RM5 juta diperolehi selepas dua kumpulan pelancong China ke Sabah

Date:

Share post:

Sejumlah RM5 juta pendapatan berjaya direkodkan sektor pelancongan Sabah baru-baru ini berikutan dua kumpulan pelancong dari China melawat ke negeri ini.

Salah satu daripada lawatan berkenaan adalah mengadakan MICE (Meeting, Incentive, Conference, and Exhibition) di sini.

Pengerusi Sri Pelancongan Sabah, Ken Pan Ying On berkata, pakej percutian selama dua minggu di Sabah dan majlis gala tahunan syarikat yang diadakan di sini itu telah menjana pendapatan besar kepada pemegang taruh pelancongan di sini, Kudasang, Tuaran dan Semporna.

“Ini adalah permulaan positif sektor pelancongan di Sabah untuk 2024, kumpulan MICE sememangnya mempunyai kuasa berbelanja tinggi dan ini akan memperkasakan lagi ekonomi tempatan.

“Rangkaian penerbangan juga telah bertambah baik, sekali gus membolehkan lebih ramai pelancong dari bandar utama di China hadir ke Sabah dengan penerbangan terus.

“Kini lebih ramai pelancong luar negara, China khususnya boleh menikmati pelbagai jenis pakej pelancongan di sini termasuk destinasi yang melibatkan pemandangan, kebudayaan, selaman, mendaki gunung, pengembaraan dalam hutan dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya, dari hujung Februari sehingga awal Mac ini, Guangzhou HuanYa Holidays dan Sabah Perfect Holidays bekerjasama untuk membawa sejumlah 182 pelancong (industri kecantikan) dari Wuhan ke sini.

“Dalam tempoh ini, para pelancong itu memuji sumber alam marin Sabah selain menikmati pemandangan langit dan lautan yang biru. Selain itu, mereka juga menikmati pusat penginapan mewah dan makanan laut yang segar.
 
“Kumpulan kedua pelancong seramai 450 orang adalah dari industri IT di Beijing yang hadir di sini dalam bentuk empat kumpulan kecil.

“Pengembaraan ini dijayakan Beijing Mafengwo, Guangzhou HuanYa Holidays, Sabah Happy Holidays dan Kuala Lumpur New Morning Travel. 

“Mereka tinggal enam hari di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa dan melaksanakan majlis tahunan syarikat mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, para pelancong itu turut menyertai akvititi sukan air, pemandangan matahari terbenam, eko pelancongan di hutan paya bakau, Gunung Kinabalu dan banyak lagi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew ketika dihubungi berkata, Sabah kini menerima momentum baik dari usaha mempromosi negeri ini sebagai destinasi MICE.

“Dengan pulihnya pasaran pelancongan China secara berperingkat, kementerian ini menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan lebih aktif memperkenalkan pembangunan sektor pelancongan di negeri ini, pada masa sama kita juga menerima sokongan yang semakin meningkat dalam sektor pelancongan perniagaan yang bertaraf tinggi.

“Kini dengan tertubuhnya Biro Konvensyen Sabah (SCB), kami menjangkakan lebih ramai kumpulan MICE dari China dan negara lain akan berkunjung ke negeri ini pada tahun ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan