PM Singapura tiba di Malaysia erat kerjasama kedua-dua negara

Date:

Share post:

SEPANG: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong tiba di Malaysia hari ini untuk memulakan lawatan kerja dua hari atas komitmen bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau tiba bersama delegasinya dengan menaiki pesawat komersial dan disambut Ketua Protokol Kementerian Luar, Mohd Aini Atan sejurus tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.50 malam ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Sejurus tiba, Wong diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja di bawah pimpinan Kapten Adam Azman.

Lawatan Wong adalah atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga lawatan ke luar negara pertamanya sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei lalu.

Wong ditemani isterinya, Loo Tze Lui; Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Negara bagi Perhubungan, Penerangan dan Kesihatan, Rahayu Mahzam.

Lawatan kerja Wong menekankan komitmen bersama Malaysia dan Singapura dalam mengukuhkan hubungan yang lama terjalin dan sebagai persediaan bagi sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin yang akan dianjurkan oleh Malaysia akhir tahun ini.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri Singapura itu dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar untuk membincangkan usaha-usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Wong juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 2023, Malaysia dan Singapura masing-masing rakan dagang kedua terbesar di peringkat global serta terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM363.13 bilion (AS$ 79.60 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan