Beliau berkata, mesyuarat antara pucuk pimpinan parti gabungan PH dan BN untuk membincangkan pengagihan kerusi akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Sepatutnya mesyuarat dan perbincangan pengagihan kerusi dan pemilihan calon antara kedua-dua pimpinan sudah diadakan pertengahan bulan lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pimpinan Umno negeri menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.

“Hasil keputusan mesyuarat dan persetujuan terutama membabitkan jumlah kerusi akan diagihkan akan dibawa ke mesyuarat di peringkat pusat, tetapi pada dasarnya perbincangan secara tidak rasmi sudah diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina PH 2023, di Kuala Terengganu, hari ini.

Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu berkata pemimpin utama parti gabungan PH termasuk PKR dan DAP bersetuju dan akur jika BN minta lebih banyak kerusi pada PRN akan datang.

Beliau berkata ia kerana pucuk pimpinan parti gabungan PH negeri faham Umno lebih lama bertapak di Terengganu dan mempunyai lebih banyak pengaruh.

“Jumlah pengagihan kerusi bukannya isu besar, sebaliknya paling penting dan menjadi keutamaan adalah gabungan PH dan BN mampu memenangi lebih banyak kerusi,” katanya.

BACA JUGA:

Hajiji ganti Stephen Jimbangan, dilantik sebagai presiden Gagasan Rakyat

0

PETALING JAYA – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dipilih menerajui Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), dua bulan selepas mengetuai sekumpulan penyokong meninggalkan Bersatu Sabah.

Beliau dinamakan presiden Gagasan Rakyat pada mesyuarat agung luar biasa parti itu hari ini, menggantikan Stephen Jimbangan yang meletak jawatan pada Disember.

Hajiji, yang juga ketua menteri berkata, partinya kini sebahagian daripada GRS, gabungan yang membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, GRS sudah lama mengidamkan parti yang benar-benar tempatan untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu.

“Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), wadah politik yang 100% tempatan untuk meneruskan perjuangan kepada rakyat dan negeri Sabah,” katanya di Facebook.

Hajiji berkata, beliau dan rakan-rakannya menyertai Gagasan Rakyat kerana “ia adalah parti berbilang kaum yang melambangkan keterangkuman dan mewakili suara rakyat Sabah”.

Beliau berkata, agenda Gagasan Rakyat juga selaras empat tonggak perjuangan GRS untuk mendahulukan Sabah.

Katanya, menjadi parti tempatan tidak bermakna Sabah menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara.

Hajiji berkata, beliau akan menjelaskan lebih terperinci hala tuju Gagasan Rakyat pada 2 Mac ini.

Katanya, parti itu akan menubuhkan cawangan di semua 73 DUN, termasuk pembentukan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Mesyuarat agung cawangan dan bahagian dijadualkan pada Julai dan September, dan parti itu akan mengadakan kongres tahunannya pada November nanti.

Hajiji juga mengumumkan barisan kepimpinan parti, dengan pelantikan selanjutnya akan dibuat tidak lama lagi.

Presiden: Hajiji Noor

Timbalan Presiden: Masidi Manjun

Naib Presiden: Arifin Arif, Rubin Balang dan Masiung Banah

Ketua Wanita: Redonah Bahanda

Ketua Pemuda: Fairuz Renddan

Ketua Beliawanis: Emmie M Idang

Setiausaha Agung: Razali Razi

Timbalan Setiausaha Agung: Stephen Jacob Jimbangan

Bendahari Agung: Ghulam Haidar Khan

Timbalan Bendahari Agung: Tahir Picho

Ketua Penerangan: Nizam Abu Bakar Titingan

BACA JUGA:

SPRM sedang kenal pasti 90 individu yang didakwa terima wang ketika PRU15

0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengenal pasti 90 individu didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Difahamkan ada antara mereka yang dikenal pasti itu sudah pun dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan isu ‘sedekah’ pengundi itu.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata SPRM memerlukan sedikit masa untuk melakukan siasatan terutama bagi mengesan mereka yang berkenaan.

Ini kerana, katanya, tidak semua individu terbabit menetap di Terengganu.

“Sehubungan itu, individu yang terbabit dalam isu penerimaan wang tunai berkenaan diminta untuk tampil ke pejabat SPRM terdekat,” katanya.

Pada 24 Januari lalu, Azam dilaporkan berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen PRU15 mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi.

Beliau dilaporkan berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

“Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk kepada kami,” katanya dipetik.

Berdasarkan akta itu, rasuah disifatkan berlaku apabila calon atau mana-mana individu membeli undi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan atau pinjaman ketika atau selepas pilihan raya.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda antara RM1,000 dan RM5,000, serta penjara sehingga setahun.

Calon juga boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun jika mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

PAS mendapat kecaman selepas satu klip video menunjukkan segelintir individu menghulurkan wang tunai kepada pengundi, menjadi viral.

Namun, pada 21 Januari lalu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah. Pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

BACA JUGA:

Menu Rahmah perlu diperluas hingga ke Sabah, bantu rakyat kurangkan kenaikan kos sara hidup

0

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) memuji inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan Persekutuan dan menggesa kerajaan Sabah yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya memperluas inisiatif itu ke negeri berkenaan.

Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong berkata Menu Rahmah ialah satu inisiatif yang bagus diperkenalkan kerajaan Persekutuan bagi menawarkan lebih banyak pilihan tempat makan selain mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

“Inisiatif ini menerima maklum balas yang bagus di Semenanjung Malaysia, malah rakyat daripada golongan M40 dan T40 juga membanjiri kedai yang menyertai usaha ini untuk menikmati makan tengah hari pada harga hanya RM5.

“Berapa kerap anda mendengar sepinggan hidangan berharga RM5 pada masa ini? Menu nasi bajet pun harganya lebih daripada itu.

“Tetapi malangnya inisiatif ini hampir tidak didengar atau dilihat di Sabah walaupun kos harga makanan di kedai di Sabah lebih tinggi dari Semenanjung Malaysia. Saya rasa rakyat Sabah pastinya ingin menikmati makan tengah hari dengan harga hanya RM5,” kata Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu dalam kenyataan di sini semalam.

Wong berkata terdapat banyak cara kerajaan negeri boleh menyokong seterusnya memperluas inisiatif ini, sebagai contoh, menawarkan insentif seperti diskaun atau pengecualian lesen perniagaan, bayaran penilaian dan sebagainya untuk menggalakkan premis perniagaan makanan tempatan di Sabah menyertai inisiatif itu.

Selasa lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makan tengah hari atau makan malam berharga RM5 sepinggan di 15,000 premis menjual makanan yang menyertainya di seluruh negara.

Menu itu terdiri daripada hidangan seimbang yang merangkumi nasi putih, satu pilihan protein sama ada ayam atau ikan, dan sayur yang ditawarkan kepada mereka yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup ketika ini.

BACA JUGA:

Zahidi perjelas alasan masuk PH

0

SHAH ALAM – Saya hendak masuk Pakatan Harapan (PH) bukan sebab nak jadi ketua tapi saya nak teruskan wadah perjuangan yang saya dah mulakan sejak 40 tahun lalu, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin

Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.

“Saya nak mencari yang tiada masalah, contohnya kalau saya masuk PN (Perikatan Nasional) kalau orang UMNO jumpa saya mungkin dia boleh dipecat.

“Presiden UMNO ini kalau ada silap dia pecat walaupun dia kata tak ikut prosedur betul, kuasanya dia boleh pecat sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live ‘Kenapa Pilih PH’ dihoskan oleh Hazwan Mokhtar yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dia perlu memastikan rakan-rakannya di dalam UMNO selamat (tidak dipecat) kerana mahu berkawan dengannya.

“Saya harus ‘protect’ kawan-kawan yang hendak jumpa saya.

“Tetapi bila saya masuk Pakatan Harapan (PH) jadi nak pecat macam mana sebab dia (Presiden UMNO) pun berpakat dengan Anwar.

“Apabila saya sebut PKR bermakna saya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana UMNO menyokong Perdana Menteri yang ada sekarang.

“Kamu di peringkat menteri kabinet boleh berbincang bersama-sama, kami orang UMNO tidak boleh bersama saya jadi boleh teruskan persahabatan buat gerakan bersama kerana PH dan UMNO adalah kerajaan yang sama,” ujarnya.

Zahidi sebelum ini antara dua bekas pemimpin kanan UMNO Perlis selain Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dipecat dari parti itu berikutan langkahnya yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA JUGA:

Presiden AMANAH, Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri

0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 164 penerima bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Negara ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta menteri-menteri kabinet.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023 di Istana Negara hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mendahului senarai penerima.

Menurut kenyataan Jabatan Wilayah Persekutuan, Mohamad, 69, dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama enam lagi penerima pada istiadat pengurniaan itu.

Enam lagi penerima SMW yang merupakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak; Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris; Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Eng Wei Chun dan Pengarah Eksekutif Amechanus Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Lawrence Yeo Chua Poh.

Sementara itu, 15 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri, Datuk Toisin Gantor; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azah Hanim Ahmad dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

Turut dikurniakan PMW ialah Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Muhammad Azmi Zulkifli; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Datuk Md Shah Mahmood; Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran dan Presiden UDA Holdings Sdn Bhd, Datuk Sr Mohd Salem Kailany.

Beberapa ahli sukan turut menerima PMW sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada negara iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Lim Teong Kim; bekas ratu boling negara, Datuk Shalin Zulkifli; atlet bina badan, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan bekas Pengarah Kejurulatihan Persekutuan Karate Malaysia, Datuk P. Arivalagan.

Pada istiadat hari ini, 16 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); 19 dikurniakan Kesatria Mahkota Wilayah (KMW); 15 dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 92 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

BACA JUGA:

MA63: Isu satu pertiga kerusi untuk Sabah, Sarawak masih dalam perbincangan

0

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti yang termaktub pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih di peringkat perbincangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat yang membabitkan pelbagai pihak, termasuk tiga jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Urusetia MA63; Jawatankuasa Teknikal MA63 dan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.

Beliau berkata, Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan beliau sendiri akan membincangkan perkara MA63 berdasarkan topik, dan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang tidak membabitkan masalah undang-undang mahupun teknikal yang mendalam.

“Apabila diputuskan di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan untuk kelulusan terakhir, supaya dibawa ke Kabinet dan akhirnya dibawa ke kementerian-kementerian untuk membuat pindaan kepada segala undang-undang berkaitan.

“Jadi proses itu masih panjang. Kita juga kena dapatkan persetujuan Kabinet, lepas itu dibawa ke Parlimen, dan Parlimen pula memerlukan persetujuan dua pertiga. Kalau tidak disetujui, maka ia tidak boleh lulus,” katanya kepada pemberita selepas program temu bual Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, agihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak penting supaya Semenanjung tidak akan dapat meminda Perlembagaan yang mungkin melenyapkan atau menghilangkan hak dua wilayah berkenaan seperti yang termaktub dalam MA63.

“Mengapa kerusi 30 peratus mesti diagihkan kepada Sabah dan Sarawak, (kerana) kalau (pinda) Perlembagaan, ada perkara yang mesti diputuskan dengan dua pertiga, (dan) jika (negeri-negeri) Semenanjung semua bergabung nak batalkan hak Sabah dan Sarawak, ia boleh dilaksanakan di Parlimen tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak, sebab itu ia (komposisi kerusi bagi Sabah dan Sarawak) dituntut,” katanya.

Selain tuntutan agihan kerusi Parlimen, beliau juga menjelaskan aspek penyerahan kuasa mengenai hal ehwal pendidikan dan kesihatan seperti yang termaktub dalam MA63 juga masih di peringkat perbincangan.

Berhubung slogan ‘Sarawak First’, Fadillah berkata, ia diwujudkan bagi mengembalikan semangat rakyat Sarawak untuk membina serta membangun bersama Malaysia, dan meskipun wujud ‘suara’ untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia, kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk kekal dalam negara ini.

Menyentuh mengenai Malaysia Madani, Fadillah berkata, konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja untuk mengukur pembangunan daripada aspek ekonomi serta fizikal, tetapi juga memberikan manfaat dalam konteks insaniah.

“Ia supaya (Malaysia Madani) menjadi satu budaya apabila pembangunan bukan sahaja daripada konteks fizikal tetapi bagaimana manfaatnya kepada konteks insaniah,” katanya.

BACA JUGA:

BERSATU dakwa PH-BN jadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk capai matlamat politik

0

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan PH-BN yang menjadikan agensi di bawah pemerintahannya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan PH-BN mempunyai hasrat untuk membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Bagaimanapun, kami yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka.

Hamzah Zainudin

“Bersatu sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Oleh itu, semua pemimpin dan ahli diminta bersabar selain terus istiqamah dalam menghadapi ujian serta fitnah ini,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dilaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Tambah Hamzah, Bersatu dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan.

“Partinya akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas Bersatu dapat dihentikan segera.

“Para pemimpin dan pegawai parti Bersatu yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga telah diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya,” ujarnya.

BACA JUGA:

KJ jelaskan, sertai kerajaan harini bukan laluan mudah jadi PM

0

KUALA LUMPUR – Menyertai kerajaan hari ini tidak semestinya memberi laluan yang lebih mudah untuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Ujar bekas Ketua Pemuda UMNO yang disingkirkan dari parti itu, itu bukanlah dalam perkiraan beliau sebagai langkah beliau seterusnya yang akan diambil.

Katanya, apa yang diperkirakan adalah sama ada keselesaan beliau untuk bersama dengan sesebuah parti itu serta keserasiannya dengan seluruh ahli parti tersebut.

“Itu adalah cita-cita jangka panjang (untuk meneraju kerajaan).

“Saya tak nak masuk ke tempat yang mana kita ada syak wasangka antara satu sama lain.

“Iya lah, saya dah lalui segala ini takkan saya nak pergi bergaduh dengan orang rumah lain pula,” katanya dalam program Agenda Awani pada Selasa.

Tegas Khairy, apa yang penting adalah beliau mahu membantu kalau ada tempatnya yang beliau ada keserasian untuk bersama bagi melihat apa peluang yang ada, untuk kebaikan rakyat.

BACA JUGA:

PM Anwar terima teguran, jelaskan Nurul Izzah hanya membantu bukan ambil projek

0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.

Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Anwar berkata, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

“Saya terima baik teguran. Saya jelaskan, itu berbeda dengan pengalaman yang lalu yang biasanya semua lantikan akan melibatkan soal upah dan ganjaran.

“Dia (Nurul Izzah) datang untuk bantu. Itu sahaja, bukan untuk ambil projek,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di sini pada Selasa.

Perdana Menteri turut mempersoalkan pihak yang mengkritik beliau yang menurut Anwar, mereka sendiri tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga mereka.

“Sebab itu saya kata sedia terima teguran. Jika ikhlas saya tiada masalah kerana saya komited memastikan supaya tiada amalan tidak sihat berlaku dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Mengulas kritikan mengenai amalan nepotisme di sebalik pelantikan anaknya itu, Anwar menjelaskan perkara itu berlaku jika seseorang diberi jawatan untuk tujuan menyalah guna kuasa, memperkayakan diri, menambah kontrak dan mahu mendapat upah yang tinggi.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan terbaru Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang terus merosot untuk tempoh tiga tahun hingga 2022, Perdana Menteri berkata, beliau yakin rekod itu akan dipulihkan dan berubah menjelang tahun depan.

Anwar berkata, untuk itu, Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya telah memberi mesej jelas bahawa tidak akan bertolak ansur dan bertindak tegas dalam soal melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kerajaan ini masih baharu…kita ikhlas serta fokus dalam tindakan menentang rasuah dan dalam hal ini saya memberi dukungan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjalankan tugas mereka,” katanya.

Menurut laporan Transparency International (TI), Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021, dengan skor Malaysia juga jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.

BACA JUGA:

Dr Muhammad Mohan cadangkan tiga tindakan yang perlu dibuat untuk pulihkan persepsi rasuah negara

0

KUALA LUMPUR – Index Persepsi Rasuah (CPI) negara masih belum berada di tahap membanggakan.

Malaysia cuma naik satu anak tangga di kedudukan ke-61 daripada 180 negara yang dinilai, tapi skornya turun 1 mata kepada 47 mata tahun lepas.

Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, ada tiga perkara yang boleh diambil tindakan segera sebagai langkah pertama untuk menambah baik kedudukan itu:

  1. Isu pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi.

Kata Dr. Muhammad, apa pun alasan diberi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelantikan anaknya itu jelas memberi persepsi berlaku nepotisme di negara ini dan ianya satu isu yang serius.

“Sebagai individu, Nurul Izzah rekodnya selama dari 2008 hingga 2022 amat baik, beliau seorang yang tegas, berintegriti dan buat kerja, jadi sumbangannya amat penting untuk membantu kerajaan.

“Mungkin Anwar boleh menggunakan khidmat Nurul Izzah tetapi di kementerian lain di bawah pimpinan orang lain sebagai ahli kumpulan pakar yang boleh menyumbang idea.”

  1. Perjelaskan kemelut di sebalik isu pembelian kapal LCS.

Tegas Dr Muhammad, walaupun kerajaan membuat keputusan untuk ‘move on’, namun kapal-kapal tersebut yang sepatutnya sampai ke tangan kita pada 2019 selepas RM6 bilion dibayar tetapi hingga hari ini tiada satu pun yang dapat perlu diperjelaskan apa yang berlaku di sebaliknya.

“Jika kata dua tak diberikan, perkara sama akan berulang dan berlaku di agensi dan kementerian yang lain apabila perkara yang sebenar ditutup walaupun katanya kapal akan sampai tahun depan.”

  1. Tambah baik Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

“Ini adalah ‘low-hanging fruit’,” kata Dr Muhammad dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Jelasnya, banyak bengkel dan perubahan pada klausa-klausa di dalam akta itu sudah dibuat, jadi kerajaan perlu laksanakannya dengan segera sebelum banyak lagi Rang Undang-Undang (RUU) lain untuk mereformasikan institusi seperti Akta Pendanaan Politik diusahakan kerana ia mengambil masa yang lama melalui proses yang pelbagai.

Namun apa yang penting, tegas Dr Muhammad, mereka yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa, walaupun berprofil tinggi, mereka perlu didakwa dan sebarang kes tidak boleh ditutup – jika kerajaan ini benar-benar ingin membuat pembaharuan.

BACA JUGA:

Bendung rasuah dari pucuk pimpinan atasan, agar jadi teladan kepada rakyat

0

SHAH ALAM – Amalan rasuah perlu dibendung bermula dari pucuk pimpinan atasan supaya menjadi teladan atau ikutan kepada setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum atau agama.

Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Kangar, Rahime Che Yen berkata, saranan itu antara tindakan penting yang wajar dilakukan bagi memastikan usaha memerangi rasuah dapat berjalan seiring dengan perkembangan melahirkan negara maju.

“Individu berada di atas sememangnya perlu menunjukkan contoh yang baik agar individu yang berada di bawahnya dapat mempraktikkan norma dan perkara positif dalam menuju ke arah negara yang lebih maju.

Gambar dari google

“Sejak bertukar kerajaan, saya melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu komited dalam membersihkan kegiatan rasuah. Oleh itu, sebagai rakyat, kita perlulah memberi sokongan yang sepenuhnya,” katanya, Isnin.

Menurut Rahime, rakyat perlu bersatu padu memupuk kesedaran berhubung bahaya rasuah dalam kalangan masyarakat bagi memastikan negara kekal bersih daripada gejala tersebut.

“Sekiranya semua masyarakat memahami mengenai bahaya rasuah, saya yakin Malaysia boleh mencapai negara yang bebas dan bersih dari gejala sedemikian.

“Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan satu imej yang baik terutamanya kepada negara luar yang kini sedang melihat perkembangan kita seiring dengan pertukaran pucuk kepimpinan yang baharu ini,” ulasnya.

Beliau berkata, media menjadi satu medium yang memainkan peranan besar dalam usaha membanteras rasuah.

“Maklumat dalam bentuk rencana, artikel di media cetak, televisyen dan sebagainya dapat membantu dari segi pendidikan, amaran dan pembongkaran kes rasuah.

“Media menjadi perantara bagi pihak berkuasa dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan berguna terutamanya berkaitan isu rasuah,” tegas beliau.

BACA JUGA:

Hajiji lantik Anifa sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri Sabah

0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kerajaan Negeri Sabah pada Isnin, Anifah, 69, yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, Isnin.

Hajiji yakin pelantikan Anifah yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu kerajaan negeri dalam menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Datuk Seri Anifah Aman (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, Isnin.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau turut diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

BACA JUGA:

Muhyiddin kritik tentang pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat Anwar

0

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menjadi menjadi pemimpin terbaharu yang mengkritik pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, langkah tersebut dilihat tidak selari dengan prinsip reformasi yang sekian lama diperjuangkan Anwar dan penyokongnya sebelum ini.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri melantik anak sebagai penasihat.

Muhyiddin Yassin

“Pelantikan ini menjadikan slogan reformasi yang dilaungkan oleh Anwar sejak lebih 20 tahun lalu sebagai omongan kosong,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Pada Ahad, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah mendedahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, langkah terbaharu Anwar itu bukan satu-satunya tindakan dilakukan Anwar yang dilihat bertentangan dengan prinsip reformasi sejak Ahli Parlimen Tambun itu memegang jawatan pada akhir November tahun lalu.

Jelasnya, ini kerana Anwar dilihat tidak memulakan langkah pentadbirannya dengan betul sejak daripada awal apabila melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di Mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, menurut Muhyiddin, tindakan Anwar untuk memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan juga tidak selari dengan prinsip dilaungkan oleh Presiden PKR itu.

“Belum sampai 100 hari memerintah, Anwar telah mengkhianati semangat perjuangan Reformasi yang didokong oleh penyokong-penyokongnya sendiri.

“Sebagai pemimpin parti pembangkang, saya boleh saja mengambil kesempatan daripada kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Anwar dan kerajaannya. Tetapi sebagai rakyat biasa, saya tidak rela melihat maruah negara tercalar kerana keterlanjuran Perdana Menteri.

“Masih belum terlambat untuk Anwar memperbaiki keadaan. Letak jawatan sebagai Menteri Kewangan. Fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan Anwar bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlaku semasa Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menasihatkan agar Ahmad Zahid diberikan cuti sehingga perbicaraan dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu selesai.

“Akhir sekali, nasihatlah Nurul Izzah supaya meletak jawatan sebagai Penasihat Perdana Menteri. Saya percaya beliau seorang pemimpin wanita muda yang berbakat dan berpotensi besar.

“Janganlah pelantikan kecil yang tidak kena pada tempatnya ini menjadi titik hitam dalam perjalanan politiknya menuju masa hadapan yang mungkin lebih cerah,” ujarnya.

BACA JUGA:

AMANAH gesa SPRM percepat siasatan mengenai isu ‘sedekah’ pengundi

0

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan Pas memberi wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

“Saya harap kes ini dipercepatkan bagi menyelamatkan negara daripada golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan imej agama.

“Saya bimbang isu sama akan berulang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di enam buah negeri lagi,” katanya di sini, kelmarin.

Mahfuz berkata, pihaknya kesal apabila terdapat cubaan membersihkan jenayah rasuah dengan melabel perbuatan itu sebagai sedekah, seolah menghalalkan rasuah atas nama agama.

“Hukum rasuah untuk pemberi dan penerima adalah berdosa, daripada rasuah masuk neraka.

“Kini jenayah rasuah bertukar kepada ibadah, sedangkan ia dua perkara bertentangan, kerana ibadah atau sedekah perkara yang dituntut untuk ganjaran pahala berganda,” katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang ketika pilihan raya sebagai sedekah, sesuatu yang mengejutkan dan mengelirukan tanggapan orang ramai terhadap rasuah.

“Kenyataan Abdul Hadi itu umpama untuk menyucikan rasuah dengan dinamakan ibadah supaya apabila kita buat tanpa rasa takut.

“Namun dibimbangi ‘fatwa’ Abdul Hadi itu boleh mengheret umat Islam melakukan dosa tanpa mereka sedar, ini kerana ulama sendiri yang cakap ia sedekah,” katanya.

Tambahnya, Pas didakwa cuba menjenamakan semula istilah rasuah kepada sedekah, walhal ia merupakan perbuatan memberi habuan untuk mendapatkan manfaat.

“Video yang tular jelas memaparkan sedekah itu dalam konteks bersumpah bahawa saya undi Pas.

“Ini perkara yang sangat mengejutkan apabila cuba tukarkan rasuah kepada sedekah atau jenayah kepada ibadah.

“Kes ini tidak ubah seperti pencuri curi ayam tetapi bila dia nak makan ayam itu, dia sembelih dahulu ayam sebab yakin halal dimakan,” katanya sinis.

Pada Selasa, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau rasuah ketika tempoh berkempen PRU15.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, meskipun ada parti politik menyatakan bantuan kewangan yang diberikan kepada orang ramai adalah berupa sedekah, namun pemberian tersebut tetap satu unsur rasuah seperti ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

BACA JUGA :

PH pertimbangkan terima pemimpin UMNO yang dipecat sertai Kerajaan Perpaduan – PM Anwar

0

TAMBUN – Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan penyertaan pemimpin UMNO yang dipecat untuk menyertai gabungan parti itu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyertaan itu bagaimanapun perlu mendapat pandangan daripada pemimpin lain bagi menjaga kerukunan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permintaan untuk menyertai komponen dalam PH.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Meru Raya.

“Ini sebenarnya keputusan dalaman disiplin (parti) masing-masing tetapi tidak ada timbul lagi sebarang pelawaan untuk bersama.

“Sekiranya ada kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain dan juga menjaga kerukunan, kedamaian dan juga Kerajaan Perpaduan. Kita beri pertimbangan yang lebih luas,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Jalan Meru Bestari A14, Meru Raya, di sini pada Ahad.

Pada Jumaat media melaporkan UMNO memecat bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

BACA JUGA:

PM Anwar lantik Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan tanpa elaun

0

IPOH – Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat berdasarkan kelayakannya.

Anwar berkata, ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, beliau berkata, Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atas pelantikannya itu.

“Saya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi saya pernah jadi Menteri Kewangan selama lapan tahun. Menteri-menteri dalam Perikatan Nasional (PN) pun tiada kelulusan masing-masing, tetapi bila giliran kita, mereka bangkitkan.

“Jadi, apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Dan seorang menteri air mesti jurutera? Untuk Nurul Izzah, dia ada ijazah kejuruteraan dan ijazah bidang dasar awam. Memang saya minta, pelawa dia untuk bantu saya sebagai penasihat di JPM dan MOF,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Tambun di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Mohamad Arafat Varisai Mahamad.

Terdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Sementara itu, Anwar dalam ucapan perasmiannya berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah mengambil tindakan kepada pihak yang terbabit dalam amalan rasuah tanpa mengambil kira parti dan jawatan pihak berkenaan, termasuk pihak yang bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

“Kaya bagaimana pun negara ini, tidak mungkin kita angkat darjat dan martabat negara ini serta bela nasib rakyat sebab itu saya kata yang pertama sekali adalah betulkan tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.

“Mula daripada atas, daripada Perdana Menteri sampai Menteri, Menteri Besar, kerajaan negeri dan wakil rakyat hentikan amalan dan budaya rasuah ini,” katanya.

BACA JUGA:

”PH, BN perlu bersifat terbuka untuk PRN’ – Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar

0

ALOR SETAR – Parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak bersikap seperti ‘abang besar’ dalam proses pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Kedah yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, berkata parti perlu bersifat terbuka kerana masing-masing perlu mengecilkan jumlah kerusi sama ada daripada PH mahupun BN.

“Kita terpaksa kecilkan kerusi masing-masing, BN dan PH tidak boleh bertanding sebagai ‘abang besar’ untuk kuasai sepenuhnya PRN nanti, perlu ada pengagihan mengikut bahagian.

“Masing-masing harus berjiwa besar dan merendahkan ego. Kita perlu memberi dan menerima, kami dalam PH sudah lalui proses itu sebelum ini dan Alhamdulillah… itu yang kita akan laksanakan,” katanya ketika ditemui di Pejabat PH Kedah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata PH negeri telah memulakan perbincangan tidak rasmi dengan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan beberapa pemimpin BN di Kedah mengenai peruntukan kerusi bagi menghadapi PRN.

Katanya, perbincangan itu dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada kepemimpinan PH pusat.

“Saya yakin PH dan BN akan dapat mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi berdasarkan semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan, ” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tersilap langkah apabila tidak membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, ‘kesilapan’ itu juga dijangka memberi peluang kepada parti kerajaan merampas semula negeri ini dalam PRN nanti.

“Dia (Sanusi) yakin dengan PRU baru-baru ini sebab itu dia pun tepuk dahi bahawa dia silap tak bubar (DUN) sekali dengan PRU. Bagi saya ombak tak selalu datang… tsunami tak selalu berlaku… banjir, kepala air pun tak berlaku hari-hari. Itulah juga PRU dan PRN sudah tentu ada perubahannya.

“Saya percaya bahawa dengan apa yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani ini dengan perubahan yang dilakukan, saya percaya bahawa rakyat sudah mula berfikir mereka termakan dengan tohmahan dahulu,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menang 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah pada PRN yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Julai depan.

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata tindakan PH dan BN bergabung juga dilihat tidak menjejaskan peluang PN menang pada PRN Kedah.

Katanya, beliau yakin PN mampu memenangi majoriti kerusi DUN Kedah berdasarkan pencapaian gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

BACA JUGA :

Dua wakil PH dari DAP, PKR dilantik dalam Kabinet Sabah

0

KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan PKR, adalah di antara tiga pembantu menteri, yang baharu dilantik menyertai Kabinet Sabah kelmarin.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini, ialah ADUN Inanam, Peto Galim (PH-PKR) dan ADUN Likas, Tan Lee Fat (PH-DAP).

Seorang lagi ialah Lumadan, Datuk Ruslan Muharam mewakili Gabungan Rakyat Sabah – Parti Bersatu Sabah (GRS-PBS).

Ruslan dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, manakala Peto dan Lee Fat masing-masing dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan serta Pembantu Menteri Kewangan negeri.

Perlantikan itu dibuat susulan pengguguran dua penyandang jawatan pembantu menteri iaitu ADUN Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal dan ADUN Sungai Sibuga, Datuk Mohd Hamsan Awg Supain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata selain pelantikan baharu itu, rombakan portfolio bagi jawatan pembantu menteri sedia ada turut dilakukan.

“Pelantikan hari ini dan rombakan pembantu menteri yang dilakukan adalah kesinambungan kepada usaha ke arah mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pelantikan pembantu menteri ini adalah untuk mengisi jawatan yang dikosongkan bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib yang sekarang menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Ia juga untuk mengisi jawatan dikosongkan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan untuk memberi laluan kepada yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Sementara itu, empat pembantu menteri sedia ada bertukar portfolio iaitu Datuk Seri Ruddy Awah (Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar); Datuk Harun Durabi (Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); Datuk Fairuz Renddan (Pembantu Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Andi Suryady Bandy (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian).

Ruddy dan Fairuz mewakili GRS, manakala Harun dan Andi Suryady mewakili UMNO Barisan Nasional (BN).

Harun dan Andi Suryady adalah antara empat ADUN UMNO BN memegang jawatan pembantu menteri yang sebelum ini menyertai Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menarik sokongan kepada kerajaan negeri dan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Hajiji berkata, beliau menekankan kepentingan untuk kerajaan negeri pimpinannya berfungsi sebagai sebuah pasukan yang berkongsi aspirasi sama, yang dibina atas dasar saling mempercayai dan menghormati.

“Kita memerlukan pasukan yang kukuh untuk melaksanakan pembangunan dan menunaikan janji pilihan raya kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Awal bulan ini, Hajiji berdepan cubaan menggugurkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri yang dibuat UMNO dan Parti Warisan (WARISAN), namun gagal berikutan sokongan majoriti masih diterima Hajiji untuk memimpin kerajaan negeri termasuk daripada tujuh ADUN PH dan lima ADUN UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakan Bung Moktar mahu menukar kerajaan negeri.

Berikutan insiden itu, Hajiji melakukan rombakan Kabinet pada 9 Januari lalu dengan memasukkan dua ADUN PH, Datuk Christina Liew (Api-Api) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Phoong Jin Zhe (Luyang) sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Selain itu, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yanya (UMNO) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya negeri menggantikan Bung Moktar dan Datuk James Ratib (Sugut) sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian negeri.

BACA JUGA :

Beri sokongan kepada Hajiji, lima ADUN UMNO Sabah bakal digantung?

0

KOTA KINABALU – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu siri pergolakan politik di Sabah baru-baru ini.

Menurut sumber, perkara tersebut merupakan antara agenda yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada Jumaat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).

Antara perkara yang dibincangkan esok (hari ini) dalam mesyuarat MKT ialah untuk mengantung keahlian ADUN UMNO Sabah yang telah membelakangkan keputusan parti.

“Shahelmey Yahya, Jasnih Daya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari dan Yusof Yacob sudah dalam senarai termasuk nama-nama lain di Semenanjung,” kata sumber itu malam tadi.

Tambahnya lagi, keputusan yang bakal dibuat itu turut mengambil kira kelangsungan UMNO dalam persada politik tanah air selain bertujuan untuk membersihkan parti daripada sebarang bentuk pengkhianatan pada masa hadapan.

“Tindakan 5 ADUN ini dilihat sebagai pengkhianatan terbesar kepada parti. Sebelum menarik sokongan, mereka tidak menghadiri mesyuarat perhubungan negeri bersama ketua-ketua bahagian dan ADUN yang lain sebaliknya terus membelakangkan keputusan yang dibuat.

“Pembersihan juga bertujuan memastikan tiada lagi individu yang akan membelakangkan sebarang keputusan parti dan untuk memastikan UMNO mampu bergerak sebagai satu pasukan,” tambah sumber itu.

Lima ADUN UMNO Sabah iaitu Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin) pada 8 Januari mengesahkan sokongan terhadap Hajiji melalui akuan bersumpah (SD) untuk meneruskan pentadbiran beliau selaku Ketua Menteri sehingga tamat penggal.

Perkara tersebut sekali gus dilihat sebagai tindakan membelakangkan keputusan UMNO Sabah yang sebulat suara menarik sokongan terhadap kepimpinan Hajiji yang didakwa tidak selari dengan Fasal 6 (3) dan (7) Perlembagaan Negeri Sabah pada 6 Januari lalu.

BACA JUGA :

Dikhuatiri sebarang perubahan pucuk pimpinan UMNO beri risiko ketidakstabilan politik

0

SHAH ALAM – Sebarang perubahan pucuk pimpinan UMNO sedia ada dikhuatiri akan membawa risiko ketidakstabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, ahli-ahli UMNO perlu memberi peluang sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan dasar-dasar baharu dan program-program pemulihan ekonomi demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Menurutnya, ini kerana proses penubuhan Kerajaan Perpaduan itu sendiri telah melalui langkah-langkah yang dikawal-selia sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut lunas-lunas perlembagaan.

“Ahli-ahli UMNO boleh berlapang dada dan menerima hakikat bahawa UMNO telah ditakdirkan berada dalam Kerajaan Perpaduan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk menjamin survival parti.

“Keputusan sebahagian besar majoriti perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini, menyokong usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah sebuah manifestasi kesedaran ahli-ahli UMNO terhadap keperluan mengekalkan pucuk pimpinan sedia ada, demi kestabilan politik negara.

“Keabsahan kedudukan Perdana Menteri yang dibuktikan melalui usul percaya di Parlimen tempoh hari juga memberi titik noktah kepada segala pertikaian dan persoalan yang masih cuba dimainkan, termasuk usaha oleh segelintir pihak yang mahu menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan ini,”katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong oleh parti-parti induk iaitu Barisan Nasional (BN) dan GPS, adalah sebuah legitimasi sistem demokrasi yang utuh dan telus.

Ujarnya, kedudukan UMNO datang dengan hikmah besar di mana parti masih mampu meneruskan agenda membantu rakyat walaupun telah kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Justeru, ahli-ahli UMNO perlu meneruskan usaha-usaha memperkuatkan semula parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadapi enam pilihanraya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Perkara itu menimbulkan pertikaian sesetengah ahli termasuk nama-nama besar dalam parti.

Aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO itu juga telah dibuat.

BACA JUGA :

Punca utama rasuah PRU15 berleluasa disebabkan penguatkuasaan yang lemah

0

SHAH ALAM – Tindakan penguatkuasaan agensi kerajaan yang lemah dikenal pasti menjadi salah punca utama kegiatan rasuah politik dan pembelian undi berterusan berlaku sepanjang tempoh berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lalu.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Saya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, penguatkuasaan yang lemah juga menjadi punca masalah politik wang atau pembelian undi terus berlaku dalam beberapa siri PRU yang lalu.

Jelasnya, sebarang pemberian sumbangan wang tunai atau barangan secara terus oleh parti politik atau calon tertentu sama ada dipanggil ‘sedekah’, hadiah atau sumbangan peribadi dianggap rasuah dan menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Justeru, katanya, segala bentuk kesalahan disebut di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berhubung pemberian sogokan semasa tempoh berkempen perlu dikuatkuasakan sepenuhnya, dihentikan dan dipantau secara lebih serius oleh pihak berwajib terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

“Kita memang sudah lama mengguna pakai Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, namun dari segi penguatkuasaan tidak begitu tegas dan bermusim.

“Bagaimanapun, saya gembira kerana terdapat kesedaran dalam kalangan rakyat di negara ini mengenai keperluan mengadakan pilihan raya yang bebas rasuah dan meningkatkan tahap integriti susulan dasar kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim yang mahu Malaysia bebas dari amalan rasuah dari segala aspek,” katanya.

Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau perbuatan rasuah menerusi pemberian ‘sedekah’ ketika tempoh berkempen PRU15 lalu.

Azam dilaporkan berkata,, SPRM telah melakukan siasatan menerusi aduan dan bahan bukti berupa rakaman video yang berlaku di sebuah daerah di Terengganu.

Sementara itu, ditanya sama ada program cabutan bertuah yang dianjurkan sesetengah parti politik boleh dianggap sebagai satu bentuk rasuah, Wan Ahmad berkata, perkara itu kurang jelas kerana ia hanya satu bentuk permainan dan bukan pemberian barangan atau rasuah secara terus kepada pengundi.

“Kalau seorang calon atau wakil pasti menyerahkan wang tunai atau barangan secara terus kepada individu, maka ia boleh dianggap rasuah pilihan raya dan perbuatan itu menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti berlaku semasa kempen PRU15 lalu.

“Begitu juga pemberian dalam bentuk ‘hamper’ barangan kepada pengundi dengan niat yang jelas untuk memancing undi. Kalau pengagihan wang atau hamper ke tangan pengundi atau ahli keluarganya sebelum dan selepas PRU, niatnya memang jelas untuk membeli undilah,” katanya.

Berikutan itu, tambahnya, semua parti politik wajib menghentikan amalan pembelian undi menerusi sogokan dan rasuah termasuk menerusi penganjuran jamuan makan malam atau pemberian wang tunai kepada pengundi semasa kempen pilihan raya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berpendapat, tiada keperluan bagi SPR untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan pembelian undi dan rasuah sepanjang kempen pilihan raya berlangsung kerana PDRM dan SPRM sudah cukup untuk mengendalikan kes seumpama itu.

“SPR memang ada menubuhkan pasukan khas bagi memantau perjalanan kempen pilihan raya seperti ceramah, pemasangan bendera dan kempen dari rumah ke rumah tanpa permit seperti kuasa diberikan oleh Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 namun bagi kes rasuah politik, ia tertakluk kepada bidang kuasa PDRM dan SPRM.

“Jadi SPR tidak perlu lagi menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat amalan rasuah semasa kempen kerana mereka mempunyai tanggungjawab lebih besar iaitu menguruskan dan memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar.

“Jadi kita tidak boleh campur aduk tugas SPR dengan perkara lain yang terletak di bawah bidang kuasa polis dan SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya.

BACA JUGA :

PM Anwar hanya tunaikan hak berkenaan MA63, bukan lebihkan Sabah, Sarawak – Abang Jo

0

MIRI – Kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merealisasikan segala hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63) sepenuhnya adalah atas dasar tanggungjawab sebagai ketua kerajaan yang berintegriti.

Biarpun tindakannya itu dipersoalkan oleh beberapa ahli politik di Semenanjung tanah air, segala rundingan berkaitan MA63 terus dilaksanakan dengan damai dengan Sabah dan Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Anwar hanya meneruskan sebuah perjanjian yang telah dipersetujui oleh pemimpin negara terdahulu semasa pembentukan Malaysia.

“Sebenarnya beliau mahu memenuhi semua yang terkandung di dalam MA63, tetapi beliau dikritik oleh pihak di sebelah sana (Semenanjung) mengapa memberikan semua perkara tersebut kepada Sarawak.

“Ada ahli politik di sana yang mempersoalkan kenapa semua yang diminta Sarawak diberikan, maka saya kata semua itu terkandung di dalam perjanjian, dan ia hak Sarawak.

“Bersyukur kerana kerajaan sekarang ini mahu melihat perkara itu dan bekerjasama dengan kita.

“Anwar berkata perjanjian itu bukan dipersetujui oleh beliau.

“Apa yang dilakukannya kini adalah mewariskan apa yang tertulis dan dipersetujui di dalam MA63 oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) bahagian Miri, di sini, pada Rabu.

Tambah Abang Johari, kestabilan politik di Sarawak membolehkan pemimpin tempatan memikirkan masa depan negeri dan membentuk kaedah baharu yang membawa angin perubahan terhadap sosioekonomi rakyat.

“Sedangkan Perdana Menteri juga telah mengiktiraf Sarawak sebagai antara negeri yang terkuat dalam soal ekonomi dan perlu dijadikan contoh kepada Semenanjung Malaysia bagaimana Sarawak merangka transformasi ekonomi baharu.

“Transformasi ini adalah kejayaan bersama, kalau di belakang saya (GPS) bergaduh, saya barangkali tidak mampu mengubah negeri ini. Tetapi belakang tidak ada bergaduh, SUPP PBB, PRS dan PDP juga tidak gaduh, semua jadi senang kita bangunkan negeri Sarawak.

“Adalah penting untuk kita memelihara budaya dan cara Sarawak bekerja serta mentadbir sebagai sebuah kerajaan yang kuat.

“Ini adalah kejayaan daripada pemimpin Sarawak terdahulu dan kemudian saya ada melakukan sedikit perubahan dalam polisi ekonomi menjadikan apa kita hari ini,” ujarnya lanjut.

BACA JUGA :

Hutang negara RM1.5 Trillion, GST mungkin boleh bantu Malaysia

0

PETALING JAYA – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kontroversi kekal sebagai pilihan terbaik untuk meluaskan asas cukai bagi mengurangkan kejatuhan hasil kerajaan serta hutang negara yang kini mencecah RM1.5 trilion, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli, berkata walaupun terdapat kelemahannya, GST adalah sistem yang lebih mantap untuk cukai tidak langsung berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa.

“Ideanya bukan untuk mempunyai sistem yang sempurna, tetapi untuk menambah baik, menerima pakai dan menyesuaikan sistem GST sedia ada,” katanya sambil menambah keberkesanannya juga bergantung kepada reka bentuk cukai.

GST dilaksanakan pada 1 April 2015 oleh kerajaan Najib Razak dan ia merangkumi keperluan harian, seperti makanan segar dan utiliti. Kastam mengutip RM41.2 bilion pada 2016, dan RM44.3 bilion pada 2017.

Bagaimanapun, ia seperti beban kepada kerajaan Najib apabila Pakatan Harapan mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai, menyebabkan Barisan Nasional tewas pada pilihan raya umum 2018.

Kerajaan baru PH memansuhkan GST serta merta pada Jun tahun itu, menggantikannya dengan SST.

Dilema Anwar

Kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada dalam situasi sukar untuk membuat keputusan.

Beliau mendedahkan pada 17 Jan bahawa hutang negara termasuk liabiliti, telah mencecah RM1.5 trilion. Jika liabiliti dimasukkan, jumlahnya melebihi 80% daripada KDNK keluaran dalam negara kasar negara.

Beliau mengakui isu itu harus “diatasi dengan segera” dan menunjukkan angka itu mencadangkan bajet defisit Malaysia akan mengatasi unjuran awal 5.8% daripada KDNK untuk 2022.

Masalah utama kerajaan ialah ia membelanjakan lebih banyak daripada kutipan sumber pendapatannya. Dalam bajet 2023 yang dicadangkan dan dibentangkan oleh kerajaan terdahulu, hasil cukai diunjurkan RM171.34 bilion dan perbelanjaan mengurus RM233.5 bilion.

“GST mungkin tidak diperkenalkan tahun ini, tetapi kami menjangkakan kerajaan akan memberikan beberapa petunjuk ke mana arahnya,” kata Firdaos pada taklimat media.

Beliau berkata, masih terdapat ruang untuk memperkenalkan semula GST, serta menetapkan kadar permulaan yang rendah (2%-3%) dan bukannya kembali serta-merta kepada kadar 6% yang dikenakan sebelum ini.

BACA JUGA :

PRN di 6 negeri, akan wujud ‘perang retorik’

0

Penganalisis politik meramalkan pelbagai isu akan dibangkitkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini, dengan Pakatan Harapan (PH) dijangka akan berganding bahu dengan Umno sebagai cerminan kerjasama mereka di peringkat Persekutuan untuk menentang Perikatan Nasional (PN).

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata parti-parti dalam kerajaan campuran itu berkemungkinan akan menumpukan kepada kestabilan politik dan keperluan untuk membantu dalam menangani isu-isu di lapangan.

“Perkara berkaitan rasuah juga mungkin dibangkitkan, berikutan dakwaan PN menyalahgunakan kira-kira RM93 bilion dana rangsangan ekonomi semasa pandemik Covid-19,” katanya.

“Juga isu perpaduan kaum. Mereka akan mengatakan parti-parti pembangkang lebih fokus kepada isu perkauman dan agama. Parti kerajaan pula mengatakan mereka bersama Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersatu untuk mewujudkan negara yang sederhana, lambangkan berbilang kaum dan sebagainya.”

Sementara itu, bagi parti pembangkang, PAS dan Bersatu dijangka memainkan isu-isu utama seperti ketidakupayaan kerajaan menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang dilihat menjadi beban ditanggung rakyat.

“Mereka juga akan fokus kepada isu rasuah dan integriti. Mereka akan kata Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sanggup berkompromi dengan Umno malah diterima duduk dalam Kabinet.

“Mereka akan mengatakan PH sudah langgar prinsip kerana terima kleptokrat.”

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pemerhati dan ahli politik mencadangkan PRN di enam negeri terbabit iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijalankan secara serentak pada Mac iaitu sebelum bermulanya Ramadan.

Cadangan lain pula membayangkan PRN diadakan pada Mei atau Jun selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, Ketua Penyelidik di O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi berkata isu-isu nasional pada PRN kali ini akan tertumpu kepada kecekapan para menteri menguruskan tugas masing-masing terutamanya portfolio kementerian yang sering kali mendapat perhatian umum.

Ini termasuklah isu kos sara hidup, sukan dan penganjuran konsert di kemuncak perlawanan bola sepak selain isu kawalan sempadan daripada kemasukan pelancong China bagi membendung penularan Covid-19, dividen berkaitan Bumiputera dan kebebasan media sosial.

“Menteri yang banyak menjadi sasaran dalam isu ini selain perdana menteri sendiri termasuklah juga Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) dan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam usaha untuk mempamerkan kecekapan urus tadbir kerajaan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memperlihatkan usaha-usaha proaktif yang digunakan beliau seperti pengumumannya bekerja pada hari cuti dan lawatan menteri secara mengejut seperti Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Seterusnya, dalam usaha menyerang naratif pihak lawan dari PN, parti-parti dalam kerajaan akan membawa imej mereka sebagai kerajaan bersifat inklusif dan menyerang pembangkang menggunakan isu Melayu-Islam.

“Manakala bagi isu negeri pula, fokus serangan pembangkang akan tertumpu pada urus tadbir di Selangor dan Pulau Pinang khususnya air dan alam sekitar.

“Sementara isu kemajuan dan banjir akan dijadikan serangan terhadap kerajaan negeri PN terutamanya di Kelantan.”

Sokongan Melayu

Dari sudut sokongan Melayu pada PRN di enam negeri itu, Mazlan berkata beliau menjangkakan tiada perubahan mendadak sokongan Melayu kepada PN, terutamanya di negeri utara dan di pantai timur yang menyaksikan lonjakan sokongan terbesar terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada PRU15, kemunculan PN dengan parti utamanya, Bersatu dan PAS membawa satu gabungan politik yang memberi saingan sengit kepada Umno dan PH.

PAS berjaya menguasai 49 kerusi Parlimen (enam merupakan pemimpin Bersatu yang menggunakan logo PAS) sekali gus menjadi parti Melayu tertinggi mendominasi kerusi Parlimen Melayu iaitu hampir 43% berbanding Umno 23% dan PKR hanya 11%.

Dengan sokongan orang Melayu terhadap PH dilihat semakin merosot, sebarang kerjasama dengan Umno berkemungkinan menyaksikan Barisan Nasional (BN) ditugaskan untuk mendapatkan sokongan kaum itu.

Namun, sejauh mana Umno boleh berfungsi dan memainkan peranan terhadap misi tersebut?

Menurut Anis, terdapat tiga peranan utama Umno yang perlu dimainkan dalam kerjasama BN-PH bila berdepan dengan PRN akan datang.

Pertamanya, mengendurkan prasangka pengundi Melayu terhadap PH khususnya kepada DAP.

Ini kerana, prasangka tersebut menjadi faktor penolakan pengundi Melayu terhadap kerajaan semasa.

Kedua, Umno dilihat perlu membersihkan imej DAP dengan meyakinkan orang Melayu untuk keluar mengundi khususnya di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh rakan parti kerajaan.

“Pengundi Umno dijangka masih boleh keluar mengundi jika calonnya dari BN sepertimana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman. Namun, pola yang berbeza di Padang Serai di mana ahli Umno masih belum bersedia mengundi parti kerajaan yang lain.”

Peranan Umno yang ketiga pula adalah mengemudi kerajaan di negeri-negeri Melayu terutamanya di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kata Anis, prestasi PH dalam gabungan pasca PRU15 akan dinilai di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Sementara BN-Umno pula akan dinilai di tiga buah negeri yang lain.

“Memandangkan PH sudah memiliki kekuatan tunggal, maka Umno perlu membuktikan mereka mampu membawa kemenangan di negeri yang dikuasai PN dalam mengukuhkan kedudukan rakan parti PH dalam kerajaan.”

Pada masa sama, Mazlan berkata gabungan undi Melayu daripada Umno dan PH mampu menghasilkan satu keputusan yang baik.

Katanya, gabungan kerjasama itu boleh membantu Umno dan PH mendapatkan lebih banyak kerusi di negeri-negeri utara tetapi masih sukar bagi negeri-negeri di Pantai Timur.

“Lagi-lagi untuk menawan negeri-negeri itu. Tapi untuk Kedah (atau) Perlis, negeri itu saya kira boleh.”

BACA JUGA :

Jika tiada isu besar, PM Anwar akan teruskan dasar kerajaan terdahulu

0

PETALING JAYA – Dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu akan diteruskan jika ia tidak dibelenggu oleh “isu besar”, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana penarikan balik dasar tertentu akan membawa kepada gangguan.

“Sebagai peraturan umum, pengumuman sebelumnya harus dihormati walaupun ada yang mungkin kami tidak bersetuju. Jika tidak, ia akan menyebabkan banyak gangguan,” katanya pada forum di Brunei Darussalam semalam.

Bagaimanapun, Anwar berkata dasar yang mengandungi “kepincangan serius” akan dikaji semula.

“Jika beberapa peruntukan melanggar prinsip asas tertentu, atau jika ia dilakukan melalui cara yang meragukan, saya tidak akan melakukannya (mengekalkan polisi),” katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin mengenai pengecualian tambahan cukai ke atas pendapatan asing.

Tahun lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan kelayakan pengecualian cukai tambahan bagi pembayar cukai dengan pendapatan dividen luar negara yang diterima semasa tinggal di Malaysia dari 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2026.

BACA JUGA :

’Masa terbaik adakan PRN adalah bulan Jun’ – Kon Yeow, Pengerusi PH Pulau Pinang

0

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pandangannya bahawa masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) adalah antara Mei hingga Julai.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri yang bermesyuarat minggu lalu bersetuju bahawa Jun adalah masa terbaik untuk mengadakan PRN kerana tempoh waktu singkat bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita telah menyatakannya berulang kali.

“Kita akan berpegang kepada apa yang dikatakan sebelum ini, sama ada Mei, Jun atau Julai (untuk mengadakan PRN),” katanya pada Isnin.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Pas yang tidak akan membuat keputusan bersama dengan PH dalam menentukan pembubaran DUN di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jika negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN Jun ini, itu terpulang kepada mereka.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang menambah, sekiranya Pas memilih untuk mengadakan PRN secara berasingan, pihaknya turut tidak mempunyai pilihan.

“Sebaiknya semua enam negeri boleh mengadakannya (PRN) serentak. Jika berasingan, ia akan melibatkan kos dan masa yang banyak,” tambah beliau.

BACA JUGA :

ADUN Kunak sambut baik usaha PM luluskan 1 Billion untuk prasarana sempadan Sabah, Sarawak

0

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif menyambut baik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan peruntukan RM1 billion bagi menaiktaraf prasarana sempadan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, selain pemberian khas RM300 juta kepada Sarawak, usaha itu bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan memastikan semua rakyat dapat akses setara baik dari segi dana kerajaan mahu pun pertumbuhan infrastruktur serta ekonomi dan sosial.

Pada masa sama katanya, usaha untuk mewartakan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah juga menguatkan lagi persepsi dan sokongan rakyat di kedua-dua negeri terhadap ideologi pentadbiran Malaysia Madani.

“Peruntukan RM1 billion ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka dapat memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat Sabah dan Sarawak dalam masa yang singkat.

“Pada masa sama, usaha itu dapat memperkukuhkan lagi keselamatan rakyat kita di kawasan-kawasan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan yang bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Norazlinah yang juga Ketua Wanita Parti Warisan (WARISAN) berkata, bagaimanapun, selaku wakil rakyat, pihaknya merasakan bahawa perkara infrastruktur sempadan itu merupakan isu utama yang digusari masyarakat Sabah dan Sarawak.

Katanya, pembangunan pusat pentadbiran baharu

Indonesia, Nusantara di Kalimantan membabitkan kos RM135 billion (466 trillion rupiah) itu, selain merancakkan ekonomi di pinggir sempadan Sabah dan Sarawak, ia turut diancam pelbagai risiko ekonomi serta sosial.

“Penyeludupan haram, pemerdagangan manusia, serta pelbagai lagi ancaman yang turut hadir dengan pembangunan ekonomi yang pesat adalah amat dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap masyarakat setempat.

“Justeru, infrastruktur persempadanan yang efisien dan berkesan hasil daripada peruntukan naiktaraf RM1 billion ini dapat menyumbang untuk mengawal risiko berkenaan,” katanya.

BACA JUGA :

Pulang Pinang, Sabah, Sarawak negeri terpinggir – PM Anwar akui

0

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dipinggirkan bagi mendapatkan peruntukan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan dalam pembentangan bajet sebelum ini.

Beliau berkata, keluhan pimpinan kerajaan negeri berhubung perkara itu akan diberi perhatian olehnya walaupun terdapat kekangan dari segi pendapatan dan perbelanjaan.

“Memang benar, Pulau Pinang telah dipinggirkan dari segi peruntukan dan apabila saya pergi ke Sabah dan Sarawak memang ada kekurangan besar di sana.

“Bagi Pulau Pinang ia melibatkan struktur besar manakala di Sabah dan Sarawak pula prasarana kecil termasuk klinik, hospital, perumahan rakyat, sekolah-sekolah daif dan ini akan kita bagi tumpuan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis kenduri rakyat di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, Pulau Pinang seringkali dipinggirkan dan merupakan negeri kedua paling rendah menerima peruntukan Bajet 2022 dari kerajaan Persekutuan.

Kon Yeow berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar jika dibandingkan dengan jumlah sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Anwar sebelum ini berkata, Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula 24 Februari depan tidak akan terikat dengan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada Oktober 2022.

Bagaimanapun katanya, cadangan yang sudah dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang baharu ini.

BACA JUGA :

PN perlu tunjuk bukti tak rasuah pengundi PRU15 – Isham Jalil

0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) diminta untuk menunjukkan bukti kukuh yang didakwa bahawa mereka tidak merasuah pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan bukti berkenaan agar rakyat boleh menilai dan untuk mengelakkan fitnah sekiranya mereka di pihak yang benar.

“Cuba cerita sikit apakah niat PN beri duit kepada pengundi sewaktu pilihanraya itu, Hamzah? Kamu kata kamu ada bukti kukuh yang PN kononnya tidak rasuah pengundi semasa pilihanraya lepas.

“Jelaskan sekali berkenaan banyak video yang tular dan laporan polis yang dibuat berkenaan orang-orang PN beri duit kepada pengundi dan meminta penerima duit bersumpah atas nama Allah supaya undi Pas.

“Menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi adalah sesuatu yang keji dan kemudian menipu untuk menutup amalan rasuah tersebut bukanlah sesuatu strategi yang baik, ia umpama menggali lubang yang lebih dalam untuk tanam diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Hamzah sebelum itu mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan PN melakukan sogokan wang kepada pengundi pada PRU-15 (PRU15).

Hamzah juga berkata pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu tidak benar.

Mengulas lanjut, Isham menasihati PN untuk tidak memperguna dan menunggang agama bagi menghalalkan perbuatan yang haram.

“Yang haram tetap haram. Allah maha mengetahui apa yang kamu dan rakan-rakan kamu buat. Bertaubatlah. Salam,” ujarnya.

BACA JUGA :

Presiden DMDI kutuk tindakan ahli politik Sweden bakar al-Quran

0

MELAKA – Dunia Melayu Dunia Islam (DMD) mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dianggap melampau dengan membakar Al-Quran di negara itu, kelmarin.

Presiden DMDI, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, berkata ini kerana tindakan terkutuk oleh ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan itu boleh menjejaskan keharmonian selain menimbulkan rasa marah dalam kalangan umat Islam dunia.

“DMDI mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan terbabit. Kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelampau itu yang sentiasa menjadikan Islam sebagai musuh mereka.

“Islam tidak pernah memusuhi sesiapa dan tindakan Islamofobio membuktikan mereka sengaja mahu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Ini satu provokasi yang melampau terhadap Islam,” katanya yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, dalam satu kenyataan, hari ini.

DMDI turut mempertimbangkan untuk mengutus surat terhadap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta kerajaan Sweden bagi menzahirkan rasa bantahan berkenaan.

Kelmarin, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

BACA JUGA :

MA63: Kerajaan Perpaduan Berjaya selesaikan isu lantikan LHDN untuk Sabah, Sarawak

0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu agihan perbelanjaan tahunan serta lantikan wakil Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), merupakan antara perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berjaya diselesaikan Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata kerajaan juga bersetuju memulangkan kuasa untuk pelaksanaan perbelanjaan bagi pembangunan infrastruktur awam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri masing-masing.

Beliau berkata selain itu Kerajaan Persekutuan juga akan membiayai projek pembinaan infrastruktur awam di Sabah dan Sarawak, dengan keseluruhan peruntukan diagihkan kepada kerajaan negeri secara bersyarat, iaitu perlu melalui pengawasan dan peraturan kewangan ketat serta dipantau Kementerian Kewangan.

“Sebagai contoh peruntukan tahunan misalnya, Sarawak selama ini hanya menerima RM16 juta dan jumlah berkenaan dianggap tak munasabah bagi mereka.

“Oleh itu, kita buat format dan peraturan bagi meningkatkan peruntukan berkenaan kepada RM300 juta setahun, tertakluk kepada beberapa perincian perjanjian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di bangunan KLSCAH di sini hari ini.

Anwar berkata hal tersebut penting untuk diselesaikan, bagi membuktikan yang Kerajaan Perpaduan serius menunaikan janji dimeterai dalam MA63.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya pada majlis itu menegaskan bahawa, sebahagian besar peruntukan dalam perjanjian MA63 yang berlarutan lebih 60 tahun, berjaya diselesaikan semasa mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang disertai Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri berkata ia berjaya diselesaikan menerusi sokongan dan semangat perpaduan semua gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, kejayaan menyelesaikan sebahagian besar perkara utama dalam MA63 itu turut didorong oleh ketegasan dan keikhlasan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu berkenaan.

BACA JUGA :

UPKO cadang wanita diberi peluang jadi ADUN

0

SANDAKAN – Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencadangkan golongan wanita diberi peluang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik.

Ketua Wanita UPKO, Mohina Ronnie Sidom berkata, kerajaan perlu mengambil kira peranan wanita secara menyeluruh dalam pembangunan negeri dengan menyediakan kuota kepada wanita dalam jawatan sebagai pembuat keputusan dasar.

Katanya, meskipun jumlah pembabitan wanita dalam beberapa sektor pekerjaan melebihi sasaran 30 peratus, namun masih kurang diberi peluang menjadi pembuat keputusan dasar.

“Dalam politik misalnya, kita lihat sayap pergerakan wanita begitu aktif. Daripada perkara kecil seperti menyediakan makanan hingga menjadi perayu undi dan peranan lain yang membawa kemenangan kepada parti.

“Boleh dikatakan, wanita menjadi tulang belakang kepada kempen pilihan raya, tetapi apabila soal jawatan dalam parti sama ada di peringkat kampung, daerah, Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, wanita selalunya dipinggirkan,” katanya dalam kenyataannya pada Jumaat.

Mohina yang juga Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan berkata, perlu lebih ramai wanita menjadi penggubal dasar di negara ini kerana banyak undang-undang atau dasar berkaitan wanita perlu diberi perhatian termasuk kewarganegaraan anak, akta gangguan seksual dan isu berkaitan domestik rumah tangga.

“Dalam pelan pembangunan di negeri kita, kerajaan bukan hanya perlu merangka program atau belanjawan untuk wanita, tetapi perlu melibatkan wanita dalam proses perangkaan belanjawan, perancangan program hingga pelaksanaannya.

“Kita mahukan penyertaan menyeluruh wanita demi memperkasa peranan wanita di negeri ini,” katanya.

BACA JUGA :

UMNO perlu berusaha betulkan sentimen masyarakat terhadap mereka

0

SHAH ALAM – UMNO perlu berusaha dan mencari jalan bagi membetulkan sentimen masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah, kotor dan gila kuasa sekiranya mahu meneruskan perjuangan.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, dulu UMNO merupakan parti tunjang kepada kerajaan namun naratif itu menyebabkan prestasinya merosot terutama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15.

Menurutnya, jika rakyat terus menolak UMNO tidak mustahil daripada 30 kerusi akan jadi 20, silap-silap empat atau tiga dan akhirnya terkubur.

“Paling penting naratif mesti tepat dan ke arah landasan betul supaya mereka faham bahawa UMNO sekarang telah membuat satu perubahan bukannya parti lama.

“Kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kalau kita tengok balik orang Melayu yang sokong BN (Barisan Nasional) hanya 33 peratus.

Apabila parti Melayu tetapi orang Melayu tidak sokong mesti ada sesuatu yang tidak kena,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Sinar Live bertajuk ‘PRN: Zahid mampu kembalikan maruah UMNO?’

Program yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian itu dikendalikan Hazwan Moktar.

Ditanya pandangan beliau berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, Mohamed Nizham berkata, perwakilan telah membuat keputusan.

“Bukan soal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid (Hamidi) atau Datuk Seri Mohamad Hasan tetapi isu demokrasi sepatutnya disuburkan dalam parti.

“Melalui pertandingan, maka tiada perdebatan berlaku, sekali gus memperlihatkan UMNO berada di landasannya semula,” ujarnya.

BACA JUGA :

Harap konsep ‘Malaysia Madani’ dapat tadbir urus kerajaan dengan lebih baik

0

PUTRAJAYA – Pelaksanaan konsep Malaysia Madani diharap akan dapat menambah baik cara tadbir urus kerajaan seperti yang dimahukan rakyat sekali gus membawa pembangunan yang lebih makmur kepada negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata tatacara kerja yang adil dan saksama juga perlu diterapkan dalam pelaksanaan kerangka dasar baharu yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Inilah yang kita nak lihat di negara kita di mana rakyat kita akan lebih yakin dengan kerajaan yang baharu dan sama-sama kita melihat bagaimana pemerintahan dari segi Madani ini mengangkat semula martabat negara,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas konsep Malaysia Madani yang diperkenal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata rangka kerja dalam melaksanakan konsep Malaysia Madani perlu difahami oleh semua pihak yang terlibat.

“Apa yang penting, pelaksanaannya dari segi rangka kerja harus difahami oleh semua pihak daripada pihak penggubal dasar serta jentera kerajaan itu sendiri dan itulah yang menjadi cabaran terbesar untuk kita melaksanakan apa jua dasar baharu yang digagaskan oleh sesebuah pentadbiran,” katanya.

Bagi Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, Anwar telah membawa dimensi yang amat penting kepada keseluruhan pemahaman mengenai kewangan negara dan dasar ekonomi yang merupakan dimensi manusia.

“Ia amat penting kerana kadang-kadang apabila kita melihat angka terbabit, kita terlupa akan wajah-wajah di sebaliknya iaitu orang yang sebenarnya terpaksa berdepan dinamik ekonomi dan situasi ekonomi.

“Saya fikir kita tidak seharusnya lupa bahawa di sebalik statistik, laporan ekonomi dan laporan tahunan terdapat orang sebenar dan penggubal dasar hendaklah melihat kesan terhadap mereka dan bukan sekadar angka terbabit, (tetapi) bagaimana kesinambungan dasar kita mempunyai impak ke atas individu, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Kelmarin, Anwar memperkenal ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

BACA JUGA :

‘Malaysia Madani’ ganti konsep ‘Keluarga Malaysia’

0

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’, yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanatnya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini berkata tema Madani akan kekal relevan dan mampu selamatkan negara.

Konsep Madani menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dan rakyatnya berdasarkan pada asas ketelusan dan kerjasama.

Malaysia Madani akan menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Membangun Malaysia Madani terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Menurut Jabatan Perdana Menteri, amanat Perdana Menteri hari ini adalah berpaksikan latar pengalamannya dalam keprihatinan dan perjuangan rakyat bermula daripada gerakan pelajar, aktivis sosial, ahli politik, pemimpin kerajaan sehinggalah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Agenda dasar kerangka MADANI bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan negara, tetapi turut menyentuh pencorakan masa hadapan serta memenuhi potensi rakyat serta negara.

“MADANI disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar,” katanya.

Majlis Amanat Perdana Menteri diadakan sejurus selepas Program Wacana Membangun Malaysia Madani bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi ini, sebagai usaha untuk meneroka tonggak dasar berkenaan.

“Ia adalah usaha untuk memberi kefahaman yang lebih tuntas dalam kerangka pemikiran, falsafah, etika dan tindakan dalam membangun Malaysia MADANI.

“Wacana ini disampaikan oleh empat ahli panel yang terdiri daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah, Datuk Prof Muhd Nur Manuty; Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Prof Dr Haslinda Abdullah,” katanya.

BACA JUGA :

Sabah, Sarawak menanti agenda besar dari PM Anwar selepas 25 tahun

0

Autonomi kesihatan, mekanisme pelaksanaan projek bawah RM50 juta dan penurunan kuasa Persekutuan kepada jabatan dan agensi negeri dijangka menjadi mauduk perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tindakan MA63, yang akan berlangsung di Bilik Majlis Raja-Raja di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat.

Jika masa mengizinkan, mungkin akan disentuh sedikit agenda persempadanan pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Sabah dan Sarawak sebelum ini menuntut agar penjajaran semula dengan agihan sama rata kerusi di antara tiga wilayah terlibat – bagi memastikan keadilan ketika proses pengundian berlaku di Dewan Rakyat.

Maklumat membisikkan sudah ada titik persetujuan awal bahawa proses ini akan berlaku selewat-lewatnya pada 2026.

Mungkin juga dilanjutkan dengan formula dan mekanisme pengiraan geran tahunan kepada Sabah dan Sarawak, selain tarikh penting pewartaan kedua-duanya sebagai “wilayah”, setelah keputusan mengenainya dimuktamadkan dalam perbincangan yang lalu.

Dengan banyak agenda yang menanti dimuktamadkan, kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat ini amat dinanti.

Anwar sendiri sudah pasti mahu meletakkan titik noktah terhadap apa jua perkara yang melingkari MA63 sekian lama. Perkara ini telah membabitkan lima Perdana Menteri — sejak penafian hak kedua-dua negeri ini pertama kali didedahkan Allahyarham Tok Nan.

Ketika ini, rakyat di seluruh negara, terutamanya dari kedua-dua negeri Borneo itu mengharapkan isu ini dapat diselesaikan segera.

Mereka mahu hak yqng seharusnya dimiliki ketika persetujuqn penubuhan Malaysia direalisasikan dan bukan sekadar tertulis atau ditandatangani di atas dokumen.

Apatah lagi setelah Anwar memanjangkan tanggungjawab ini ke atas bahu Timbalannya; yang juga anak jati Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang dilihat lebih memahami akan latar dan keperluan tuntutan hak itu. Kerana itu Fadillah secara terang-terangan sebelum ini mahu isu ini diselesaikan dalam satu bulan.

Bagi Anwar, jadual kunjungannya ke Sarawak kali ini tidak seperti sebelumnya. Beliau tidak terkejar-kejar menghadiri mesyuarat parti sebelum berebut ke lapangan terbang, seperti dua kunjungan terakhir ke Kuching.

Kali ini beliau hadir sebagai pemimpin utama kerajaan; perkara yang kali terakhir dilakukannya 25 tahun yang lalu, atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Tun Mahathir Mohamad, sebelum dipecat pada 2 September 1998.

Sebagai Perdana Menteri yang lama berada di blok pembangkang, beliau pasti memahami, malah merasai denyut nadi rakyat kedua-dua negeri ini, yang dilaungnya sebagai agak ketinggalan.

Justeru mesyuarat ini penting, bukan sahaja untuk memastikan pemulangan hak, malah menambah baik agar sejajar dengan keperluan semasa. Inilah waktunya untuk garis dilakar bagi menentukan apa sebenarnya beza di antara “wilayah” dan “negeri” bagi mempermudahkan semua pihak untuk “move on”.

Setelah 60 tahun bersama membentuk Malaysia, pulau seberang Laut China Selatan ini telah mencipta sejarah apabila diberi peluang menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Manakala di Sarawak, tiada lagi istilah Ketua Menteri, bagi menjustifikasikan kedudukan negeri itu yang berstatus wilayah.

Kerana itu, mesyuarat ini dilihat amat signifikan sebagai langkah pemula kepada Malaysia bentuk baharu; yang akan melihat usaha yang lebih gigih untuk mencipta “quantum leap” bagi membolehkan pembangunan di Sabah dan Sarawak diganda dan disegerakan, setara dengan tanah Semenanjung.

Semua pihak harus sedar, apabila Jakarta memilih Nusantara di Kalimantan Timur sebagai ibu negaranya yang baharu, bermakna potensi Borneo untuk menjadi lubuk emas baharu adalah besar.

Malaysia perlu melihat serius perkara ini, kerana tidak mustahil, suatu ketika kelak, salah satu daerah di Baram mahupun di Kapit mungkin berpotensi menjadi Putrajaya baharu bagi Malaysia.

Kunjungan selepas 24 tahun tidak berada di dalam kerajaan, pasti sesuatu yang mengujakan bagi Anwar.

Beliau pernah menolak permintaan pembangunan yang dibawa oleh Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar suatu ketika dahulu ketika menjadi Menteri Kewangan, kerana tiada keperluan.

Situasi sekarang berbeza, dan kita amat berharap ia tidak lagi berulang. Kerana Anwar, sejak menduduki kerusi berpusing di Putrajaya, sudah membayangkan, beliau ada dimensi baharu untuk kedua-dua negeri itu.

Yang jelas, rakyat Sarawak tidak sabar menerima Perdana Menteri kesepuluh ini, terutama untuk makan bersama “pengilan” selepas solat Jumaat, esok.

Ia tradisi rakyat negeri itu yang sentiasa menerima dengan tangan terbuka, siapa pun yang menjadi pemimpin negara.

Dan semoga kehadiran beliau penuh dengan buah tangan, kerana bukan selalu individu yang bergelar Perdana Menteri dapat hadir kerap ke kedua-dua negeri yang terasing ini.

BACA JUGA :

BAJET 2023: Agenda Utama KPDN, Isu Miskin Tegar

0

KUALA LUMPUR – Usaha menangani isu kemiskinan tegar akan dijadikan sebagai agenda utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Belanjawan 2023 nanti.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha itu merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sasar untuk menyelesaikan isu ini, golongan miskin tegar yang jika mengikut statistik berjumlah hampir 127,000 di seluruh negara. Jadi kumpulan sasar inilah yang kita akan utamakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran bakeri Kafe Paris Baguette di Pavilion, Bukit Bintang, semalam.

Beliau berkata kementeriannya telah memohon peruntukan bagi menyantuni golongan miskin tegar, dan beliau berharap ia diberi perhatian oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023 nanti.

Sementara itu semasa mengulas mengenai mesyuarat parti Amanah kelmarin, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden parti berkata Amanah sudah mula menggerakkan jenteranya untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Langkah seterusnya adalah untuk kita PH (Pakatan Harapan) adakan mesyuarat awal dengan pihak Barisan Nasional (BN) supaya kita dapat selesaikan isu seperti kerusi (pembahagian), jadi kita telah mula,” katanya.

BACA JUGA :

Pastikan ada kerajaan yang kukuh, serta pembangkang yang kukuh – Jahaberdeen

0

SHAH ALAM – Penyatuan antara semua parti politik di dalam negara tidak memberikan jaminan bahawa ia berupaya untuk memberikan kebaikan kepada rakyat.

Pengasas Pergerakan Rapera, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, situasi tersebut sekiranya berlaku dilihat hanya memberikan keselesaan kepada ahli politik dan bukannya pengundi di Malaysia.

“Saya percaya kalau semua orang politik bersatu, yang akan merana ialah rakyat. Saya selalu beritahu rakan-rakan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pastikan kita ada kerajaan yang kukuh dan pada masa sama pembangkang yang kukuh.

Jahaberdeen ketika Wacana Sinar ke-379 bertajuk ‘Politik: Bergolak Tak Sudah’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.

“Jangan biarkan orang politik selesa sebabnya bila dia selesa, dia rasa dia serba tahu,” katanya ketika menjadi panelis ketika Wacana Sinar ke-379 bertajuk ‘Politik: Bergolak Tak Sudah’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Jahaberdeen turut berpandangan, pergolakan politik yang berlaku ketika ini termasuk ketika tempoh pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan waktu terbaik untuk membina kematangan politik rakyat Malaysia.

Jelasnya, perkembangan itu juga dilihat secara tidak langsung mengasah pemikiran masyarakat untuk menilai gelagat ahli politik masing-masing dengan lebih baik.

“Rakyat mula sedar bahawa orang politik itu pun adalah manusia. Selain itu, kerana sifat politik itu sendiri yang menyebabkan ramai orang politik rasa tidak mengapa cakap lain tapi buatnya lain.

“Tapi kini rakyat setidak-tidaknya mula untuk menilai orang politik apa yang mereka sumbang dan apa yang mereka lakukan berbanding kata-kata yang dikongsikan,” ujarnya.

BACA JUGA :

Kerajaan Negeri bantu tangani isu SFI

0

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil inisiatif atas dasar keprihatinan membantu nasib bekas pekerja Sabah Forest Industri (SFI) yang terjejas sejak tahun 2019 dan ketika pandemik COVID-19.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata bantuan itu termasuklah pembayaran gaji dan KWSP mereka.

Katanya, bantuan yang terkini adalah pembayaran tunggakan bil elektrik bekas pekerja SFI berjumlah RM798,000.

“Bagaimanapun, ia bukanlah mudah untuk kerajaan negeri terus membantu mereka secara berterusan dan dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pekerja terbabit telah diberhentikan oleh bekas majikan mereka, syarikat pengilang kertas dan pulpa yang berpangkalan di India.

“Pekerja terbabit dinasihatkan supaya mencari pekerjaan alternatif, sementara menunggu kilang tersebut beroperasi semula oleh syarikat konsesi baharu.

“Kerajaan negeri juga telah meletakkan syarat bagi syarikat konsesi baharu itu untuk memulakan operasi dalam tempoh dua tahun dan bekas pekerja boleh memohon bekerja semula,” katanya.

Abidin berkata, Pegawai Daerah Sipitang turut diarahkan untuk menyelaraskan perkara itu dengan bekas pekerja SFI.

BACA JUGA :

UMNO perlu manfaatkan PRN kali ini, buktikan parti itu lebih terbuka

0

PERWAKILAN Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu lalu bertindak berani mempertahankan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan apabila meluluskan usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu pada pemilihan akan datang.

Suara majoriti perwakilan yang ‘bergema’ ketika pengundian usul tersebut membuktikan mereka memberikan keyakinan penuh kepada Ahmad Zahid dan Mohamad untuk menyusun strategi parti untuk kekal relevan susulan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan situasi semasa, percaturan politik negara ketika ini di luar kebiasaan dan dilihat tidak selari dengan kehendak rakyat. Pendekatan parti berubah apabila UMNO dan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP yang sebelum ini bertegas tidak sama sekali menjalinkan hubungan kerjasama tetapi hari ini duduk semeja dalam Jemaah Menteri.

Penyokong PH yang menolak pemimpin terlibat kes rasuah juga kini sudah semakin menerima hakikat dan menghormati pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Maka, pendirian UMNO untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi sudah pasti diperhalusi perwakilan demi kelangsungan parti, meskipun ramai yang tidak berpuas hati.

Rakyat mahu parti Melayu itu menyuburkan semangat demokrasi dan majoriti penganalisis politik juga berpandangan sedemikian.

Namun demokrasi juga tidak boleh dilihat dari sudut pertandingan semata-mata tetapi pendirian suara akar umbi termasuk ketua-ketua bahagian parti seluruh negara juga mewakili suara demokrasi.

Implikasi daripada keputusan tersebut sudah tentu bakal diterjemahkan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tahun ini, sama ada parti yang berusia 77 tahun itu masih relevan atau tidak.

Ini kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional pada PRU15 yang lalu dikaitkan dengan penolakan rakyat terhadap Zahid yang dilabel sebagai Kluster Mahkamah.

Justeru, PRN Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang boleh dijadikan kayu pengukur sokongan pengundi kepada kepimpinan UMNO sedia ada.

Daripada terus meratapi kekalahan dan berbalah sesama sendiri, adalah lebih baik UMNO membuktikan parti itu terbuka dan boleh berubah. Ini akan beri impak positif pada PRN, sekali gus meningkatkan semula sokongan orang Melayu.

BACA JUGA :

MCA, MIC sukar dapat kerusi PRN kali ini di negeri yang diperintah PH  – Penganalisis

0

PETALING JAYA – Komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan MIC sepatutnya berdepan Pakatan Harapan (PH) dalam “perlawanan persahabatan” menjelang pilihan raya negeri (PRN), kata penganalisis politik Wong Chin Huat.

Menurutnya, dua parti itu tidak perlu terperangkap dalam pakatan pilihan raya antara BN dan PH, yang mana kelihatan agak mustahil bagi dua parti berkenaan dibenarkan meletakkan calon di kerusi tradisi masing-masing.

“Peraturan konvensyen politik di Malaysia adalah parti penyandang mempertahankan kerusi masing-masing. Ini bermakna, di negeri diperintah PH, MCA dan MIC tidak akan diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi,” katanya kepada FMT.

Wong berkata, MCA khususnya patut bertanding di kawasan secara tradisinya ditandingi walaupun berdepan kemungkinan tewas kepada PH demi memastikan “jenamanya kekal diingati”.

“Ia memerlukan perlawanan persahabatan dengan PH untuk menguji sokongan,” katanya. “Dalam politik tiada siapa yang mengetahui apa akan berlaku.”

Pada Ahad, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Amanah, Sany Hamzan, berkata PH akan mempertahankan semua 40 kerusi dimenangi di Selangor pada PRU 2018 jika ada pakatan bersama BN.

Katanya, beliau difahamkan, setakat ini PH tidak akan memberi laluan kepada BN di kawasan dimenangi pada 2018, dengan rundingan akan menumpukan menjurus kepada kerusi disandang Perikatan Nasional.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, berkata penyelesaian terbaik bagi MCA dan MIC ialah tidak terlibat sama sekali dalam perjanjian antara BN dan PH, jika dua parti itu mahu bertanding di kerusi tradisi yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua parti mesti bersedia menerima kawasan ditawarkan untuk mereka bertanding. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada MCA khususnya sedia menjadi “pilihan kedua” kepada seterunya dalam PH iaitu DAP.

PH yang menerajui Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dengan PAS mentadbir Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu mengadakan PRN tahun ini.

BACA JUGA :

PM Anwar perjelas Isu Pengeluaran KWSP

0

KANGAR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas.

Anwar berkata adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terkesan serta kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil dan jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi, ia akan memberikan kesan kepada masa depan pencarum itu sendiri.

“Terlalu kecil… saya periksa jumlah simpanan kebanyakan pencarum jumlahnya sangat rendah, jadi saya bimbang tentang masa depan mereka, jadi lebih baik kerajaan cari jalan untuk bantu mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Perlis.

Semalam, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara sekali bayar antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah langkah penyelesaian jangka pendek supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Sementara itu, semasa diminta mengulas mengenai projek pembangunan di Perlis, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneliti semua projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) selepas Bajet 2023 dibentangkan 24 Feb ini.

“Soal projek itu kita bincang dengan koridor utara. Menteri Besar pun telah menghantar senarai beberapa projek yang disebut Pelabuhan Sanglang, Perlis Inland Port, keterjaminan makanan, itu hal-hal yang kita beri tumpuan, tetapi lebih baik kita dengar dengan lebih teliti dalam mesyuarat koridor selepas bajet nanti,” katanya.

BACA JUGA :

Rang undang-undang ‘Anti Lompat Parti’ di DUN Sabah disokong oleh PBS, PH

0

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan Dun Sabah.

Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri telah menyatakan bahawa rang undang-undang itu adalah dalam agenda seterusnya persidangan DUN.

“Kami (tujuh ADUN PBS) akan sokong. Kelulusan undang-undang anti lompat parti adalah kemenangan bagi PBS, apa jua yang mengukuhkan kesucian serta kesetiaan ADUN kepada parti dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan jelajah mesra sempena Tahun Baharu Cina di Gaya Street, ahad kelmarin.

Semalam, Datuk Ewon Benedick yang secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), telah mencadangkan rang undang-undang anti lompat parti itu dibentangkan pada persidangan DUN, Mac ini.

ADUN Kedamaian itu berkata beliau telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada Hajiji dan kerajaan negeri kerana disifatkn penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

Sementara itu, Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang ditemui selepas jelajah mesra itu berkata tujuh ADUN dari PH juga akan menyokong rang undang-undang berkenaan.

“Apa jua keputusan kepimpinan parti, saya pasti Ketua Menteri (Hajiji) tahu apa yang perlu dilakukan. Jika kerajaan memulakannya (membentangkan rang undang-undang itu), kita akan sokong. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

BACA JUGA :

Madius ingin Sabah, Sarawak dapat peruntukan seimbang dengan semenanjung selepas diiktiraf sebagai Wilayah

0

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meminta agar peruntukan yang seimbang diberikan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung selepas status kedua-dua negeri itu sebagai wilayah digazetkan kelak.

Beliau berkata sehubungan itu, Sabah dan Sarawak perlu diperuntukkan satu pertiga dana Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia dan juga belanjawan tahunan negara. 

“Keperluan ini perlu diinstitusikan. Bukan hanya satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak, yang menjadi perhatian baru-baru ini, tetapi satu pertiga pembangunan, peruntukan dan dana serta perhatian yang seimbang,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Ke-16 di sini, pada hari ahad.

Beliau berkata UPKO mahu tumpuan yang lebih luas diberikan kepada Sabah dan Sarawak merangkumi setiap aspek kehidupan rakyat, kemudahan dan prasarana berkualiti yang merupakan asas kepada taraf sosioekonomi.

“Apabila kita bercakap mengenai sasaran mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), ia tidak harus kekal di bibir dengan mendakwa Malaysia menerima pakai SDG yang dirangka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia harus diterjemah dan dilaksanakan bagi membawa pembangunan mapan.

“Kita tidak mahu Sabah kekal tinggal sebagai negeri miskin dalam 50 tahun lagi. Kita tidak bercakap mengenai ketiadaan kemudahan air berkualiti dalam 50 tahun lagi. Kita tidak mahu bercakap mengenai kewujudan sekolah yang uzur dalam 50 tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, Madius meminta agar Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick yang bakal menerajui parti berkenaan untuk terus berusaha memperkasakan lagi parti itu agar ia sentiasa relevan dengan peredaran zaman.

“Hari ini kita berada dalam lanskap politik baharu. Ia memerlukan pendekatan kepemimpinan yang baharu. Saya pohon semua pihak dalam parti memainkan peranan lebih efektif, bersandarkan pendekatan baharu, untuk berjaya dalam perjuangan kita…utamakan faedah jangka panjang untuk parti dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata UPKO perlu mengelakkan perkara dibenci rakyat seperti amalan politik perkauman, sikap angkuh, pelampau agama dan perbuatan rasuah.

Ewon mengambil alih jawatan Presiden UPKO secara rasmi daripada Madius pada Persidangan Tritahunan UPKO Ke-16 selepas muncul sebagai calon tunggal jawatan itu, manakala Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran akan dilantik sebagai Presiden Kehormat UPKO.

BACA JUGA :

PKR akan umum calon bertanding PRN lebih awal seperti PRU lepas

0

SEREMBAN – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan parti itu mengekalkan untuk mengumumkan calonnya lebih awal pada pilihan raya negeri (PRN) ini seperti mana dilakukan pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas.

Malah beliau turut menjelaskan, pihaknya akan memulakan proses mengenal pasti dan memuktamadkan calon-calon mereka yang akan bertanding pada PRN melibatkan enam buah negeri dalam tempoh dua minggu lagi.

“Ia adalah pendirian parti dan juga Jabatan Pilihan Raya PKR daripada PRU yang lepas. Bagaimanapun, keputusan itu akan mengambil kira rundingan kerjasama yang akan turut dimuktamadkan bersama Barisan Nasional (BN).

“Di peringkat PKR, seberapa mana dalam kawaalan kami, sebaik sahaja selepas sambutan Tahun Baharu Cina, kami akan memulakan proses pencalonan, saringan dan sebagainya kerana proses itu membabitkan pandangan semua pihak dan akan ambil sedikit masa,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai Konvensyen Pilihan Raya Negeri 2023 di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun merangkap Naib Presiden PKR.

Rafizi turut menegaskan, pihaknya akan membuat secara selari dahulu sementara rundingan dengan BN tentang kerjasama pilihan raya itu berjalan.

Sementara itu, ditanya sama ada kesukaran kerjasama antara PH dan BN untuk PRN, Rafizi berkata, kedua-dua pemimpin utama parti di negeri ini iaitu Aminuddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan individu yang senang untuk dibawa berbincang dan taat kepada parti.

Dalam sidang akhbar sama, Aminuddin memberitahu, beliau menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada bulan Mei ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Katanya, ia berdasarkan perbincangan secara tidak rasmi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri terlibat berhubung perkara itu sebelum menghadiri perjumpaan Majlis Raja-Raja tempoh hari.

“Pada dasarnya kita setuju bubar pada Mei… itu bermakna PRN dalam Jun atau Julai, kita tak ada masa, tinggal beberapa bulan lagi, jadi kita kena terus bersedia atur langkah bagi memastikan kemenangan kita.

“Lepas pilihan raya, pelbagai andaian dan pandangan sama ada kita bersama Barisan Nasional (BN) atau tidak, itu akan diputuskan dalam waktu terdekat. Harap ada keputusan segera untuk aturkan strategi bersama BN, kita juga nak berikan hak dari segi peruntukan dan sebagainya,” katanya.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

BACA JUGA :

PAU 2022: Zahid Hamidi yakin UMNO masih ada masa depan yang cerah

0

KUALA LUMPUR – UMNO masih mempunyai masa depan yang cerah, walaupun berdepan dengan badai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, melihatkan hampir 3,000 perwakilan dari seluruh negara yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 kali ini menunjukkan, parti itu masih didukung akar umbi.

“Parti ini masih ada masa depan yang cerah. Melihat wajah mereka, saya dapat rasakan parti ini masih didokong pemimpin akar umbi, yang terpancar keikhlasan diwajahnya. Semuanya datang atas tanggungjawab.

“Jika mahu cari punca (kalah dalam PRU15), kitalah puncanya. Jika mahu disalahkan, kitalah yang harus disalahkan. Jika mahu dibangunkan kembali, kitalah yang kena bangunkan kembali.

“Saya ikuti dekat inti pati ucapan sayap-sayap parti. Dapat dilihat, walau dibadai tsunami politik, kita masih setia di bawah lembayung UMNO,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

BACA JUGA :

Zahid Hamidi dedah 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin sebagai PM boleh ‘memakan diri’– Analisis Ahmad Atory

0

SHAH ALAM – Tindakan mendedahkan seramai 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri boleh ‘memakan diri’.

Penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussain berkata, tindakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai ‘ketakutan’ dalam menghadapi pemilihan jawatan Presiden.

Menurut Ahmad Atory, pendedahan itu juga akan memberikan tanggapan serong kepada Ahmad Zahid kerana sanggup ‘berkomplot’ dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekerjasama dengan DAP sedangkan akar umbi UMNO berpegang teguh terhadap prinsip No Anwar, No DAP.

“Kenapa bercerita tentang itu (10 nama) sedangkan beliau (Ahmad Zahid) sendiri melanggar ketetapan PAU dan MKT. Saya rasa pendedahan itu tidak memberi kesan kerana ahli UMNO dan rakyat tahu siapa 10 orang itu.

“Mereka bukan ahli biasa tapi merupakan ahli Parlimen. Ahli UMNO yang setia, tahu gelagat pemimpin mereka.

“Mungkin tindakan Zahid itu untuk mendapatkan sokongan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Tapi tindak-tanduknya diperhatikan akar umbi. Mereka tunggu masa dan melihat pilihan raya negeri (PRN) nanti, bagaimana penerimaan rakyat. Adakah ahli UMNO merestui atau tidak ‘hubungan’ UMNO dan DAP?” katanya.

Pendedahan 10 ahli Parlimen itu dibuat oleh Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup sempena Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Rabu.

Ahmad Atory berkata, tindakan 140 Ketua UMNO Bahagian bersolidariti agar jawatan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO dijangka Mei nanti, juga sebagai tidak demokratik.

“Ahli UMNO tidak boleh ‘dirantai’. Mana boleh sebuah parti menghalang jawatan utama tidak dipertandingkan, ia melanggar perlembagaan parti,” jelasnya.

BACA JUGA :

”Dalang yang ingin jatuhkan Sabah mempunyai satu lagi peluang ” – Analisis Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

0

Dua pemimpin yang dilihat menjadi dalang di sebalik rancangan menjatuhkan kerajaan Sabah hanya mempunyai satu lagi peluang, kata penganalisis merujuk kepada kemelut politik negeri di bawah bayu itu.

Ahmad Zaharuddin Sani Sabri berkata situasi itu menunjukkan kegagalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan Shafie Apdal membaca muslihat politik lawan.

Mereka mengambil langkah yang salah,” kata Zaharuddin.

“Satu-satunya perkara yang boleh mereka lakukan sekarang ialah mendesak supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat. Jika tidak, karier politik mereka tamat.”

PRN Sabah sebelum ini diadakan pada 2020, berikutan kemelut politik yang berlaku di peringkat persekutuan.

Shafie yang juga ketua menteri ketika itu, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN yang menyaksikan parti Warisan dipimpin beliau tewas.

Krisis terbaru bermula selepas Bung Moktar mengumumkan Umno Sabah dan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai ketua menteri pada 7 Januari lalu.

Beliau berkata pendirian itu dibuat kerana hilang kepercayaan kepada kedudukan Hajiji sebagai ketua menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dilanggar.

Bung Moktar berkata BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan negeri selepas PRN Sabah, bagaimanapun Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.

Mengikut perlembagaan Sabah, ketua menteri mestilah seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti politik yang mempunyai sokongan majoriti dalam DUN.

Isnin lalu, Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sendiri mendakwa mendapat sokongan 44 Adun, termasuk lima daripada BN – cukup untuk beliau kekal sebagai ketua menteri.

Hajiji berkata dengan sokongan itu kerajaan negeri Sabah sedia ada masih kekal serta utuh, dan beliau masih ketua menteri pada masa ini.

Hajiji juga berkata beliau adalah ahli GRS secara langsung.

Bung Moktar, yang dipecat daripada jawatan timbalan ketua menteri dalam rombakan Kabinet negeri pada 11 Januari, kini diletakkan di bahagian pembangkang.

Beliau dan Shafie berkata mereka menyokong usul Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu.

Zaharuddin berkata Bung Moktar harus memecat lima Adun Umno yang memberi sokongan kepada Hajiji.

Katanya, memandangkan undang-undang anti lompat parti masih belum diwartakan di Sabah, mereka mempunyai pilihan sama ada menyertai parti lain atau kekal sebagai Adun bebas.

“Mereka sedang bermain ‘catur’ di Sabah,” katanya.

“Umno dan BN akan terperangkap dalam situasi ini, begitu juga dengan Warisan.

“Ia adalah satu kelemahan bagi presiden Ahmad Zahid Hamidi dan isyarat jelas beliau tidak boleh mengawal Umno dan BN.”

Beliau juga memberi amaran kemelut politik Sabah boleh menjejaskan reputasi Anwar bagi menghadapi enam PRN akan datang.

“Pakatan Harapan mungkin bergerak sendirian,” katanya.

Sementara itu, bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang Azizi Safar berkata Bung Moktar memalukan rakan-rakannya serta Umno, kerana bertindak tidak selari dengan janji memberikan kestabilan kepada rakyat.

“Gerakan menjatuhkan Hajiji dibuat oleh Umno berikutan pemecatan Salleh Said Keruak daripada jawatan pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.

“Ia bukan kerana isu berkaitan kesejahteraan rakyat,” katanya.

BACA JUGA :

Harap Formula Baharu Kabinet Sabah dapat perhebat lagi usaha bangunkan negeri – Shahelmey

0

KOTA KINABALU – Formula baharu dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dalam Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah mampu memperhebat usaha membangunkan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata gandingan ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan PH dalam jemaah menteri itu juga diharap dapat bekerja dengan lebih berkesan dalam merangka serta melaksana dasar terbaik untuk rakyat Sabah.

“Kemelut politik sudah beredar jadi ini adalah masa untuk Kabinet Sabah dengan formula baharu ini bekerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan tiga ADUN sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Ditanya sama ada UMNO dan BN bakal mengambil tindakan ke atas beliau susulan menerima jawatan tersebut, ADUN Tanjung Keramat itu berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti tentang perkara tersebut dan menegaskan dirinya masih ahli UMNO.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam mendakwa dua ADUN parti itu yang dilantik dalam barisan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah tidak mewakili UMNO negeri berkenaan.

Justeru, Bung Moktar berkata perkara berkenaan akan dibawa ke Lembaga Disiplin UMNO kerana membelakangkan keputusan UMNO dan BN Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam mengumumkan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah yang baharu, dengan tujuh melibatkan ADUN GRS, manakala masing-masing dua daripada BN dan PH.

Rombakan itu menyaksikan Shahelmey dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III menggantikan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang dilantik Timbalan Ketua Menteri II.

Shahelmy turut menggantikan Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya.

Tiga ADUN Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu kerajaan Sabah ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga ADUN Api-Api Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe (Luyang) daripada DAP dan James Ratib daripada BN (Sugut).

ementara itu, Liew yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata satu mesyuarat akan diadakan bersama pembantu menteri serta pihak pengurusan kementerian serta agensi terlibat bagi memantapkan sektor pelancongan negeri berkenaan.

“Kami (Sabah) merekodkan 4.3 juta pelancong dan lebih separuh dari China, tetapi selepas pertukaran kerajaan pada 2020 dan pandemik COVID-19, pasaran menjadi sangat sunyi. Kami akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan sektor pelancongan kami pada 2023… kita harap ini tahun yang bagus buat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Phoong yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata beliau akan menggandakan usaha, masa dan tanggungjawab bagi membantu rakyat dan bersama-sama membangunkan negeri menjadi lebih mampan.

“Saya tahu ini tanggungjawab amat berat dan penggal kerajaan cuma tidak sampai tiga tahun lagi ertinya pelantikan ini saya kena gunakan sebaiknya, tidak ada ‘honeymoon time for me’ khususnya menjelang Tahun Baharu Cina, saya terpaksa batal banyak sesi jamuan kerana ini masa kembali bekerja,” katanya.

Selain itu, James yang memegang portfolio Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri berkata beliau akan menggunakan pengalaman sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah selama lebih dua tahun untuk membangunkan negeri terutamanya di kawasan miskin tegar.

BACA JUGA:

Jalaluddin Alias saran Kerjasama BN-PH diteruskan di Negeri Sembilan

0

PETALING JAYA – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Jalaluddin Alias berpendapat kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan perlu diteruskan di peringkat Negeri Sembilan.

“Sebaiknya bila kerajaan pusat ada kerjasama, di peringkat negeri mestilah ada trend yang sama.

“Ini untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” jelas Jalaluddin ketika dihubungi.

Beliau menjawab pertanyaan mengenai kenyataan menteri besar Negeri Sembilan yang menyatakan kesediaan PH untuk bekerjasama dengan BN di negeri itu.

Terdahulu, Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata tidak ada masalah untuk PH Negeri Sembilan bekerjasama dengan BN untuk berdepan PRN pada tahun ini.

Bagaimanapun setakat ini masih belum ada lagi sebarang pertemuan untuk membincangkan perkara itu dengan Pengerusi BN Negeri Sembilan Mohamad Hasan, kata Aminuddin.

Sebelum ini BN dan PH bekerjasama dalam pilihan raya DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai yang menyaksikan BN memenangi kerusi DUN Tioman manakala PH tumpas di Parlimen Padang Serai.

Di peringkat kerajaan, selain Putrajaya, BN dan PH turut bekerjasama di Perak dan Pahang dengan menyaksikan ADUN BN, Saarani Mohamad dan Wan Rosdy Wan Ismail dilantik menjadi menteri besar bagi negeri-negeri tersebut.

Penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan berpendapat walaupun BN, yang memenangi majoriti kerusi parlimen di Negeri Sembilan, masih mempunyai kekuatan di negeri tersebut namun mereka tetap perlu bekerjasama dengan PH.

Hal ini menurut beliau penting bagi mengekang gelombang Perikatan Nasional seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah pada PRU lalu.

Dalam PRU15, BN gagal memenangi sebarang kerusi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, dan Melaka walhal mereka mengetuai kerajaan Melaka sejak 2021.

“Bagi saya kalau di Pulau Pinang, Selangor boleh bekerjasama tidak kira di mana kekuatan BN di Negeri Sembilan seharusnya mereka bekerjasama mengekang gelombang hijau atau biru pekat PN itu,” jelas Azmi.

BACA JUGA:

“PH tidak bermuka-muka dan setiakawan” – TOK MAT, Timbalan Presiden UMNO

0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yang bersikap tidak bermuka-muka menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tersebut membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan mengurus perbezaan.

“Kita memang kenal pendirian mereka. Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura.

“Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara,” katanya semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu.

Tambah beliau, sekiranya UMNO berpendirian untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN), parti itu hanya akan menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan demografi yang sama.

Jelasnya, ia hanya akan menyukarkan UMNO mengurus segala perbezaan di masa akan datang.

“Yang pasti, pilihan kita untuk bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan), telah menjadikan UMNO parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan.

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat UMNO lakukan jika menyertai kerajaan pimpinan PN kerana UMNO berada dalam kedudukan ketiga sebagai kuasa politik Melayu dalam perikatan sedemikian,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak sama sekali menyertai PH.

“Ini mesti jelas dan difahami. Pada masa ini, UMNO adalah rakan sekutu, dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH,” katanya.

BACA JUGA:

Masidi dan Joachim bertukar portfolio selepas Rombakan Kabinet Sabah

0

KOTA KINABALU – Beberapa menteri sedia ada dalam Kabinet Sabah bertukar portfolio dalam rombakan dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Antaranya, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang sebelum ini memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Industri, kini memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Beliau mengambil alih portfolio Datuk Masidi Manjun yang kini diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang sebelum ini Menteri Tugas-Tugas Khas kini dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala ADUN Sugut, Datuk James Ratib dinaikkan daripada Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Hanya Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, kekal dengan portfolio masing-masing.

Upacara pelantikan Kabinet baharu Sabah hari ini menyaksikan pelantikan ADUN Tanjung Keramat dari UMNO, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III (TKM) Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu.

Beliau yang sebelum ini adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat mengisi kekosongan ditinggalkan ADUN Lamag yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang digugurkan Hajiji.

Turut diumumkan Hajiji ialah pelantikan Presiden STAR Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri I menggantikan kedudukan Bung Moktar.

BACA JUGA :

Untuk bentuk Kerajaan Perpaduan Sabah, Parti Warisan perlu jadi pembangkang yang berwibawa

0

KUALA LUMPUR – Parti Warisan sepatutnya bertindak lebih matang dengan kekal sebagai pembangkang yang berwibawa dan tidak beriya mahu menjadi kerajaan di Sabah.

Kata Pensyarah Kanan Fakulti Pentadbiran & Sains Polisi UiTM Sabah, Raheezal Shah Abdul Karim, mereka boleh terus menyumbang dalam pentadbiran negeri tanpa perlu menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Ia boleh dilakukan dengan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan perpaduan yang berpegang kepada perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA).

“Walaupun Warisan memberikan sokongan di peringkat Persekutuan tapi tak bolehkah mereka menjadi pembangkang di Sabah dengan memberi sokongan melalui CSA?

“Misalnya jika ada Rang Undang-Undang (RUU) yang memberi kebaikan, berikan sokongan tapi sekiranya ada benda yang bertentangan, mereka menyuarakan pandangan atau memberi komen yang sebaiknya,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Ujar Raheezal, perpaduan itu memang penting tetapi tidaklah sehingga tiada pembangkang dan tiada ruang untuk proses semak dan imbang.

BACA JUGA :

PM Anwar saran wujud Kerajaan Perpaduan di Sabah

0

KUALA LUMPUR – Harus ada tempoh bertenang di Sabah, kata Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu turut mengakui telah menyarankan formula untuk menyelesaikan masalah di Sabah.

“Saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa harus ada tempoh bertenang. Jadi dalam keadaan bertenang ini pun masih ada perkara-perkara yang berlaku tetapi yang penting matlamat Perdana Menteri menyarankan diwujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah yang akan melibatkan semua parti-parti yang ada di peringkat pusat.

“Untuk Sabah tentunya tidak begitu sukar Kerajaan Perpaduan diwujudkan, soal penerimaan itu adalah aspek yang perlu kita santuni terlebih dahulu.

“Saya yakin rakyat Sabah tidak mahu pilihan raya negeri, ini bukan hanya memenatkan tetapi pada waktu yang sama membebankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Sesi Sembang Santai Bersama Media Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.

Ahmad Zahid berkata, demokrasi bukan hanya tentang pilihan raya semata-mata, sebaliknya kesepakatan antara parti-parti politik berhasrat memberi kesejahteraan kepada rakyat harus diterjemahkan dan dilaksanakan.

“Maka saya harap pembangunan dan kebajikan serta kemudahan rakyat harus diberi keutamaan dan jika politiking jadi agenda, saya yakin soal yang saya katakan tidak dapat diberi keutamaan.

“Saya minta semua pihak berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan hasrat Perdana Menteri untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah,” katanya.

BACA JUGA:

Kestabilan kerjasama PH dan BN perlu diterima di seluruh negeri – TPM Zahid Hamidi

0

Petaling Jaya – Kestabilan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan perlu diterima dan wujud di semua negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid mengulas kemungkinan kerjasama berterusan antara PH dan BN pada pilihan raya negeri akan datang, semasa diwawancara.

“Pendirian BN, yang pasti Umno akan sokong, (ialah) kita perlu mengelak rakyat dibebani sekali lagi dengan pilihan raya.

“Seboleh-bolehnya, sistem demokrasi mesti mengambil kira hakikat bahawa kuasa seorang ketua eksekutif sesebuah negeri, dalam kes ini (Sabah), seorang ketua menteri, mesti berdasarkan perlembagaan negeri itu,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai prestasi BN pada PRU15, Zahid berkata “campur tangan ilahi” membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan.

“Kita sebagai ahli politik mesti berusaha ke arah merealisasikan impian parti masing-masing tetapi kita juga harus kembali kepada campur tangan ilahi. “Ini adalah penjamin. Apakah kemungkinan 82 (kerusi PH) ditambah 30 (kerusi BN), secara langsung menghasilkan 112 (kerusi parlimen) untuk membentuk kerajaan?”

Beliau juga mengaitkan “campur tangan ilahi” dengan kemungkinan semua parti yang membentuk kerajaan perpaduan – PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan, yang bersatu untuk membentuk majoriti dua pertiga, dengan 148 kerusi Parlimen.

“Hakikatnya harus diakui bahawa pilihan raya umum ke-11 adalah kali terakhir kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga. Pada masa itu, 198 kerusi dimenangi oleh kerajaan. Sejak itu tiada majoriti dua pertiga.

“Kini, dalam era kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sekali lagi, 148 kerusi ini memberi kesahan kepada majoriti dua pertiga,” kata Zahid.

BACA JUGA:

Mat Sabu import telur ayam dari India ke Malaysia

0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.

Lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

Mohamad menghabiskan masa selama dua jam di ladang pengeluaran dan pusat pengumpulan telur untuk pasaran Malaysia.

“Setelah melihat sendiri, saya yakin telur ini selamat dan melalui proses dalam persekitaran yang bersih untuk dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Ladang pengeluaran telur di Namakkal itu terletak lapan jam perjalanan darat dari lapangan terbang Chennai, Tamil Nadu, selatan India.

Sementara itu, melalui klip video yang dihantar, Mohamad turut melawat pusat pengumpulan telur sebelum ia dihantar ke Malaysia, Maldives, Qatar, Oman dan beberapa negara lain lagi.

Mohamad menjelaskan selepas mendapati telur berkenaan selamat dan bersih serta dapat diterima rakyat, maka telur berkenaan akan diimport menggunakan kapal laut.

Katanya, disediakan kontena pendingin hawa bagi memastikan kualiti telur tidak jatuh sepanjang perjalanan.

“Harganya diyakini akan lebih rendah selepas ini dan kompetitif dengan harga telur tempatan. Saya berpuas hati dengan kebersihan dan kualiti telur yang dihasilkan di ladang ini.

“Dengan usaha ini saya berharap orang ramai tidak akan ada masalah dengan bekalan telur lagi terutama sekali di musim perayaan,” katanya.

Mulai 15 Disember lalu, telur yang diimport dari Namakkal, India di bawa masuk ke Malaysia melalui penghantaran percubaan.

Langkah itu bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dibawa dengan kargo udara menyebabkan harganya lebih mahal kerana kos pengangkutannya.

BACA JUGA:

PM Anwar ingin Sabah terus kukuh dibawah pimpinan GRS

0

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merestui Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk terus menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah.

Beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kerajaan Sabah terus kukuh di bawah pimpinan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu.

Anwar berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Hajiji dan barisan kepimpinan GRS di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini malam tadi.

“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri Hajiji dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan dan Datuk Seri Zahid kerana kita mahu kerajaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji.

“Esok satu Rang Undang-Undang (RUU) penting untuk kembalikan hak Sabah yang saya usulkan di jemaah menteri.

“Ini satu perubahan besar dan bagi saya satu keutamaan, kemudian kita beri ruang kepada Ketua Menteri untuk bincang dan cari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah,” jelasnya.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik Sabah termasuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin; Presiden Parti Kesejahteraan, Demokratik, Masyarakat (KDM)  Datuk Peter Anthony dan dipercayai pemimpin Parti Warisan (WARISAN).

Selepas pertemuan itu, Anwar memutuskan supaya kepimpinan parti politik di Sabah untuk memutuskan sebarang penyelesaian kemelut politik yang berlaku di negeri ini.

Katanya, keadaan yang berlaku bertambah baik hasil perbincangan yang dibuat bersama Zahid dalam mencari formula yang baik untuk Sabah.

“Keputusan diputuskan oleh kepimpinan Sabah sendiri. Kita hanya mampu beri nasihat,” katanya.

BACA JUGA:

Ewon Benedick akan menggantikan Madius sebagai Presiden UPKO ahad ini

0

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau secara rasmi akan menyerahkan kepemimpinan tertinggi parti itu kepada Naib Presidennya, Datuk Ewon Benedick, Ahad ini.

Penyerahan jawatan presiden kepada Ewon itu akan dibuat pada Konvensyen UPKO yang dijadualkan Ahad ini di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Timbalan Setiausaha Agung UPKO, Fairuz Bandar, berkata Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran mengambil keputusan itu selepas mengambil kira kekalahannya pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) serta kegagalan UPKO yang hanya menang satu daripada 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi.

“Tindakan diambil Madius itu sekali lagi menunjukkan kematangan politik dengan melakukan proses peralihan kepemimpinan melalui perundingan demi mengelakkan perpecahan dalam parti.

“Kekalahan Madius dalam PRN16 dan kegagalan UPKO menawan 11 daripada 12 kerusi ditandingi antara faktor utama beliau melepaskan jawatan tertinggi parti itu kepada Ewon,” katanya, di sini.

Beliau yakin, berbekal semangat berpasukan yang kental, UPKO mampu bangkit sebagai sebuah parti yang mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Sehubungan itu, Fairuz berharap proses peralihan kepemimpinan menerusi perundingan demi mengelakkan perpecahan dalam parti terlaksana dengan lancar.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan kelebihan 14,410 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Operasi dalam Kerajaan Perpaduan persekutuan.

BACA JUGA :

Penyerahan Projek Bawah 50juta kepada Sabah, Sarawak bukti Kerajaan Persekutuan komited memartabatkan MA63 – Ketua Pemuda Parti Amanah Sipitang Sabah

0

SIPITANG – Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menetapkan mana-mana projek dibawah RM50 juta diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan pelaksanaan di kedua-dua negeri berkenaan dilihat satu tindakan yang bijak.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah Kawasan Sipitang Mohd Hafiz Ag Tengah berkata, keputusan itu juga membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan komited didalam memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pengumuman ini akan memberi peluang kepada Kerajaan Negeri khususnya Sabah untuk membangunkan negeri ini tanpa perlu proses yang lama.

“Selain itu projek-projek yang akan dilaksanakan dan sedang dilaksanakan dapat dipercepatkan bagi kepentingan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menetapkan mana-mana projek dibawah RM50 juta diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan pelaksanaan di kedua-dua negeri berkenaan.

Katanya, keputusan itu bagi membolehkan pelaksanaan beberapa projek tertangguh di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan tanpa merujuk ke Persekutuan.

“Saya melihat ada beberapa perkara tertangguh antaranya keputusan untuk menyegerakan pelaksanaan projek meskipun ada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak tetapi kata putus itu terlalu banyak di Putrajaya.

“Meskipun peruntukan besar diberikan tetapi peruntukan itu tidak dapat dipenuhi kerana birokrasi. Jadi kita telah putuskan dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk menetapkan mana-mana projek dibawah RM50 juta itu diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif Timbalan Ketua Kawasan AMANAH Penampang  Zainuddin Ibrahim yang menyifatkan keputusan ini adalah sesuatu yang tepat pada masanya.

“Rakyat di negeri ini perlu membangun segera dari segi infrastruktur, ekonomi dan sosial. Proses yang lambat disebabkan karena birokrasi yang lama hanya akan menyebabkan projek-projek terbantut,” katanya.

BACA JUGA :

PM perlu campur tangan dalam Politik Sabah untuk leraikan kemelut – Dr Syahruddin Awang

0

KUALA LUMPUR – Kemelut politik di negeri Sabah boleh dileraikan sekiranya melibatkan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian jelas Penganalisis Kajian Pilihan Raya dan Geopolitik Borneo Universiti Malaysia Sabah (GeoPES UMS), Dr Syahruddin Awang Ahmad berhubung situasi politik di negeri itu ketika ini.

“Saya yakin campur tangan kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri terhadap isu sudah tentu memberi kesan langsung bukan setakat ekonomi malah politik itu sendiri di Sabah.

“Ia memberi impak besar dalam menentukan hala tuju kerajaan negeri pada 2023, saya yakin Perdana Menteri ada perancangan tertentu yang jitu untuk memastikan pihak-pihak yang bertelagah sekarang ini mendapat apa sepatutnya mereka dapat secara menang-menang,” jelasnya.

Tambah Syahruddin, kemelut politik itu berlaku apabila tiga komposisi parti politik mempunyai pandangan berbeza mengenai kedudukan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Kalau kita perhatikan ketiga-tiga komposisi yang menuntut satu sama lain ini sebenarnya berada di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Warisan diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Barisan Nasional), demikian juga Datuk Seri Hajiji Noor, dia menyatakan sokongan GRS sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Saya yakin dengan campur tangan Perdana Menteri, situasi agak kusut sejak empat hari ini dapat dileraikan dengan cara betul baik, cara prinsip mahupun teknikal perundangan itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Anwar berkata beliau telah berhubung dengan Hajiji dan berpuas hati dengan keadaan semasa di negeri itu.

Tambah Anwar, beliau akan memberikan perhatian khusus tentang perkembangan di Sabah itu.

BACA JUGA :

Badan Pemikir menyarankan Rafizi menggariskan rancangan untuk ekonomi

0

PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli menggariskan rancangannya untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran, Carmelo Ferlito, berkata beliau bersetuju dengan Rafizi bahawa ekonomi menghadapi cabaran besar, tetapi beliau menyatakan pendekatan kerajaan untuk menyelesaikan cabaran ini masih “tidak jelas”.

“Rafizi berkata beliau tidak mahu menjadi ahli politik tetapi mahu laksanakan tanggungjawab itu,” kata Ferlito kepada FMT. “Kami sedang menunggu untuk melihat cadangannya.”

Semalam, Rafizi berkata kementeriannya berdepan “trilema” cabaran iaitu mengukuhkan keupayaan fiskal negara, meningkatkan hasil negara, dan menyusun semula ekonomi.

“Perkataan “trilema” adalah tidak tepat,” kata Ferlito. “Dia mungkin bermaksud tiga cabaran. Trilema merujuk kepada memilih antara tiga penyelesaian.”

Beliau berkata, adalah penting bagi Rafizi untuk menggariskan prinsip panduan bagi penyelesaian kepada cabaran.

“Penyelesaian itu mestilah hasil yang baik daripada analisis pertukaran yang baik dan bukan hanya hasil penambahbaikan,” katanya.

“Mesti ada campur tangan kerajaan pada tahap lebih rendah.”

Beliau menggesa kerajaan untuk mewujudkan rangka kerja institusi bagi menggalakkan keusahawanan dan menarik pelaburan asing dan langsung “daripada berbelanja lebih atau menggunakan lebih kawalan langsung ke atas ekonomi”.

BACA JUGA:

Sidang akhbar Presiden Parti Warisan ditunda

0

KOTA KINABALU – Sidang akhbar Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sepatutnya diadakan pada petang Khamis di sebuah hotel terkemuka di sini ditunda.

Difahamkan, sidang akhbar itu akan diadakan nanti dalam masa terdekat.

Pengamal media telah mula berkumpul di hotel berkenaan seawal jam 4.30 petang selepas menerima jemputan daripada Warisan.

Sebelum itu turut kelihatan hadir di hotel berkenan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan iaitu Datuk Darell Leiking (Moyog), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), Azhar Matusin (Darau) dan Junz Wong (Tanjung Aru).

Selain itu ialah Datuk Awang Ahmad Sah (Petagas), Dr Daud Yusof (Bongawan), Sarifuddin Hata (Merotai), Hiew Vun Zin (Karamunting), Assaffal P Alian (Tungku), Norazlinah Arif (Kunak) dan Jamil Hamzah (Bugaya).

Sebelum itu, timbul spekulasi bahawa terdapat beberapa pihak tertentu cuba mengumpul akuan bersumpah (SD) untuk menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut timbul khabar angin bahawa Warisan dan Barisan Nasional (BN) bakal menubuhkan kerajaan baharu dan difahamkan dalam masa sama satu mesyuarat turut diadakan di bangunan UMNO di sini pada petang Khamis.

Setakat ini, Warisan mempunyai seramai 19 ADUN manakala BN mempunyai 17 ADUN termasuk dua ADUN dilantik.

BACA JUGA:

”UMNO Bahagian Arau digantung selepas melanggar perlembagaan parti” – Isham Jalil

0

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini menggantung UMNO Bahagian Arau selepas melanggar perlembagaan parti, kata Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Beliau berkata, MT UMNO akan melantik ketua pentadbir bagi bahagian itu secepat mungkin.

“Kita akan lantik ketua pentadbir secepat mungkin. Senarai calon itu akan dibincangkan…keputusan Majlis Tertinggi adalah menggantung mereka atas sebab-sebab disiplin melanggar Perlembagaan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO bagi bulan Januari yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini malam ini.

Ketua UMNO Bahagian Arau sebelum ini, Datuk Seri Shahidan Kassim dan isterinya, yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian itu Datin Seri Shamsiah Yassin dilucutkan keahlian UMNO selepas melanggar perlembagaan parti.

Dalam pada itu, beliau berkata penggantungan keahlian bekas ahli MT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini selepas rayuannya ditolak.

“Ada rayuan daripada Datuk Tajuddin…hari itu dia digantung jadi rayuan dia telah ditolak. Penggantungan berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Pada 2 Oktober tahun lepas, media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi akaun Twitternya berkata perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat MT malam tadi adalah berhubung perincian jadual Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Januari ini.

Beliau berkata, taklimat Presiden akan diadakan pada 2.30 petang, 11 Januari di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

BACA JUGA:

GRS bersedia membuktikan keabsahan sekiranya perlu

0

KOTA KINABALU – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedia untuk membuktikan keabsahan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada pihak berwajib jika diperlukan.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat dakwaan oleh pihak tertentu kononnya memperoleh sokongan lebih daripada separuh ADUN Sabah yang membolehkan kumpulan itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

“Sebagai makluman, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin kerajaan negeri yang ada sekarang. Mereka termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah.

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa suasana politik di Sabah ketika ini kekal stabil.

“Kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,” katanya.

Sistem perlindungan kanak-kanak perlu dibaiki – Permaisuri Johor

0

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor mendesak kerajaan Persekutuan agar meneliti dan memperbaiki kelemahan sistem pihak berkuasa berkaitan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di negara ini.

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, kelemahan itu menyebabkan kurangnya keyakinan masyarakat awam terhadap kemampuan pihak berkuasa sama ada tindakan susulan dibuat berkesan atau tidak dalam memastikan persekitaran yang sebaiknya bagi melindungi mangsa.

“Di manakah kelemahan di dalam sistem kita sehingga penderaan yang begitu dahsyat seperti kes Allahyarham Lokman boleh berlaku. Mungkin ada pelbagai faktor, namun di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak berkuasa bagi memperbaiki situasi ini.

“Mungkin ramai dalam kalangan rakyat tidak menyedari saluran yang sepatutnya mereka gunakan dalam kes-kes melibatkan kanak-kanak.

“Terdapat juga isu defisit kepercayaan terhadap keberkesanan laporan yang diutarakan kepada pihak berkuasa, sama ada tindakan susulan mereka berkesan atau tidak dalam memastikan persekitaran yang sebaiknya bagi melindungi mangsa,” titah baginda.

BACA JUGA:

Rizalman mencadangkan suara perwakilan akar umbi perlu dipertimbangkan

0

SHAH ALAM – Sebarang sekatan atau halangan untuk jawatan tertinggi dalam UMNO untuk dipertandingkan, akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Beliau berkata, dalam isu pemilihan presiden dan timbalan presiden, ia patut diserahkan kepada mereka bagi menentukan pemimpin yang dirasakan mampu untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat.

“Ada cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

“UMNO seharusnya kembali kepada peraturan dan perlembagan parti yang telah disusun baik berkaitan kaedah dan tempoh masa untuk pemilihan pelbagai jawatan di semua peringkat.

“Membenarkan jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan bukan bermakna sudah ada pemimpin yang akan mencabar kedua-dua pemegang jawatan sedia ada, mungkin juga tiada yang ingin mencabar cuma hanya bersifat spekulasi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Rizalman, jika ada pihak yang mahu bertanding jawatan presiden, maka ia peluang baik kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuktikan dirinya mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui UMNO.

“Seterusnya membolehkan beliau terus melakukan program tranformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang.

“Justeru, biarkan ahli akar umbi menentukan siapa yang layak memimpin parti. Secara peribadi saya yakin ahli akar umbi sangat matang dalam membuat keputusan dan akan meletakkan kepentingan parti mengatasi kemahuan individu,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau terbuka untuk menerima sesiapa jua yang ingin merebut jawatan yang disandangnya kini.

“Ini merupakan demokrasi yang dibenarkan dan semua pihak perlu menghormati proses ini,” jelasnya.

BACA JUGA:

Isu Sebatik bukan soal hilang tanah tetapi realiti rundingan sempadan negara

Laporan media dari seberang yang memetik kenyataan Ketua Staf Presiden, M. Qodari, mengenai dakwaan bahawa sekitar 127.3 hektar kawasan di Pulau Sebatik kini menjadi milik Indonesia telah mencetuskan kebimbangan awam, khususnya dalam kalangan rakyat Sabah. Naratif yang tersebar dengan pantas itu memberi gambaran seolah-olah berlaku penyerahan wilayah Malaysia kepada negara jiran, sekali gus menyentuh isu sensitif berkaitan kedaulatan negara dan maruah negeri.

Namun, penjelasan rasmi daripada Ketua Menteri Sabah dan kerajaan Persekutuan menunjukkan gambaran sebenar jauh lebih kompleks daripada apa yang dilaporkan secara ringkas oleh sebahagian media. YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan, serta menolak tanggapan bahawa telah berlaku penyerahan wilayah Sabah kepada negara lain. Menurut beliau, isu Pulau Sebatik sebenarnya melibatkan proses penyelarasan sempadan yang telah lama berjalan dan masih berada dalam kerangka rundingan teknikal antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Pada masa yang sama, kerajaan Persekutuan melalui Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan bahawa perubahan jajaran sempadan dibuat berdasarkan rekod rasmi, perjanjian sedia ada dan verifikasi teknikal, termasuk berasaskan Boundary Convention 1891. Beliau menekankan bahawa ia bukan keputusan sepihak atau penyerahan wilayah, sebaliknya hasil rundingan dua hala yang berterusan antara kedua-dua negara.

Apa yang berlaku bukan sekadar isu fakta, tetapi isu bagaimana fakta itu difahami, ditafsir dan akhirnya membentuk persepsi awam.

Isu Sebatik perlu dibaca dalam tiga lapis

Untuk memahami isu ini secara adil, ia perlu dilihat dalam tiga lapis yang berbeza tetapi saling bertindih.

Lapis pertama ialah naratif media yang membentuk persepsi awal. Dalam era digital, maklumat bergerak pantas dan sering dipetik secara ringkas tanpa konteks penuh. Apa yang tular selalunya adalah versi paling mudah difahami, tetapi tidak semestinya paling tepat.

Lapis kedua ialah fakta teknikal persempadanan. Ini melibatkan dokumen sejarah, koordinat geografi, kerja ukur lapangan serta rundingan yang mengambil masa bertahun-tahun. Ia kompleks, bersifat teknikal dan tidak mudah diterjemahkan kepada bahasa awam.

Lapis ketiga ialah implikasi politik dan perlembagaan. Di sinilah isu menjadi sensitif kerana ia menyentuh soal kedaulatan, hak negeri dan hubungan antara Sabah dan Persekutuan.

Apabila ketiga-tiga lapis ini bercampur tanpa penjelasan yang jelas, ruang untuk salah faham menjadi sangat besar. Hasilnya, naratif mudah seperti “Sabah hilang tanah” menjadi dominan walaupun tidak menggambarkan keseluruhan realiti.

Naratif awal yang emosional mencetuskan polemik

Polemik ini tercetus apabila angka sekitar 127.3 hektar di Pulau Sebatik disebut sebagai telah menjadi milik Indonesia.

Dalam komunikasi politik, angka mempunyai kuasa. Apabila dikaitkan dengan isu kedaulatan, ia mudah mencetuskan emosi dan membentuk persepsi kehilangan. Tanpa konteks rundingan yang lebih luas, angka ini terus diterjemahkan sebagai bukti bahawa Malaysia telah berundur dalam mempertahankan wilayahnya.

Di sinilah kelemahan utama dalam perbincangan awam. Fakta yang tidak lengkap sering kali menghasilkan kesimpulan yang tidak seimbang. Dalam isu sempadan, konteks adalah segala-galanya. Tanpa konteks, fakta boleh menjadi mengelirukan.

Realignment sempadan bukan penyerahan wilayah

Daripada sudut rasmi, apa yang berlaku ialah realignment sempadan, bukan penyerahan wilayah.

Proses ini berpunca daripada ketidakselarasan antara garis sempadan dalam perjanjian lama dengan keadaan sebenar di lapangan. Dalam kes Pulau Sebatik, garis latitude 4°10′ Utara yang ditetapkan dalam perjanjian kolonial tidak semestinya selari sepenuhnya dengan realiti geografi hari ini.

Oleh itu, pembetulan dilakukan melalui kerja ukur dan rundingan bersama. Ini adalah amalan biasa dalam undang-undang antarabangsa apabila sempadan lama perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Istilah seperti demarcation, remeasurement dan final alignment menunjukkan bahawa ini adalah proses teknikal yang berasaskan data dan verifikasi, bukan keputusan politik yang dibuat secara sepihak.

Rundingan lebih luas menghasilkan imbangan kawasan

Apa yang kurang diberi perhatian ialah bahawa penyelarasan di Sebatik hanyalah sebahagian kecil daripada rundingan yang lebih luas antara Malaysia dan Indonesia.

Rundingan ini melibatkan beberapa kawasan lain, termasuk Sungai Sinapad dan Sungai Sesai, dan perlu dilihat sebagai satu pakej keseluruhan. Dalam pakej ini, Malaysia memperoleh keuntungan bersih dari segi keluasan kawasan.

Ini menunjukkan bahawa rundingan tersebut bersifat timbal balik dan berasaskan imbangan. Ia bukan soal satu pihak menang dan satu pihak kalah, tetapi soal mencapai penyelesaian yang praktikal dan diterima bersama.

Namun, dari sudut persepsi, konsep “keuntungan bersih” tidak semestinya meyakinkan rakyat, khususnya apabila perubahan berlaku di kawasan yang dekat dengan mereka.

Jurang antara naratif nasional dan sentimen Sabah

Di peringkat nasional, hujah bahawa Malaysia memperoleh keuntungan bersih mungkin mencukupi. Tetapi di Sabah, isu ini dilihat melalui lensa yang berbeza.

Rakyat Sabah tidak menilai isu ini berdasarkan jumlah keseluruhan negara, tetapi berdasarkan kesan langsung terhadap wilayah mereka. Pulau Sebatik mempunyai nilai simbolik yang tinggi sebagai sempadan negara.

Dalam konteks ini, walaupun perubahan kecil dari sudut teknikal, ia tetap membawa makna besar dari sudut emosi dan identiti. Ini menjelaskan mengapa kebimbangan rakyat tidak boleh dianggap sebagai reaksi berlebihan.

Kenyataan duta Indonesia membuka dimensi baharu

Kenyataan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia Iman Hascarya Kusumo yang telah menafikan bahawa tapak seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik telah diserahkan kepada Indonesia dengan menyatakan bahawa kawasan tersebut masih “grey area” memberikan dimensi baharu kepada isu ini.

Ia menunjukkan bahawa rundingan masih belum dimuktamadkan dan dakwaan awal bahawa kawasan tersebut telah menjadi milik Indonesia tidak sepenuhnya tepat.

Ini juga mendedahkan jurang antara laporan media dengan realiti diplomatik. Dalam diplomasi, kenyataan biasanya lebih berhati-hati dan tidak mutlak, berbeza dengan laporan media yang cenderung kepada kesimpulan yang lebih tegas.

Dimensi perlembagaan dan legitimasi negeri

Isu ini turut menyentuh aspek perlembagaan kerana perubahan sempadan negeri memerlukan proses yang sah dan melibatkan persetujuan negeri.

Walaupun kerajaan menyatakan Sabah terlibat dalam rundingan, persoalan sebenar ialah sejauh mana penglibatan itu difahami dan diyakini oleh rakyat.

Ketelusan menjadi kunci. Tanpa penjelasan yang jelas, keputusan yang sah dari sudut undang-undang masih boleh dipersoalkan dari sudut politik.

Dalam konteks ini, perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah boleh menjadi platform penting untuk memperkukuh legitimasi.

Implikasi politik kepada Sabah

Isu Sebatik tidak boleh dipisahkan daripada konteks politik Sabah yang lebih luas. Ia berkait dengan sentimen hak negeri dan semangat Malaysia Agreement 1963.

Ia juga menjadi ukuran kepada sejauh mana Sabah dilibatkan dalam keputusan strategik negara.

Pendekatan defensif semata-mata tidak mencukupi. Kerajaan perlu membina naratif yang menyeluruh, menjelaskan proses, rasional dan kepentingan Sabah dalam rundingan tersebut. Tanpa naratif yang jelas, isu ini mudah dimanipulasi dalam ruang politik.

Apa yang perlu difahami oleh rakyat

Secara seimbang, beberapa perkara perlu difahami.

Pertama, tidak tepat untuk mengatakan Malaysia kehilangan wilayah secara sepihak.
Kedua, perubahan yang berlaku adalah sebahagian daripada penyelesaian yang lebih luas.
Ketiga, isu sebenar ialah keyakinan terhadap proses dan ketelusan keputusan.

Dalam isu seperti ini, kepercayaan awam adalah faktor paling penting.

Kesimpulan

Isu Sebatik bukan sekadar soal keluasan tanah. Ia adalah ujian kepada keupayaan negara mengurus sempadan, mengimbangi diplomasi dan sensitiviti wilayah, serta membina keyakinan rakyat melalui ketelusan dan komunikasi yang berkesan.

Dalam konteks Sabah, ia menjadi peringatan bahawa kekuatan Persekutuan tidak hanya bergantung kepada keputusan yang dibuat, tetapi juga kepada sejauh mana keputusan itu difahami dan diterima oleh negeri yang terlibat.

TERAJU Lancar Dana Baharu Percepat Syarikat Bumiputera Sabah

0



KOTA KINABALU – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperkenalkan satu dana baharu dikenali sebagai Bumiputera Sabah and Sarawak Scale-Up Fund (BSSF) bagi mempercepatkan pertumbuhan syarikat Bumiputera di Sabah.

Dana ini bertujuan membantu syarikat tempatan berkembang ke tahap lebih tinggi melalui sokongan pembiayaan yang fleksibel serta mekanisme jaminan bagi meningkatkan akses kepada modal. Fokus utama adalah kepada sektor pertumbuhan bernilai tinggi yang berpotensi menjana impak ekonomi besar.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Junady Nawawi berkata, pelaksanaan dana ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi tidak hanya tertumpu di Lembah Klang, sebaliknya turut memberi manfaat kepada negeri seperti Sabah.

Menurut beliau, dana ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi bertindak sebagai pemangkin strategik bagi membolehkan syarikat berkembang dengan lebih pantas dan berdaya saing.

Dalam konteks Sabah, pelaksanaan dana ini turut diselaraskan dengan agenda pembangunan negeri di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, yang menekankan pertumbuhan ekonomi mampan dan inklusif.

Sabah dikenal pasti mempunyai potensi besar khususnya dalam sektor ekonomi biru seperti perikanan moden, akuakultur bernilai tinggi dan logistik maritim. Potensi ini dianggarkan mampu menjana hasil sehingga ratusan ribu tan metrik dengan nilai berbilion ringgit setiap tahun.

Melalui pelaksanaan BSSF, TERAJU menyasarkan sekurang-kurangnya 100 syarikat pemula (startup) akan menerima manfaat secara langsung. Inisiatif ini dijangka mewujudkan sekitar 500 peluang pekerjaan berkualiti tinggi di Sabah.

Selain itu, TERAJU turut menetapkan sasaran untuk melahirkan antara lima hingga sepuluh syarikat berskala besar dari Sabah yang berpotensi disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam masa sama, usahawan tempatan digalakkan untuk mengubah pendekatan perniagaan dengan beralih daripada persaingan kepada kerjasama strategik termasuk penggabungan dan pengambilalihan bagi mengukuhkan kedudukan dalam pasaran.

TERAJU turut menekankan bahawa kejayaan inisiatif ini bergantung kepada kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam membina ekosistem ekonomi yang lebih kukuh dan inklusif.

PETRONAS runding beli minyak dengan Rusia bagi jamin bekalan negara

0

KOTA BHARU, 18 April 2026 – PETRONAS dibenarkan untuk mengadakan rundingan dengan Rusia bagi mendapatkan bekalan minyak sebagai langkah memastikan keperluan tenaga negara terus mencukupi.


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut merupakan pendekatan proaktif dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global ketika ini. Menurut beliau, banyak negara termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat yang sebelum ini mengenakan sekatan terhadap Rusia kini kembali mendapatkan bekalan minyak daripada negara tersebut susulan keperluan ekonomi yang mendesak.


“Hubungan kita dengan Rusia masih baik, jadi dalam keadaan semasa, pasukan PETRONAS boleh berunding bagi memenuhi sebahagian keperluan negara sebagai rakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.


Beliau turut menjelaskan bahawa ketegangan geopolitik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Eropah memberi kesan langsung kepada sistem pengangkutan global serta harga minyak dunia. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kos tenaga, malah turut memberi impak kepada bekalan baja yang penting untuk sektor pertanian negara.


Dalam perkembangan berkaitan, sebuah kapal minyak milik PETRONAS dilaporkan telah selamat tiba di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor, sekali gus membantu memastikan proses penapisan minyak negara berjalan lancar.


Langkah rundingan dengan Rusia dilihat sebagai sebahagian strategi Malaysia untuk memastikan kestabilan bekalan tenaga, khususnya ketika laluan utama perdagangan minyak global seperti Selat Hormuz berdepan ketidaktentuan. Pendekatan ini mencerminkan usaha kerajaan untuk menyeimbangkan keperluan ekonomi domestik dengan realiti geopolitik semasa.

PETRONAS Terima Sejuta Tong Minyak Mentah Dari Iraq Melalui Kapal Ocean Thunder

0

Kuala Lumpur – Petroliam Nasional Berhad mengesahkan ketibaan kapal tangki Ocean Thunder yang membawa satu juta tong minyak mentah dari Basrah, Iraq, ke Malaysia pada Sabtu.
Penghantaran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat tersebut dalam memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil dan mencukupi.


Menurut kenyataan PETRONAS, kira-kira 38 peratus import minyak mentah Malaysia melalui laluan strategik Selat Hormuz. Justeru, kepelbagaian sumber bekalan menjadi faktor penting dalam menjamin kelangsungan tenaga negara.
Melalui rangkaian bekalan globalnya, PETRONAS memaklumkan bahawa stok bahan api di seluruh negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga akhir Jun 2026.


Satu juta tong minyak mentah yang dibawa dari Basrah itu dianggarkan mampu menghasilkan kira-kira 159 juta liter produk petroleum. Daripada jumlah tersebut, sekitar 62 hingga 64 juta liter adalah diesel, manakala 45 hingga 48 juta liter merupakan petrol.
Selain itu, penghantaran tersebut juga berpotensi menghasilkan antara 22 hingga 24 juta liter bahan api penerbangan, lima hingga enam juta liter gas petroleum cecair (LPG), serta 18 hingga 25 juta liter produk petroleum lain.


Berdasarkan data Wood Mackenzie bagi tahun 2025, penggunaan bahan api di Malaysia dianggarkan sekitar 112 juta liter sehari. Ini merangkumi kira-kira 34 juta liter diesel, 46 juta liter petrol, 12 juta liter bahan api penerbangan dan 20 juta liter LPG.


Ketibaan Ocean Thunder ini memperlihatkan kepentingan rantaian bekalan tenaga global serta kebergantungan Malaysia kepada sumber import dalam memastikan kestabilan bekalan domestik.

OSTEX EAST 1/26 Perkukuh Kesiapsiagaan TLDM Hadapi Cabaran Maritim

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur telah melaksanakan Operational Sea Training Exercise East (OSTEX EAST) 1/26 dari 7 hingga 16 April 2026 dalam bentuk latihan medan atau Field Training Exercise (FTX) sebagai persediaan menghadapi eksesais lebih besar akan datang.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Armada Timur Sabah, latihan ini disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Ivan Mario Andrew yang mewakili Panglima Armada Timur, selain menjadi platform awal ke arah Eksesais KERISMAS 29/26 yang dijadual berlangsung pada Julai hingga Ogos depan.

GAMBAR KREDIT KEPADA PEMILIK ASAL

Sepanjang 10 hari pelaksanaan, latihan berlangsung di beberapa lokasi strategik termasuk Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan perairan Laut China Selatan, melibatkan enam kapal TLDM, pesawat AW139, sistem tanpa pemandu Scan Eagle serta dua Fast Combat Boat. Latihan ini turut disokong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui penglibatan pesawat CN-235, helikopter EC725 dan pesawat pejuang Hawk.

Eksesais ini dilaksanakan berasaskan senario operasi sebenar bagi meningkatkan kesiapsiagaan, kecekapan tempur serta keupayaan membuat keputusan dalam situasi mencabar. Sepanjang latihan, tiada sebarang insiden dilaporkan, sekali gus mencerminkan tahap disiplin dan profesionalisme tinggi dalam kalangan anggota TLDM.

Panglima Wilayah Laut 2 menzahirkan penghargaan kepada semua warga TLDM atas komitmen yang ditunjukkan, sambil menegaskan bahawa latihan ini berjaya memperkukuh koordinasi aset dan keupayaan operasi secara keseluruhan. Penglibatan pegawai muda turut diberi perhatian sebagai usaha membina kepimpinan masa hadapan, selain menghargai kerjasama TUDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang memperkukuh aspek kerjasama antara agensi dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim.

Pada pandangan saya, pelaksanaan latihan seperti ini membuktikan komitmen berterusan pasukan keselamatan negara dalam memastikan kedaulatan perairan sentiasa terpelihara. Keupayaan koordinasi antara agensi serta penekanan kepada pembangunan pegawai muda adalah langkah strategik yang wajar diteruskan bagi memastikan Malaysia sentiasa bersedia menghadapi ancaman maritim yang semakin kompleks.

Kerjasama Pusat–Negeri Perkukuh Pembangunan Ummah, USIA Pacu TVET Tahfiz di Sabah

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad, menzahirkan rasa syukur terhadap hubungan erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah yang terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan ummah.

Menurut beliau, kerjasama strategik itu bukan sahaja menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi rakyat, malah turut membuka peluang lebih luas dalam memperluaskan inisiatif pendidikan berteraskan Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, USIA komited untuk memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi muda, khususnya lepasan tahfiz dan pondok melalui penubuhan Kolej Kemahiran Islam yang bakal melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz di Sabah.

Program berkenaan menggabungkan kemahiran teknikal bersama pengajian al-Quran sebagai usaha melahirkan modal insan yang seimbang, berdaya saing serta memiliki nilai akhlak yang tinggi.

Pada pandangan saya, pendekatan ini sangat tepat pada masanya kerana ia bukan sahaja memperkasa pendidikan Islam, malah memastikan golongan lepasan tahfiz mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas dan relevan dengan keperluan semasa. Inisiatif seperti TVET Tahfiz ini wajar diperluaskan kerana ia mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu agama, tetapi juga mahir dalam bidang teknikal sekali gus menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Harga Minyak Mentah Global: Nampak Tenang, Sebenarnya Masih Berombak

0
Gambar Kredit : Pemilik Asal

Harga minyak mentah global kekal di bawah AS$100 setong, namun keadaan ini bersifat sementara dan dipengaruhi oleh sentimen pasaran susulan perkembangan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Iran yang meredakan ketegangan di Selat Hormuz. Walaupun harga Brent dan WTI menunjukkan peningkatan sederhana, pakar ekonomi menegaskan bahawa penurunan harga semasa bukan perubahan struktur, sebaliknya hanya pelarasan daripada keadaan panik sebelum ini.

Risiko lonjakan harga masih wujud kerana faktor utama seperti sekatan perdagangan, gangguan bekalan dan ketidakpastian geopolitik belum diselesaikan sepenuhnya. IMF turut memberi amaran bahawa konflik berpanjangan boleh menjejaskan pertumbuhan global. Bagi Malaysia, kesan kepada ringgit adalah bercampur. Harga minyak tinggi menyokong mata wang, tetapi penurunan harga akibat reda konflik boleh mengurangkan sokongan tersebut, walaupun asas ekonomi negara masih kukuh.

Situasi harga minyak global ketika ini masih dilihat sebagai masih tidak stabil dan bergantung sepenuhnya kepada perkembangan geopolitik, bukannya kekuatan sebenar pasaran. Penurunan harga di bawah paras AS$100 tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda keadaan sudah pulih. Sebaliknya, ia lebih kepada reaksi sementara pasaran terhadap perkembangan diplomatik yang masih belum memberi jaminan penyelesaian jangka panjang.

Risiko sebenar masih tinggi. Selagi isu asas seperti gangguan bekalan, sekatan perdagangan dan ketegangan di laluan strategik seperti Selat Hormuz belum benar-benar diselesaikan, pasaran akan terus terdedah kepada turun naik yang mendadak. Ini bermakna lonjakan harga boleh berlaku semula pada bila-bila masa.

Dalam konteks Malaysia, kedudukan sebagai pengeksport tenaga memberi sedikit kelebihan apabila harga minyak tinggi. Namun kebergantungan kepada faktor luaran juga membawa risiko. Apabila harga minyak turun kerana faktor geopolitik reda, sokongan kepada ringgit turut berkurang. Ini menunjukkan bahawa kestabilan ekonomi tidak boleh hanya bergantung kepada harga komoditi semata-mata.

Situasi ini menuntut dilihat sebagai pendekatan yang lebih berhati-hati dalam perancangan ekonomi negara. Ketidaktentuan global perlu diimbangi dengan pengukuhan asas domestik, termasuk kepelbagaian sumber ekonomi dan daya tahan terhadap kejutan luar.

Secara keseluruhan, keadaan pasaran minyak global masih rapuh dan belum stabil sepenuhnya. Penurunan harga ketika ini bukan petunjuk jangka panjang, dan risiko lonjakan semula kekal tinggi. Apa yang penting ialah kesiapsiagaan. Bukan hanya menunggu keadaan stabil, tetapi memastikan ekonomi negara cukup kukuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan pasaran global.

Projek Tingkatkan Kualiti Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah: Bernilai RM4.06 bilion

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup. 
Gambar Kredit : Foto BERNAMA

Pelaksanaan 83 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bernilai RM4.06 bilion dijangka memberi impak besar kepada kualiti hidup penduduk luar bandar di Sabah, khususnya dalam menyediakan akses air bersih yang lebih mampan.

Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menyifatkan projek ini sebagai pelaburan penting untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan pedalaman, di samping menegaskan bahawa hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan menjadi faktor utama kejayaan pelaksanaannya.

Barisan Nasional (BN) Sabah turut memberi komitmen untuk memantau projek ini agar manfaatnya sampai kepada rakyat, selain melihat penyerahan projek kepada kerajaan negeri sebagai bukti kesungguhan dalam merealisasikan agenda pembangunan.

Pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar ini dapat dilihat sebagai satu keperluan asas yang sudah lama dinantikan oleh rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalaman. Akses kepada air bersih bukan sekadar kemudahan, tetapi asas kepada kehidupan yang berkualiti. Tanpa bekalan air yang stabil, sukar untuk meningkatkan taraf kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Dalam konteks ini, peruntukan besar yang diumumkan menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu infrastruktur asas. Namun, cabaran sebenar bukan pada jumlah peruntukan, tetapi pada pelaksanaan di lapangan. Projek berskala besar seperti ini memerlukan pemantauan rapi bagi mengelakkan kelewatan, pembaziran dan ketirisan.

Kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan memang penting dalam memastikan projek seperti ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tanpa penyelarasan yang baik, usaha pembangunan akan menjadi perlahan dan tidak memberi impak maksimum kepada rakyat.

Dalam masa yang sama, penekanan terhadap pemantauan juga merupakan satu perkara yang sangat penting. Rakyat bukan hanya mahu mendengar pengumuman projek, tetapi mahu melihat hasilnya iaitu air bersih sampai ke rumah, bukan sekadar di atas kertas.

Secara keseluruhan, pelaksanaan projek BALB ini sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan luar bandar Sabah perlu disambut dengan baik. Namun, kejayaan sebenar bergantung kepada pelaksanaan yang cekap, pemantauan berterusan dan komitmen semua pihak untuk memastikan setiap projek benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Malaysia Sambut Baik Pendirian Australia, Tegas Sokong Penyelesaian Adil untuk Palestin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pendirian Australia yang menggesa penamatan permusuhan di Gaza serta menyokong penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

GAMBAR KREDIT KEPADA PEMILIK ASAL

Beliau menyifatkan pendirian tersebut sebagai satu langkah penting ke arah mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, sambil menegaskan Malaysia menghargai usaha berkenaan dalam meredakan konflik yang berlarutan.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam sidang media bersama rakan sejawatnya, Anthony Albanese, di sini, dengan menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat walaupun keganasan masih berlaku di Gaza dan Tebing Barat.

Menurut Anwar, gencatan senjata yang dilaksanakan setakat ini masih belum memberikan kelegaan sewajarnya kepada rakyat awam, malah penderitaan terus berlanjutan meskipun usaha diplomatik sedang giat dijalankan di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menegaskan bahawa dunia tidak boleh memandang sepi terhadap situasi tersebut, sebaliknya penyelesaian politik yang adil dan berkekalan perlu segera direalisasikan, selain menghargai komitmen Australia dalam memperkukuh hubungan dua hala dan dialog berterusan menjelang mesyuarat pemimpin akan datang.

Pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin menunjukkan konsistensi negara dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat. Dalam keadaan dunia yang semakin kompleks, suara seperti ini penting untuk memastikan isu Palestin terus diberi perhatian dan tidak dipinggirkan di pentas antarabangsa.

Dari Borneo ke Pentas Nasional: Sabah Dipilih Hos MDEF26

KOTA KINABALU: Sabah bakal mencipta sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah Forum Ekonomi Digital Malaysia ke-10 2026 (MDEF26), menjadikannya penganjuran pertama acara berprestij peringkat kebangsaan itu diadakan di luar ibu negara.

Forum yang dijadual berlangsung pada 11 Ogos 2026 itu akan dianjurkan oleh Malaysia Digital Chamber of Commerce (MDCC) Cawangan Sabah dengan kerjasama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), sekali gus memperkukuh peranan negeri ini dalam landskap ekonomi digital negara.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Emeritus MDCC, Dr Chris Daniel Wong selepas mengetuai delegasi MDCC Sabah dalam kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Operasi SMJ, Ramlee Kariah. Menurut beliau, pemilihan Sabah mencerminkan keyakinan terhadap potensi besar negeri ini dalam menjana peluang perniagaan berasaskan ekonomi digital.

Tambahnya, forum berkenaan bertujuan memperkukuh kedudukan Sabah sebagai pemain utama ekonomi digital Malaysia, selain mempromosikan rangka kerja Ekonomi Biru serta mempercepat penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dalam sektor utama termasuk PKS, logistik, pelancongan, maritim dan pertanian.

Dalam masa sama, forum itu dijangka menarik penyertaan delegasi antarabangsa bagi merancakkan pelaburan rentas sempadan dan kerjasama serantau ASEAN. Ramlee turut menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran ini selaras dengan agenda SMJ yang menekankan pendigitalan, inovasi dan pembangunan mampan, selain merasmikan pelancaran laman Facebook MDCC Sabah sebagai medium penghubung komuniti perniagaan.

Pemilihan Sabah sebagai tuan rumah MDEF26 bukan sekadar simbolik, tetapi bukti jelas bahawa negeri ini semakin diiktiraf di peringkat nasional sebagai hab baharu ekonomi digital. Dengan perancangan yang konsisten di bawah SMJ, Sabah kini berada di landasan tepat untuk menarik lebih banyak pelaburan dan membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Lahirul Latigu
Datuk Lahirul Latigu merupakan Pengerusi Parti AMANAH Negeri Sabah yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kajian terhadap pendidikan Islam di Sabah. Beliau juga, beliau aktif dalam pembangunan pendidikan, komuniti dan NGO, dengan fokus kepada pembinaan nilai, kepimpinan dan kesejahteraan masyarakat. Melalui platform penulisan, beliau berkongsi pandangan dan analisis berteraskan nilai.
0FansLike
0FollowersFollow
3,911FollowersFollow