Kerjasama Malaysia dan Uzbekistan wujudkan potensi yang amat besar – PM Anwar

Date:

Share post:

SAMARKAND: Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.

“Keupayaan masa depan kita, kebolehan kita untuk membina kekuatan kita sendiri dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun…itulah kita Uzbekistan dan Malaysia,” kata Anwar dalam ucapan beliau pada Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Silk Road Samarkand Complex, di sini, pada Sabtu.

Kira-kira 200 syarikat dari kedua-dua negara menghadiri forum perniagaan itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Anwar berkata kedua-dua negara perlu fokus untuk menjalin kerjasama dalam bidang seperti transformasi digital, peralihan tenaga dan juga pembangunan halal.

Menurut beliau, selain menjalin perkongsian, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara juga meningkat dari tahun ke tahun.

“Kita kena tingkatkan kerjasama (antara kedua-dua negara). Kita boleh mempermudahkan proses (kemudahan menjalankan perniagaan),” kata Perdana Menteri.

Pada 2023, perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan berjumlah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) manakala import sebanyak RM1.99 juta (AS$414,518).

Anwar ketika ini berada di Uzbekistan bagi lawatan rasmi selama tiga hari yang bermula dengan ketibaan beliau di Tashkent, ibu kota negara itu pada Jumaat.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang turut mengiringi Perdana Menteri.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi

Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini

Syarikat China melabur RM10 bilion bangunkan tenaga hijau di Sarawak

"Kami percaya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mempunyai visi yang jelas dan yakin beliau boleh menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau.Sehubungan itu, ingin menghulurkan sokongan kami (dalam pelan tenaga hijau),"