Setiap rakyat punya hak yang sama untuk mengundi – PM Anwar

Date:

Share post:

BRUSSELS: Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau telah membangkitkan mengenai isu undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR sebuah badan bebas…namun saya telah membangkitkan perkara ini kepada mereka. Mereka perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi,” katanya pada majlis minum petang dan ramah mesra bersama kira-kira 200 diaspora Malaysia di sini, hari ini.

Anwar yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, berkata demikian ketika ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia di luar negara, setiap kali pilihan raya berlangsung di Malaysia.

“Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (untuk proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana untuk ini,” kata beliau sambil menambah bahawa SPR telah menerima cadangannya itu.

Ketika ditanya mengenai adakah Kerajaan Malaysia memberikan keutamaan terhadap teknologi hijau dan penghutanan, Anwar berkata, perkara itu merupakan antara agenda utama pentadbiran sekarang.

“Eropah telah memusnahkan semua hutan, jangan beritahu kami supaya belajar daripada mereka. Hutan kita kini berada pada 54 peratus sekarang, malah paru-paru hijau kita bertambah, tahun lepas kita tanam sejuta pokok sebagai sebahagian daripada kempen penghutanan kita,” kata beliau.

Beliau berkata Malaysia dan rakan kongsi ASEAN memberi tumpuan kepada grid ASEAN yang bukan sahaja menjana kuasa hidro tetapi juga daripada tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.

“Kita ada 140,000 pelajar asing di universiti kita. Saya telah banyak melawat banyak negara membangun dan pemimpin mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka untuk belajar daripada kita, dalam bidang seperti semi konduktor,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, bagi mempertingkatkan taraf pendidikan di Malaysia kerajaan bekerjasama dengan industri dan ini bermakna disiplin dan teknologi baharu perlu diperoleh. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Harga lantai padi diumumkan tengah hari ini

Pengumuman itu dijangka dibuat Mohamad pada sidang medianya di Parlimen.

Maybank tersenarai lagi antara 500 jenama paling berharga di dunia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli juga menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance

Kerajaan akan ambil langkah atasi pencemaran sisa plastik – Nik Nazmi

Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik

Kepengerusian ASEAN : Persiapan Malaysia antara yang terbaik dan membanggakan – PM Anwar

Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan