Bernas puji langkah proaktif kerajaan tangani kos sara hidup

Date:

Share post:

Shah Alam: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyambut baik keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan harga beras putih dan memuji langkah proaktif Kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup rakyat Malaysia.

Selaras dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam, Bernas mulai hari inimelaksanakan pelarasan harga jualan Beras Putih Import (BPI) di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik untuk memastikan berlakunya penurunan harga jualan BPI di antara RM2 hingga RM3 bagi setiap kampit 10 kilogram di peringkat runcit.

Bernas berkata, ia membuktikan komitmen Bernas dalam menjamin ketersediaan produk walaupun trend harga Beras Putih Import (BPI) masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas.

Menurutnya, Bernas bergerak seiring dengan pengumuman kerajaan dan kekal berdedikasi dalam memastikan bekalan beras yang mencukupi dan stabil untuk isi rumah di seluruh negara serta turut memuji langkah intervensi kerajaan dalam meningkatkan pengedaran beras putih tempatan.

“Bernas mengulangi pendiriannya untuk terus meyokong dan mendokong agenda keterjaminan makanan serta bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan pemain industri.

“Syarikat mengulangi komitmennya terhadap pelan jangka panjang KPKM, mengutamakan kebajikan pesawah dan mengekalkan kelestarian rantaian bekalan beras di dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kekal fokus dalam memenuhi obligasi sosialnya, Bernas mengurus stok penimbal dan beroperasi sebagai pembeli beras terakhir daripada pesawah dengan mengutamakan kepentingan negara walaupun berdepan dengan keadaan pasaran global yang tidak menentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja selama lima hari

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami