Sebanyak RM21.1 juta telah disalurkan untuk menjaga kebajikan nelayan Sabah

Date:

Share post:

SANDAKAN: Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40 untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka.

Antara bantuan lain yang turut disalurkan khusus kepada kelompok nelayan Sabah ialah Projek Khas Perumahan Nelayan, Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan, serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan di negara ini terbela,” kata Mohamad ketika berucap menyempurnakan program ramah mesra Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama nelayan Sandakan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 juta projek khas perumahan nelayan membabitkan 60 rumah nelayan di Sabah yang bertujuan memberi kesejahteraan hidup untuk golongan itu.

Mohamad berkata tahun ini kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel serta petrol nelayan dengan kuota bersubsidi diluluskan berjumlah 70 juta liter sebulan, dan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 seliter bagi kedua-dua jenis minyak itu, dan di Sabah 6,782 nelayan menikmati subsidi berkenaan.

“Kesemua insentif yang disalurkan itu membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara ini,” katanya. 

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...