KPDN siasat segera pihak industri naik harga perkhidmatan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil serius terhadap beberapa kenyataan bahawa pihak industri akan menaikkan harga perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementerian akan membuat siasatan segera melibatkan kenyataan-kenyataan yang tular di media sosial mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 20

Katanya, siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan.

“KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu, Armizan berkata siasatan akan turut melibatkan industri seperti pembinaan memandangkan sejak dari dahulu sektor itu tidak layak menggunakan diesel subsidi.

“KPDN akan melaksanakan siasatan berhubung alasan mereka perlu menaikkan harga perkhidmatan termasuk siasatan kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini,” tegasnya lagi.

Dalam masa sama, Armizan memaklumkan sedang melaksanakan OPS KESAN 2.0 bermula 8 Jun lalu.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...