BANJUL: Konflik di Gaza dijangka mendominasi agenda perbincangan di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) di Gambia.
Presiden Gambia, Adama Barrow, yang juga Pengerusi OIC, tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Beliau menambah, Gambia akan kekal menyokong usaha Afrika Selatan untuk mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), susulan tindakan rejim itu di Gaza.
“Kami kekal bersolidariti dengan Afrika Selatan dan semua yang melaksanakan advokasi keadilan dan kebertanggungjawaban, kami ikrar sokongan kami terhadap usaha mereka untuk mendapatkan keadilan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel,” katanya.
Sidang OIC pada Ahad dijangka akan menerima pakai resolusi berhubung konflik Gaza dan kes Rohingya.
Gambia sebelum ini memfailkan kes terhadap Myanmar bagi pihak OIC pada 2019 atas dakwaan negara itu mencabul Konvensyen Genosid berhubung layanan terhadap pelarian Rohingya.
Kes berkenaan masih kekal di ICC sehingga kini.