Malaysia rugi RM823 juta angkara pencerobohan kapal nelayan asing – Mohamad Sabu

Date:

Share post:

Malaysia mengalami kerugian berjumlah RM823 juta akibat pencerobohan kapal nelayan asing, antara 2020 hingga 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dalam tempoh itu sebanyak 428 kes direkodkan oleh Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin.

Katanya, pecahan anggaran kerugian mengikut tahun adalah RM225.22 juta pada 2020 (117 kes), RM238.69 juta pada tahun 2021 (124 kes), RM200.19 juta pada tahun 2022 (104 kes) dan RM159.77 juta pada tahun 2023 (83 kes).

“Jumlah tangkapan kapal nelayan asing yang dibuat oleh Jabatan Perikanan bagi tempoh 2020 hingga 2023 adalah sebanyak tujuh kes (2020), lapan kes (2021), empat kes (2022).

“Pecahan tangkapan berdasarkan negara pula adalah sebanyak 18 kes tangkapan membabitkan kapal negara Vietnam dan satu kes vesel tanpa flagstat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) berhubung jumlah kerugian disebabkan pencerobohan nelayan asing di perairan negara bagi tempoh 2020-2023.

Mohamad berkata, kementerian memandang serius isu pencerobohan membabitkan aktiviti-aktiviti penangkapan ikan secara haram oleh vesel penangkapan ikan asing di perairan negara.

“Kementerian melalui DOF sentiasa bekerjasama dengan agensi penguakuatkuasaan yang lain dalam usaha menangani isu ini.

“Pencerobohan oleh nelayan asing adalah isu serius yang boleh menjejaskan kelestarian sumber daya perikanan tempatan dan mata pencarian nelayan tempatan serta kerugian kepada pendapatan negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PROBEST beri manfaat kepada 9,529 usahawan belia dalam sektor pertanian moden

program yang diperkenalkan sejak 2016 oleh KPKM itu merupakan kerjasama strategik Agrobank dengan beberapa universiti tempatan bertujuan bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian moden

Kerajaan terus komited tangani kos sara hidup – PM Anwar

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,”

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi