Kedaulatan negara harus dipertahan walau hanya seketul batu karang – Agong

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan, bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara.

Seri Paduka Baginda bertitah hak dan kedaulatan negara perlu dipertahankan walaupun hanya melibatkan seketul batu karang di tengah lautan.

“Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15, hari ini.Istiadat pembukaan itu berlangsung serentak bagi Dewan Rakyat serta Dewan Negara dan disiarkan secara langsung menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.

Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah kerajaan perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu-isu serantau serta sempadan negara.

Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia juga perlu kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.

“Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan dan keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan,” titah Sultan Ibrahim.

Selain itu, selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya negara ini menunjukkan keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju rantau Asia Tenggara.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 18 hari dengan menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama tujuh hari mulai 4 Februari dan diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari.

Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac. oleh 

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...