Perang yang melenyapkan akan terjadi jika Israel serang Lubnan

Date:

Share post:

TEHRAN: Iran memberi amaran bahawa semua barisan penentang, kumpulan Iran dan sekutu serantaunya akan berhadapan dengan Israel jika ia menyerang Lubnan.

Kenyataan itu dikeluarkan dari misi Iran ke New York ketika kebimbangan perang serantau yang lebih luas membabitkan Israel dan gerakan Hizbullah yang disokong Iran, Lubnan.

Ketika ini, kedua-dua pihak terbabit bertempur hampir setiap hari sejak perang di Gaza bermula.

Amaran itu dilihat semakin meningkat pada bulan ini, bersama-sama retorik pertengkaran daripada kedua-dua pihak.

Malah, rancangan tentera Israel untuk serangan Lubnan juga sudah “diluluskan dan disahkan”, hingga mendorong Hizbullah bertindak balas bahawa tiada seorang pun daripada Israel akan terhindar dalam konflik penuh.

Dalam catatan di platform media sosial X, misi Iran berkata, ia menganggap sebagai perang psikologi propaganda rejim Zionis tentang berhasrat untuk menyerang Lubnan.

“Tetapi sekiranya ia memulakan pencerobohan ketenteraan berskala penuh, perang yang melenyapkan akan berlaku.

“Semua pilihan, termasuk pembabitan penuh semua barisan penentangan, bersedia,” menurut misi Iran itu dalam X. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...