ADUN PH Sabah mahu kestabilan politik, tidak sokong usaha tubuh Kerajaan pintu belakang

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendirian mahu memastikan kestabilan politik Sabah dan tidak mahu menyokong kerajaan yang dibentuk melalui pintu belakang.Adun-Adun PH Sabah itu ialah Datuk Christina Liew (Api-Api), Datuk Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).

“Kami memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang mengenai situasi semasa ini.

“Kami ingin memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020.“

Jika ada pihak yang mendakwa mendapat akuan bersumpah daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada November 2022 yang lepas.

“Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adun-Adun PH Sabah itu juga berpendirian tidak mahu menyokong Kerajaan yang dibentuk melalui pintu belakang.

“Sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu seharusnya berdasarkan agenda yang konstruktif dan polisi yang baik demi kepentingan rakyat Sabah.“

“Jika tidak, rakyat akan marah kerana ahli politik dilihat tamak kuasa dan rampas kuasa semata-mata,” kata kenyataan itu.

Berikut adalah kenyataan Rasmi tersebut;

Kenyataan Media Bersama ADUN-ADUN PH Sabah 5 Januari 2023 (Khamis)

1. Kami memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang mengenai situasi semasa ini.

2. Kami ingin memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020. Jika ada pihak yang mendakwa mendapat akuan bersumpah daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada November 2022 yang lepas.

3. Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.

4. Kami berpendirian tidak mahu menyokong Kerajaan yang dibentuk melalui pintu belakang.

5. Sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu seharusnya berdasarkan agenda yang konstruktif dan polisi yang baik demi kepentingan rakyat Sabah. Jika tidak, rakyat akan marah kerana ahli politik dilihat tamak kuasa dan rampas kuasa semata-mata.

YB Datuk Christina LiewADUN Api-Api

YB Datuk Fung Ming PoonADUN Tanjung Papat

YB Datuk Ewon BenedickADUN Kadamaian

YB Phoong Jin ZheADUN Luyang

YB Jannie LasimbangADUN Kapayan

YB Tan Lee FattADUN Likas

YB Peto GalimADUN Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Belanjawan 2025 peluang kerajaan untuk teruskan usaha reformasi ekonomi

Kerajaan telah memulakan langkah reformasi ini dengan memperkenalkan pendekatan berani, seperti pelaksanaan dasar pengapungan harga diesel, yang dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri