Iran ingin kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pertanian –

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan Iran berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian dan telah menghantar draf pertama kepada pihak kementerian.

Mohamad berkata, beliau amat yakin dan percaya bahawa MoU itu akan menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iran dalam bidang berkenaan.

“Saya amat gembira menantikan kerjasama ini terhasil kerana manfaat yang cukup besar akan dapat diberikan kepada kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Mohamad berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi dan delegasinya di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini, semalam.

Katanya, pada pertemuan berkenaan, beliau turut memaklumkan kepada Nasrabadi bahawa pihak kementerian melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) masih menunggu maklum balas positif daripada pihak Iran untuk kelulusan mengimport ayam Aria.

Beliau turut memohon kerjasama Nasrabadi untuk memudahkan urusan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Dr Masoud Pezeshkian atas kemenanganya pada pilihan raya baru-baru ini.

“Saya percaya hubungan erat yang sedia ada antara kedua-dua negara akan diteruskan di bawah kerajaan baharu ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjemput Nasrabadi dan delegasinya untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan berlangsung di Serdang, Selangor pada 11 hingga 22 Sept ini.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja selama lima hari

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami