PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima

Date:

Share post:

Shah Alam: Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, yang bermula 27 April lepas hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, dua kertas siasatan itu masing-masing di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998 yang membabitkan ubah suai logo Umno iaitu lambang keris diganti roket dan meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kenderaan.

“Dua tangkapan itu membabitkan lelaki warga tempatan kerana kes meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kenderaan.

“Lima lagi laporan adalah membabitkan kes-kes yang tidak mempunyai unsur jenayah dan dirujuk kepada repot yang sama serta tindakan pencerahan oleh polis Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sasikala Devi berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah meluluskan sebanyak 57 permit kempen dan 40 permit ceramah.

Beliau sekali lagi mengingatkan calon serta parti politik terbabit supaya berkempen secara berhemah dengan tidak menyentuh isu 3R iaitu raja, kaum dan agama.

Calon yang melanggar perkara itu, katanya boleh disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKM 1998.

Tempoh berkempen bagi PRK Dun KKB adalah 14 hari iaitu bermula 27 April hingga 10 Mei ini, manakala hari pengundian pada 11 Mei.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1087149/prk-kkb-polis-buka-dua-kertas-siasatan-daripada-tujuh-laporan-diterima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Belanjawan 2025 peluang kerajaan untuk teruskan usaha reformasi ekonomi

Kerajaan telah memulakan langkah reformasi ini dengan memperkenalkan pendekatan berani, seperti pelaksanaan dasar pengapungan harga diesel, yang dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri