Kumpulan Kibing wujudkan 5000 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan RM7.2 bilion

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat Kibing Group iaitu SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd bagi memperluaskan pelaburannya di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini sekali gus menjadi bukti komitmen SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd untuk membina enam barisan pengeluaran kilang pembuatan kaca solar di Kimanis Papar.

Hajiji berkata, perkembangan terbaru itu membuktikan usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor perindustrian sememangnya berkesan.

Beliau menegaskan, inisiatif ‘Mesra Pelabur Sabah’ seperti yang digariskan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) meningkatkan keyakinan pelabur dalam menarik syarikat asing ke negeri ini serta mengembangkan pelaburan sedia ada.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berdedikasi untuk menyelaras dan memudahkan pelaburan itu bagi memastikan pelaksanaannya berjaya dan memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Pelaburan SBH Kibing New Solar Energy dianggarkan berjumlah RM7.2 bilion yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa, dan bakal mewujudkan sejumlah 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

Kumpulan Kibing melabur lebih RM3 bilion dalam kilang pemprosesan pasir silika dan kilang pembuatan kaca solar yang menjana 1,800 pekerjaan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Syarikat itu turut menambah barisan pengeluarannya yang ketiga kepada kemudahan sedia ada di KKIP yang mewakili pelaburan tambahan dengan anggaran bernilai RM700 juta serta mewujudkan kira-kira 600 peluang pekerjaan tambahan.

Kilang pembuatan SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd pada masa ini mengeluarkan 1,200 tan kaca solar setiap hari, yang akan digandakan kepada 2,400 tan sehari bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...