Semua data murid sekolah awam dan swasta tidak tercicir daripada KPM

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa data murid sekolah awam mahupun swasta termasuk berkaitan skor Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tidak tercicir daripada kementerian itu, terutama bagi tujuan kemasukan ke universiti.

Beliau berkata walaupun ada isu berbangkit berkaitan perkara itu, namun KPM telah mengambil tindakan susulan dan komited memastikan semua markah PAJSK murid dapat dipenuhi dan tiada keciciran.

Fadhlina berkata dalam masa sama, KPM juga sedang menambah baik sistem pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan di luar kementerian itu.

“Inisiatif tindakan ini akan menambah baik kaedah pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM dengan menyediakan akses perekodan data PAJSK yang sama seperti sekolah bawah KPM.

“Selain itu, KPM juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyelaras data skor PAJSK agar isu ini tidak lagi berbangkit di masa hadapan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang ingin tahu sama ada prosedur terkait PAJSK berbeza bagi sekolah selain bawah KPM susulan masalah pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti pilihan pertama atau kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerana markah PAJSK kosong.

Fadhlina berkata laporan dan pengumpulan skor PAJSK murid sekolah selain di bawah pentadbiran KPM perlu dikemukakan secara offline melalui templat seragam yang disediakan KPM untuk dihantar kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPI) bagi tujuan tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menjawab soalan tambahan Wan Razali berhubung jumlah murid yang menerima tawaran kemasukan ke IPTA menerusi UPUonline, Fadhlina berkata berdasarkan data KPM setakat ini, seramai 4,710 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menerima tawaran penempatan di IPTA dengan 954 daripadanya ditawarkan tempat berdasarkan pilihan pertama permohonan mereka.

“Seramai 2,838 orang akan disenaraikan rayuan penempatan IPTA berdasarkan merit di dalamnya yang terkandung markah 10 peratus PAJSK,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Dewan Rakyat akan bincangkan tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025

memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan

Kerajaan akan memperluas TVET pastikan tenaga kerja mampu kendali teknologi canggih

Inilah cara Malaysia akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja mahir

Sasaran bina 500,000 unit Rumah Mampu Milik mencapai 89 peratus – KPKT

baki 56,741 unit RMM dijangka diselesaikan menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) ini

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Labuan

cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan