Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik – Chang

Date:

Share post:

TANJUNG MALIM: Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ia membolehkan usaha meraih undi bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya kemenangan calon Kerajaan Perpaduan penting bagi membolehkan suara rakyat dibawa terus kepada Kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Persekutuan.

“Ini penting (untuk) pembangunan kawasan, jadi siapa (yang) mudah bawa suara ke peringkat kerajaan, dia ada kelebihan dekat situ,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjung Malim di sini hari ini.

Dalam pada itu Chang berkata meskipun maklum balas diterima Pang, 31, sangat positif, usaha supaya pengundi menunaikan tanggungjawab pada 11 Mei ini perlu terus dipergiatkan.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Pang ditentang Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan tarif hanya untuk sektor swasta – PM Anwar

Ikut fakta dan data, ekonomi bukan wayang, ia berasaskan fakta. Fakta menunjukkan pelaburan kita meningkat jauh lebih baik berbanding (pentadbiran) Perdana Menteri sebelum ini

Kedaulatan negara harus dipertahan walau hanya seketul batu karang – Agong

Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan

Reformasi Geran Tanah Adat untuk perkasa potensi ekonomi – Lawrence

Tanah NT sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dan menyukarkan untuk membangunkan atau menjana pendapatan daripada aset mereka

LKIM berhasrat perbanyak vesel bersaiz besar bantu kekang pencerobohan nelayan asing – Muhammad Faiz

Bagi saya, apabila di perairan itu kurang nelayan vesel besar, ia memudahkan pencerobohan serta ada sebahagian warga asing mengambil kesempatan. Pada masa sama kita akan memohon kerajaan menambah kekuatan aset bagi meningkatkan pengawasan dan kawalan perairan