AMK cadangkan anak muda sebagai calon PRK Sungai Bakap

Date:

Share post:

BUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mencadangkan beberapa nama calon berpotensi yang dapat mewakili suara golongan muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan datang.

Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata satu mesyuarat khusus antara AMK dan Pemuda Kerajaan Perpaduan juga akan diadakan pada malam ini bagi membincangkan mengenai PRK DUN Sungai Bakap.

“Setiap pihak dalam parti memang akan sentiasa diberikan peluang untuk memberi pencalonan mewakili sektor masing-masing. Itu bukan satu perkara yang akan kami risaukan.

“Pada masa sama, kita ada disiplin bahawa kita sentiasa beri sokongan yang penuh kepada mana-mana calon yang telah pun dipilih oleh parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Pulau Pinang di Dewan Konvensyen Seberang Perai (SP) Arena, Seberang Jaya dekat sini hari ini.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memaklumkan perbincangan calon masih dalam proses dan parti akan menentukan calon secara muktamad kelak.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN terbabit.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Berdasarkan rekod SPR bagi PRN 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36 peratus pengundi Melayu, 22.54 peratus (Cina), 17.39 peratus (India), dan 0.71 peratus lain-lain.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan