Kemaskini PADU elak kemungkinan tercicir bantuan dan subsidi

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Individu yang tidak mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) mungkin akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih mempunyai kaedah alternatif yang boleh digunakan melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam.

“Ini termasuk kerajaan negeri dan tempatan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang terdapat dalam Padu bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) ingi mengetahui adakah terdapat alternatif kepada individu yang tidak dapat mendaftar dalam Padu atas pelbagai sebab.

Shafizan juga ingin mengetahui sama ada terdapat jaminan mereka tidak akan ketinggalan dari mendapatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Hanifah berkata, sehingga 12 Mac 2024, Padu sudah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.

Katanya, ia termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40.

Katanya, sehingga 19 Mac 2024, hampir 6.03 juta atau 27.4 peratus warganegara dan penduduk tetap di Malaysia sudah mendaftar Padu.

Menurutnya, kerajaan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi pendaftaran dan mengemaskini Padu terutama untuk rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Ia seperti membuka kaunter Padu di pelbagai lokasi, antaranya di 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) serta 27 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RTC) serta pejabat kesihatan, pejabat khidmat parlimen dan Adun.

“Keduanya, membabitkan penghulu, ketua kampung, tuai rumah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) secara langsung bersama Jabatan Perangkaan Negeri bagi menjejaki kawasan penempatan yang sukar diakses.

“Ketiga, melaksanakan program bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri bagi mendekati Orang Asli,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...