PM Anwar saran wujud Kerajaan Perpaduan di Sabah

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR – Harus ada tempoh bertenang di Sabah, kata Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu turut mengakui telah menyarankan formula untuk menyelesaikan masalah di Sabah.

“Saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa harus ada tempoh bertenang. Jadi dalam keadaan bertenang ini pun masih ada perkara-perkara yang berlaku tetapi yang penting matlamat Perdana Menteri menyarankan diwujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah yang akan melibatkan semua parti-parti yang ada di peringkat pusat.

“Untuk Sabah tentunya tidak begitu sukar Kerajaan Perpaduan diwujudkan, soal penerimaan itu adalah aspek yang perlu kita santuni terlebih dahulu.

“Saya yakin rakyat Sabah tidak mahu pilihan raya negeri, ini bukan hanya memenatkan tetapi pada waktu yang sama membebankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Sesi Sembang Santai Bersama Media Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.

Ahmad Zahid berkata, demokrasi bukan hanya tentang pilihan raya semata-mata, sebaliknya kesepakatan antara parti-parti politik berhasrat memberi kesejahteraan kepada rakyat harus diterjemahkan dan dilaksanakan.

“Maka saya harap pembangunan dan kebajikan serta kemudahan rakyat harus diberi keutamaan dan jika politiking jadi agenda, saya yakin soal yang saya katakan tidak dapat diberi keutamaan.

“Saya minta semua pihak berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan hasrat Perdana Menteri untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah,” katanya.

BACA JUGA:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PM Anwar ajak orang ramai hadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah

Kos keseluruhan pampasan tanah Projek Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM2.53 bilion

Salah satu cabaran besar dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah pengambilan tanah terutamanya tanah di bawah hak milik adat