Reformasi Geran Tanah Adat untuk perkasa potensi ekonomi – Lawrence

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Isu berpanjangan berkaitan Geran Tanah Adat (NT) terus menjadi cabaran utama bagi pemilik tanah adat di negeri ini.

Pengerusi Pemegang Amanah Berdaftar Yayasan Kebajikan Kadazan (KWF), Datuk Lawrence Sinsua berkata, isu itu mengehadkan potensi ekonomi pemilik tanah adat dan mewujudkan ketidakseimbangan nilai tanah berbanding tanah bukan adat.

Katanya, isu itu adalah keperluan mendesak untuk menangani cabaran ini yang sudah berakar sejak zaman penjajahan British.

“Meskipun tujuan asal dasar NT adalah untuk melindungi komuniti pribumi, sifatnya yang terlalu ketat menyebabkan pemiliknya kurang menguntungkan dalam landskap ekonomi masa kini.

“Pemilik tanah adat menghadapi kesukaran besar untuk merealisasikan potensi penuh tanah mereka disebabkan sekatan undang-undang yang menghadkan nilai pasaran serta akses kewangan mereka.

“Tanah NT sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dan menyukarkan untuk membangunkan atau menjana pendapatan daripada aset mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, ketika Sabah terus berkembang dan mengalami pemodenan ekonomi, adalah penting untuk mengkaji semula dasar NT sedia ada bagi mencapai keseimbangan yang adil antara pemeliharaan hak adat dan pembukaan peluang ekonomi.

Lawrence menggesa supaya pihak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dalam menangani isu kritikal ini.

Katanya, pembuat dasar juga diminta supaya meneroka penyelesaian berkesan yang dapat memberi pemilik tanah adat lebih fleksibiliti.

Beliau berkata, KWF komited untuk meningkatkan kesedaran awam melalui kempen media sosial dan inisiatif libat urus komuniti bagi membawa isu ini ke perhatian umum.

“Kita akan menggalakkan orang ramai untuk menyokong usaha ini dan menggesa kerajaan agar mengiktiraf keperluan mendesak untuk reformasi dasar yang memperkasakan pemilik tanah adat sambil memajukan pembangunan Sabah secara keseluruhan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Harga lantai padi diumumkan tengah hari ini

Pengumuman itu dijangka dibuat Mohamad pada sidang medianya di Parlimen.

Maybank tersenarai lagi antara 500 jenama paling berharga di dunia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli juga menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance

Kerajaan akan ambil langkah atasi pencemaran sisa plastik – Nik Nazmi

Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik

Kepengerusian ASEAN : Persiapan Malaysia antara yang terbaik dan membanggakan – PM Anwar

Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan