Laporan penambahbaikan program RMT diketahui 1 Mac 2025 – Fadhlina

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program itu pada 1 Mac tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata laporan itu antara lain bertujuan menilai keberkesanan program RMT termasuk dari segi aspek kos dalam memastikan anak-anak golongan B40 mendapat nutrisi bertepatan dengan keperluan mereka.

“RMT adalah aspek dalam membudayakan pemakanan sihat dalam kalangan anak-anak kita. Naratif itu kena tepat dan kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan menu itu memenuhi semua nutrisi dengan dibantu pakar nutrisi.

“Selepas dilihat ada beberapa perkara yang perlu kita tambah baik, maka pasukan petugas RMT telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan laporan berkaitan akan dibentangkan pada 1 Mac tahun hadapan.

“Itu termasuk isu kos kalau berada dalam radar yang perlu dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM di sini hari ini,.

Untuk rekod, kadar untuk makanan bermasak program RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi Semenanjung dan dinaikkan daripada RM3 kepada RM4 bagi pelaksanaan RMT di Sabah dan Sarawak, iaitu kadar itu berkuat kuasa 6 Nov 2022.

RMT dilaksanakan sejak 1979 bagi memastikan murid daripada keluarga susah memperoleh khasiat makanan yang diperlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Beberapa kawasan di Sandakan mengalami banjir kilat

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memindahkan empat mangsa yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di kawasan kediaman mereka

Berwaspada hadapi banjir akibat luruan monsun di kawasan berisiko – Fahmi

Agensi Pengurusan Bencana Negara sentiasa bersedia untuk hadapi dan (begitu juga) bagi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Genjatan senjata di Semenanjung Gaza dijadual bermula Ahad ini – PM Qatar

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu