Bekalan ikan mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri – Faiz Fadzil

Date:

Share post:

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata ketika ini berlaku lambakan pelbagai spesies ikan selepas musim Monsun Timur Laut berakhir.

“Jadi, rezeki nelayan sekarang tengah ‘murah’. Memang musim ikan tengah banyak sekarang.

“LKIM juga menyediakan stok simpanan ikan sejuk beku menerusi kaedah Q’Fish yang dijual pada harga yang sangat berpatutan. LKIM dengan kolaborasi syarikat swasta mempunyai bekalan sebanyak 1,590 metrik tan ikan segar beku sebagai persediaan untuk musim perayaan Aidilfitri bulan depan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan sempena Program MADANI Anak Nelayan Kembali ke Sekolah LKIM-BHPetrol bagi Persatuan Nelayan Kawasan (Hilir Perak) di Sungai Sumun di sini hari ini.

Sebanyak 100 anak-anak nelayan menerima peralatan sekolah seperti pakaian, kasut sekolah, botol air serta alat tulis dengan anggaran setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM150.

Sementara itu, Muhammad Faiz mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ikan sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

Beliau turut berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menjalankan pemantauan supaya harga ikan terkawal dan stabil.

“Sepatutnya apabila bekalan ikan itu banyak, harga ikan murah. Jadi, saya tekankan kepada peniaga supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan,” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...