PMX banteras kes ‘jerung’ adalah tindakan efisien

Date:

Share post:

SHAH ALAM – Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membanteras kes besar berbanding kes ‘ikan bilis’, dianggap tindakan yang efisien bagi menangani ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh individu berkepentingan.

Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, usaha itu secara tak langsung memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan kuasa untuk merompak harta negara.

“Bagus, bagi konsentrasi (fokus) kepada kes-kes besar seperti Indonesia. Tetapi (kerajaan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) takkan lupa kes kecil, cuma keutamaan itu kena lebih kepada kes besar kerana menyebabkan (pembaziran) kewangan banyak.

“Dari segi kewangan ini bermakna (boleh) menjejaskan (ekonomi) semua negara, jadi mungkin kes-kes kecil ini boleh cari kaedah lain. Jadi, ia satu tindakan yang baik.

“Justeru, saya menyokong sebab ia boleh memberi peluang kepada SPRM untuk lebih fokus terhadap kes-kes besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Akhbar, sekiranya kes ‘jerung’, lebih-lebih lagi melibatkan orang ‘besar’ dan ‘berkuasa’ bukan sahaja wang dapat diselamatkan bahkan nama baik negara.

“Dengan itu, negara akan memperoleh pendapatan yang lebih, apabila ketirisan dalam penyelewengan wang sedikit sebanyak dapat diatasi.

“Malah reputasi dan tadbir urus akan menjadi lebih baik,” ujar beliau.

BACA JUGA:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)