PH pertimbangkan terima pemimpin UMNO yang dipecat sertai Kerajaan Perpaduan – PM Anwar

Date:

Share post:

TAMBUN – Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan penyertaan pemimpin UMNO yang dipecat untuk menyertai gabungan parti itu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyertaan itu bagaimanapun perlu mendapat pandangan daripada pemimpin lain bagi menjaga kerukunan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permintaan untuk menyertai komponen dalam PH.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Meru Raya.

“Ini sebenarnya keputusan dalaman disiplin (parti) masing-masing tetapi tidak ada timbul lagi sebarang pelawaan untuk bersama.

“Sekiranya ada kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain dan juga menjaga kerukunan, kedamaian dan juga Kerajaan Perpaduan. Kita beri pertimbangan yang lebih luas,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Jalan Meru Bestari A14, Meru Raya, di sini pada Ahad.

Pada Jumaat media melaporkan UMNO memecat bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

BACA JUGA:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Perkemaskan pentadbiran di semua pejabat daerah di Sabah – Hajiji

Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah sebuah kementerian penting yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat

Imigresen perkenalkan eSP bagi mentransformasi perkhidmatan ke arah digital – Saifuddin

Secara purata, 50 peratus daripada jumlah urus niaga di kaunter Pas Lawatan Sosial dan Ikhtisas di Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen adalah berkaitan permohonan pas khas dan hal ini mengakibatkan kesesakan

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Sarawak akan muktamadkan perjanjian jual beli MASwings – Abang Johari

Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain