Kestabilan jadi tarikan pelabur melabur ke Malaysia – PM

Date:

Share post:

Kestabilan jadi tarikan pelabur melabur ke Malaysia – PM6 Mac 2024 Kedudukan kerajaan yang berada dalam keadaan kukuh sejak setahun lalu telah menjadi faktor utama menarik minat pelabur untuk datang ke Malaysia, kata Perdana Menteri.

Melalui ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di Melbourne pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen terhadap pembaharuan institusi membolehkan kerajaan yang kini dipimpinnya berada dalam kedudukan stabil dengan majoriti lebih dua pertiga berjaya dibentuk.

“Sejak beberapa bulan lalu, kami telah memperkenalkan pelbagai dasar baharu yang jelas, selain agenda ekonomi dalam pelan perindustrian dan peralihan tenaga.

“Saya merasakan disebabkan itulah kami berjaya memperoleh pelaburan domestik dan asing tertinggi pernah direkodkan, yang mengesahkan tahap keyakinan dan kepimpinan baharu,” katanya dipetik.

Mesyuarat itu bersempena lawatan rasmi sulung Anwar ke negara itu atas jemputan rakan sejawatannya, Anthony Albanese.

Ia disertai oleh 18 syarikat iaitu tujuh syarikat pembuatan, tiga syarikat perkhidmatan, tujuh pengimport dan satu persatuan.

Berucap selanjutnya, Anwar berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) diberikan mandat untuk memastikan Malaysia kekal berdaya saing.

“Sudah pasti kami bernasib baik, (berada) dalam rantau ekonomi paling pantas berkembang di dunia (ASEAN) di mana kami akan menjadi pengerusi tahun depan.

“Namun, terdapat dimensi baharu..antaranya (Kerangka Kerjasama) ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di mana mesyuarat awal diadakan tahun lalu bersama UAE (Emiriah Arab Bersatu), Arab Saudi, Qatar dan lain-lain telah memutuskan untuk bersama lagi tahun depan.

“Justeru, saya merasakan kami sedang bergerak ke hadapan dan mendapatkan rakan baharu..kami mengalu-alukan komitmen anda hari ini dan juga pada masa hadapan untuk meningkatkan pelaburan ke Malaysia,” tambah Anwar.

Pada 2023, perdagangan dua hala Malaysia dan Australia mencecah AS$18.57 bilion (RM84.64 bilion).Setakat Disember tahun lalu, pelaburan diluluskan Australia di Malaysia membabitkan 582 projek, dengan pelaburan direalisasikan membabitkan 366 projek.

Sumber: Suara Keadilan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan