Rakyat Palestin di Gaza kini bergantung sepenuhnya bantuan kemanusiaan

Date:

Share post:

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran rakyat Palestin di Gaza kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, sementara keupayaan PBB memenuhi mandatnya terus merosot, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu hantaran di platform X, agensi itu berkongsi kisah Jamila, seorang wanita warga emas Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kini tidak mendapat akses kepada ubat-ubatan selepas kehabisan bekalan akibat sekatan Israel terhadap operasi UNRWA di wilayah itu.

“Saya terpaksa berjalan jauh hanya untuk sampai ke klinik di Khan Younis bagi mendapatkan ubat. Saya menghidap penyakit kronik, tetapi malangnya tiada ubat yang tersedia,” menurut UNRWA memetik kata-kata Jamila, 80 tahun.

“Dahulu, saya bergantung sepenuhnya pada UNRWA untuk penjagaan kesihatan dan pendidikan, bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan cucu-cucu saya.

“Kini, saya berdepan realiti yang menakutkan. Siapa akan membantu kami jika UNRWA tiada?”

Dalam hantaran yang sama, agensi itu turut menegaskan, “Di Gaza yang dilanda peperangan, rakyat awam seperti Jamila kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, sementara keupayaan PBB melaksanakan mandatnya semakin terjejas.”

UNRWA mengulangi desakan untuk gencatan senjata segera, dengan menekankan bahawa Israel masih mengawal kemasukan bantuan ke Gaza, memburukkan lagi krisis kemanusiaan terutama di bahagian utara wilayah itu.

Israel juga didakwa enggan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan PBB untuk membenarkan penghantaran makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan zahir penghargaan kepada sektor swasta,korporat atas bantuan kepada mangsa banjir

Insya-Allah hari ini juga, saya akan menerima sumbangan bantuan banjir daripada syarikat swasta terkemuka dengan jumlah terkumpul lebih RM35 juta... jadi di Dewan yang mulia ini, bagi pihak Dewan (Negara) saya ucapkan penghargaan kepada semua

Ambil langkah berjaga-jaga buat rakyat Malaysia di Korea Selatan

"Bagi memastikan maklumat terkini dan bantuan tepat pada masanya, rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihatkan untuk mendaftar melalui E-Konsular,"

Kerajaan MADANI tadbir negara dengan dasar yang jelas dan berada pada landasan yang betul – Ahmad Zahid

negara seharusnya mengambil iktibar daripada pengalaman pahit pertukaran kerajaan pusat sebanyak tiga kali pada penggal lepas yang menyebabkan ekonomi negara, kadar tukaran ringgit, pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik merudum

Kerajaan komited mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global – Zahid

"Fokus utama mesyuarat termasuklah memperkukuhkan aspek perdagangan, pensijilan, pelaburan, pembangunan modal insan dan perundangan industri halal,"