AMANAH Sabah sambut baik pelantikan pimpinan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Date:

Share post:

KOTA KINABALU (4 Dis ): Pelantikan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi satu peluang baik kepada negeri ini.

Pengerusi AMANAH Sabah Lahirul Latigu berkata, pihaknya menyambut baik pelantikan itu yang dilihat mampu membantu membangunkan sektor pertanian berskala kecil mahupun besar di Sabah.

“Kita juga menyambut baik pelantikan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup.

“Kita melihat pelantikan kedua-dua pimpinan AMANAH ini amat bermakna untuk Sabah kerana ia amat berkait rapat dengan sektor pertanian di negeri ini dilihat masih perlu dibantu untuk membangun.

“Selain itu, kita juga mahu melihat kos-kos sara hidup rakyat di negara kita dapat diringankan seterusnya memastikan kawalan bekalan makanan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lahirul yang sebelum ini bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Harapan di Parlimen Sipitang menganggap pelantikan itu sebagai satu pengharhaan kepada pari dan seluruh ahli AMANAH di seluruh negara.

Katanya, rakyat juga perlu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang dipilih bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Bahagian AMANAH Sipitang, Hasim Deris turut melahirkan rasa syukur dan yakin bahawa kedua-dua pelantikan pemimpin utama AMANAH ke dalam Kabinet adalah sesuatu yang tepat.

Beliau turut yakin AMANAH Sabah akan terus membawa isu-isu penting di Sipitang yang berkaitan dengan pertanian dan juga keperluan sara hidup.

Perkara sama turut disuarakan wakil AMANAH Penampang, Azami Bongsu yang melihat kawasan berkenaan masih perlu dibangunkan dari segi pertaniannya.

“Penampang mampu menjadi salah satu pengeluar produk pertanian unuk bekalan di negeri ini dan juga luar negeri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...