Mesir gesa Israel buka lintasan darat untuk salur bantuan ke Gaza

Date:

Share post:

KAHERAH: Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, semalam mendesak Israel membuka semua lintasan darat antara Israel dan Semenanjung Gaza untuk memastikan akses penuh, selamat dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan ke wilayah dilanda perang.

Desakan Shoukry itu disuarakan kepada Sigrid Kaag, Koordinator Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Gaza menerusi panggilan telefon, kata Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

Diplomat tertinggi Mesir dan pegawai PBB menyentuh mengenai bahaya operasi ketenteraan Israel di Rafah, serta kawalan Israel ke atas bahagian Palestin di lintasan Rafah.

Mereka juga menekankan keperluan untuk memastikan keadaan selamat bagi bantuan kemanusiaan untuk memasuki lintasan Rafah dan menamatkan operasi ketenteraan di sekitarnya.

Shoukry menegaskan kepentingan Israel menghormati dan melindungi pekerja kemanusiaan, tidak menyasarkan ibu pejabat agensi bantuan antarabangsa, serta memastikan akses dan kebebasan pergerakan kru bantuan di Semenanjung Gaza.

Pada 7 Mei, tentera Israel memulakan operasi di Rafah dan mengambil alih kawalan operasi ke atas lintasan Rafah di Gaza.

Sejak itu, lintasan berkenaan disekat untuk pergerakan pengembara dan trak yang membawa bantuan kepada lebih dua juta rakyat Palestin di kawasan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja selama lima hari

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami