Jika tiada isu besar, PM Anwar akan teruskan dasar kerajaan terdahulu

Date:

Share post:

PETALING JAYA – Dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu akan diteruskan jika ia tidak dibelenggu oleh “isu besar”, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana penarikan balik dasar tertentu akan membawa kepada gangguan.

“Sebagai peraturan umum, pengumuman sebelumnya harus dihormati walaupun ada yang mungkin kami tidak bersetuju. Jika tidak, ia akan menyebabkan banyak gangguan,” katanya pada forum di Brunei Darussalam semalam.

Bagaimanapun, Anwar berkata dasar yang mengandungi “kepincangan serius” akan dikaji semula.

“Jika beberapa peruntukan melanggar prinsip asas tertentu, atau jika ia dilakukan melalui cara yang meragukan, saya tidak akan melakukannya (mengekalkan polisi),” katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin mengenai pengecualian tambahan cukai ke atas pendapatan asing.

Tahun lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan kelayakan pengecualian cukai tambahan bagi pembayar cukai dengan pendapatan dividen luar negara yang diterima semasa tinggal di Malaysia dari 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2026.

BACA JUGA :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Imigresen perkenalkan eSP bagi mentransformasi perkhidmatan ke arah digital – Saifuddin

Secara purata, 50 peratus daripada jumlah urus niaga di kaunter Pas Lawatan Sosial dan Ikhtisas di Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen adalah berkaitan permohonan pas khas dan hal ini mengakibatkan kesesakan

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Sarawak akan muktamadkan perjanjian jual beli MASwings – Abang Johari

Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat