Bersatu akan bertanding dalam PRK DUN Nenggiri – Muhyiddin

Date:

Share post:

SUNGAI BAKAP – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meletakkan calonnya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos depan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu telah dibuat sebelum ini berikutan kerusi berkenaan memang milik Bersatu.

Menurutnya, kini pihaknya sedang mengenal pasti calon yang sesuai untuk ditampilkan pada PRK yang akan diadakan nanti.

“Kita telah aturkan dan mulakan gerak kerja di peringkat awal.

“Malah, apabila SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengumumkan tarikh untuk mengadakan PRK, kerja-kerja lain kita akan mula susun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas turun berkempen di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat di sini.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, pihaknya tidak boleh mengambil mudah PRK Nenggiri walaupun ia berlangsung di Kelantan.

“Walaupun ia di Kelantan dan nampaknya sokongan yang lepas pun agak baik, kita juga tidak boleh ambil mudah kerana ia adalah satu PRK, jadi mungkin pihak lain juga akan turun bekerja memenangkan calon mereka.

“Namun bagi kita, kita telah pun bersedia,” katanya lagi.

Pada Jumaat, SPR menetapkan PRK DUN Nenggiri, Kelantan diadakan pada 17 Ogos depan.

Ia berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...