Dobi antara kawasan baharu larangan merokok bermula 1 Jan depan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.

Selain dua kawasan itu, tempat lain yang disenaraikan ialah pusat hiburan atau teater (kecuali kasino), kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan serta kedai berhawa dingin.

Tambahan tempat larangan merokok itu menjadikan keseluruhan sebanyak 28 kawasan digazetkan menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu, penguatkuasaan kawasan baharu itu akan dibuat secara berfasa dan memberi tempoh tiga bulan kepada premis berkenaan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.

“Saya sangat bersyukur, akhirnya premis dobi menjadi antara yang disenaraikan sebagai tempat larangan merokok sejak saya menjadi Menteri Kesihatan pada 2019.

“Ini kerana kawasan itu didatangi ibu-ibu, isteri yang membawa anak-anak kecil memandangkan ia tempat awam,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat media Akta 852 di sini, pada Jumaat.

Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.

Akta 852 bertujuan untuk penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Norhayati Rusli memberitahu, sejak bermula penguatkuasaan Akta 852 tiga hari lalu, sejumlah 2,930 premis dilawati melibatkan 108 operasi dilaksanakan dengan kekuatan 1.614 anggota penguat kuasa.

“Sepanjang operasi itu, sejumlah 2,548 advokasi pendidikan diedarkan termasuk mengeluarkan tiga kompaun melibatkan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan Akta 852 melibatkan dua peringkat penguatkuasaan iaitu secara serta-merta dan berfasa iaitu antara enam bulan, setahun dan dua tahun.

Katanya, penguatkuasaan serta-merta itu melibatkan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan; selain tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan dalam talian dan mesin layan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Beberapa kawasan di Sandakan mengalami banjir kilat

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memindahkan empat mangsa yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di kawasan kediaman mereka

Berwaspada hadapi banjir akibat luruan monsun di kawasan berisiko – Fahmi

Agensi Pengurusan Bencana Negara sentiasa bersedia untuk hadapi dan (begitu juga) bagi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Genjatan senjata di Semenanjung Gaza dijadual bermula Ahad ini – PM Qatar

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu