Pastikan ada kerajaan yang kukuh, serta pembangkang yang kukuh – Jahaberdeen

Date:

Share post:

SHAH ALAM – Penyatuan antara semua parti politik di dalam negara tidak memberikan jaminan bahawa ia berupaya untuk memberikan kebaikan kepada rakyat.

Pengasas Pergerakan Rapera, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, situasi tersebut sekiranya berlaku dilihat hanya memberikan keselesaan kepada ahli politik dan bukannya pengundi di Malaysia.

“Saya percaya kalau semua orang politik bersatu, yang akan merana ialah rakyat. Saya selalu beritahu rakan-rakan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pastikan kita ada kerajaan yang kukuh dan pada masa sama pembangkang yang kukuh.

Jahaberdeen ketika Wacana Sinar ke-379 bertajuk ‘Politik: Bergolak Tak Sudah’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.

“Jangan biarkan orang politik selesa sebabnya bila dia selesa, dia rasa dia serba tahu,” katanya ketika menjadi panelis ketika Wacana Sinar ke-379 bertajuk ‘Politik: Bergolak Tak Sudah’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Jahaberdeen turut berpandangan, pergolakan politik yang berlaku ketika ini termasuk ketika tempoh pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan waktu terbaik untuk membina kematangan politik rakyat Malaysia.

Jelasnya, perkembangan itu juga dilihat secara tidak langsung mengasah pemikiran masyarakat untuk menilai gelagat ahli politik masing-masing dengan lebih baik.

“Rakyat mula sedar bahawa orang politik itu pun adalah manusia. Selain itu, kerana sifat politik itu sendiri yang menyebabkan ramai orang politik rasa tidak mengapa cakap lain tapi buatnya lain.

“Tapi kini rakyat setidak-tidaknya mula untuk menilai orang politik apa yang mereka sumbang dan apa yang mereka lakukan berbanding kata-kata yang dikongsikan,” ujarnya.

BACA JUGA :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Sarawak akan muktamadkan perjanjian jual beli MASwings – Abang Johari

Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat

PM Anwar ajak orang ramai hadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi