Malaysia belum ada keperluan dalam pengunaan tenaga nuklear – PM Anwar

Date:

Share post:

DAVOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia belum ada ‘keperluan mendesak’ untuk menerima guna tenaga nuklear kerana masih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG).

Bagaimanapun, beliau tidak menolak ‘kemungkinan’ menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.

“Namun, hanya untuk memastikan, kerana penggunaan (tenaga) pusat data adalah besar dan dalam setiap mesyuarat… ada yang mencadangkan mereka mahu memasang reaktor modular kecil (SMR).

“Saya tidak mahu mengecewakan mereka kerana itu merupakan sebahagian daripada keperluan kecerdasan buatan (AI) keseluruhan, yang bermaksud bahawa pilihan nuklear itu ada.

“Saya tahu Thailand, Malaysia dan Indonesia telahpun memulakan usaha ini dan saya berusaha untuk memastikan kami bekerjasama untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai belanjawan yang lebih baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada taklimat media di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini pada Selasa ketika ditanya sama ada Malaysia sedang menimbang untuk mempromosikan tenaga nuklear terutamanya SMR.

Anwar kini sedang dalam lawatan kerja selama tiga hari menghadiri WEF 2025, yang merupakan penyertaan sulung beliau sejak menjadi perdana menteri pada 2022.

SMR, yang mampu menjana kira-kira 300 megawatt elektrik, boleh disepadukan ke dalam infrastruktur bangunan sedia ada atau disambungkan ke grid nasional dengan kos yang lebih kecil dan dikatakan berpotensi menjadi tenaga alternatif untuk pusat data yang memerlukan kuasa berskala besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Harga lantai padi diumumkan tengah hari ini

Pengumuman itu dijangka dibuat Mohamad pada sidang medianya di Parlimen.

Maybank tersenarai lagi antara 500 jenama paling berharga di dunia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli juga menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance

Kerajaan akan ambil langkah atasi pencemaran sisa plastik – Nik Nazmi

Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik

Kepengerusian ASEAN : Persiapan Malaysia antara yang terbaik dan membanggakan – PM Anwar

Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan