Ewon tidak setuju kewujudan JKDM di Sabah

Date:

Share post:

PENAMPANG: Sabah mempunyai Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang sudah dipinda untuk pentadbiran kampung dan seharusnya hanya satu badan pengurusan kampung di negeri ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Ordinan Pentadbiran Luar Bandar itu telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di mana hanya ada satu pentadbiran kampung iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diiktiraf dan dilantik oleh kerajaan negeri.

“Sekiranya ia merupakan satu dasar negara, maka ia harus dilaksanakan di seluruh negara, tetapi di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung ia tidak dilaksanakan.

“Oleh itu, saya telah menjelaskan pandangan saya yang cukup tegas, tidak setuju tentang penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) apabila ia dibangkitkan di kabinet. Saya percaya keputusan pada ketika itu cadangan itu haruslah dirunding dengan kerajaan negeri. Jadi saya tidak tahu kenapa ia masih diteruskan. 

“Saya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian berkenaan dan saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri sama ada ia dirujuk tentang penubuhan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini semalam.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) percaya, penubuhan JKDM lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil-wakil rakyat.

“Contohnya di Moyog, saya tidak pernah dibawa berbincang. Begitu juga di Kadamaian, saya tidak akan menghantar senarai bagi kawasan DUN Kadamaian kerana ini pendirian saya iaitu tidak harus ada satu pentadbiran JKKK yang kedua dalam satu satu kampung di Sabah.

“Sebagai wakil rakyat dari Sabah, dan walaupun mempunyai kementerian persekutuan, saya tetap berpendirian bahawa tidak harus ada JKDM di Sabah,” katanya.

Ewon menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan pewujudan JKDM di Sabah.

“Pandangan dan pendirian saya sudah direkodkan dengan jelas dalam perbincangan kabinet dan pendirian saya tidak berubah sejak saya menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“Pada ketika itu juga ada usaha untuk menubuhkan MPKK Persekutuan, saya menyatakan bantahan dan pendirian saya kekal sehinga hari ini,” katanya.

“Pada saya dan UPKO, harus ada satu institusi pentadbiran kampung mengikut ordinan yang telah diluluskan di DUN iaitu Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah yang telah diluluskan dan dipinda pada sidang DUN Januari lepas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan