Masidi dan Joachim bertukar portfolio selepas Rombakan Kabinet Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU – Beberapa menteri sedia ada dalam Kabinet Sabah bertukar portfolio dalam rombakan dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Antaranya, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang sebelum ini memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Industri, kini memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Beliau mengambil alih portfolio Datuk Masidi Manjun yang kini diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang sebelum ini Menteri Tugas-Tugas Khas kini dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala ADUN Sugut, Datuk James Ratib dinaikkan daripada Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Hanya Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, kekal dengan portfolio masing-masing.

Upacara pelantikan Kabinet baharu Sabah hari ini menyaksikan pelantikan ADUN Tanjung Keramat dari UMNO, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III (TKM) Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu.

Beliau yang sebelum ini adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat mengisi kekosongan ditinggalkan ADUN Lamag yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang digugurkan Hajiji.

Turut diumumkan Hajiji ialah pelantikan Presiden STAR Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri I menggantikan kedudukan Bung Moktar.

BACA JUGA :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Imigresen perkenalkan eSP bagi mentransformasi perkhidmatan ke arah digital – Saifuddin

Secara purata, 50 peratus daripada jumlah urus niaga di kaunter Pas Lawatan Sosial dan Ikhtisas di Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen adalah berkaitan permohonan pas khas dan hal ini mengakibatkan kesesakan

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Sarawak akan muktamadkan perjanjian jual beli MASwings – Abang Johari

Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat