KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bertujuan mengekang aktiviti pencatutan – Armizan

Date:

Share post:

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata operasi itu bertujuan untuk memantau dan mengekang aktiviti pencatutan dengan menggunakan lima pendekatan iaitu melaksanakan proses pengumpulan data dan harga serta caj perkhidmatan yang bermula sejak 1 Oktober.

Beliau berkata data itu akan dijadikan sebagai perbandingan harga sebelum dan selepas pelaksanaan SSPA, mengguna pakai data-data kutipan harga yang dilaksanakan setiap hari oleh pegawai pemantau harga meliputi 480 item sebagai panduan pergerakan harga barang.

“Selain itu, memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan dan menggalakkan partisipasi awam sejajar dengan pelaksanaan Kita Gempur yang telah dilancarkan di Kota Kinabalu sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) di sini hari ini.

Armizan berkata KPDN juga menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan aduan berkaitan dengan caj, harga dan bekalan termasuk tindakan susulan penguatkuasaan perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam daripada masa aduan diterima.

Beliau berkata KPDN juga menyediakan saluran aduan untuk membolehkan orang ramai mengemukakan sebarang maklumat melalui saluran Whatsapp 0198488000, portal e-aduan di http://eaduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800 dan di aplikasi Ez ADU KPDN.

Armizan berkata sepanjang tempoh pengumpulan data Ops Kesan 3.0 itu, sebanyak 2,803 premis telah diperiksa di seluruh negara melibatkan 13,209 item dan premis berkenaan diberikan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Ops itu dilakukan bagi mengesan pihak yang membuat peningkatan harga dengan tujuan mengaut keuntungan secara berlebihan, sekali gus mengekang aktiviti pencatutan apabila bermulanya kenaikan gaji penjawat awam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...