Kementerian bantu peniaga dan perusahaan kecil hadapi kesukaran laksanakan e-invois

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kementerian Digital akan membantu peniaga kecil dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan kesukaran untuk melaksanakan sistem e-invois dijadual bermula bulan depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai bantuan berkenaan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam belanjawan akan datang.

“Saya telahpun menerima beberapa cadangan bagaimana kita boleh bantu (peniaga) dalam proses ini. Terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan, satu daripadanya adalah kemungkinan perniagaan kecil perlu membuat bayaran lebih untuk mendapatkan pakar untuk membantu mereka dalam proses e-Invois.

“Saya akan melihat bagaimana kerajaan dapat membantu dalam aspek ini. Namun jika kita lihat kepada impaknya secara meluas, ia dapat memudahcarakan perniagaan dan akan menjimatkan wang.

“Keduanya, jika kita menggunakan proses digital ini, ia akan menyegerakan proses berniaga. Ia juga akan menyegerakan semua transaksi yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Invois Kebangsaan dan Majlis Akreditasi anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.

Majlis itu bertujuan untuk mengiktiraf pembekal perkhidmatan Peppol serta memperkasakan pendigitalan perniagaan melalui penerimagunaan e-Invois.

Hari terbuka ini adalah sebagai satu platform untuk perniagaan meneroka pelbagai penyelesaian e-Invois di samping membantu mereka mengenal pasti kaedah yang bersesuaian bagi menyelaraskan operasi perniagaan dan meningkatkan kecekapan secara langsung.

Majlis turut mengiktiraf kumpulan pertama yang terdiri daripada 31 Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) dan empat Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol (PRSP).

Mengulas lanjut, Gobind berkata, beliau berharap pelaksanaan e-Invois dapat dipandang dari sudut positif yang mana ia akan memanfaatkan perniagaan untuk jangka panjang.

“Fokuskan pada manfaat yang ia akan berikan. Mungkin terdapat cabaran di awalnya, tetapi untuk jangka panjang, anda akan dapat melihat manfaatnya.

“Perniagaan akan menjadi lebih pantas, produktiviti akan bertambah yang mana meningkatkan juga pendapatan kita,” katanya.

Sementara itu, Mahadhir berkata, sebagai ‘Peppol Authority’ yang dilantik di Malaysia, MDEC sedang giat mengakreditasi pembekal perkhidmatan untuk memudahkan operasi mereka di dalam negara.

“Sehingga Jun 2024, MDEC telah menerima lebih daripada 150 permohonan untuk akreditasi SP dan PRSP.

“Inisiatif ini yang diformalkan melalui majlis Akreditasi membentuk asas komuniti e-Invois Malaysia dengan memanfaatkan Kerangka Peppol,” katanya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi digital diunjurkan mencecah 25.5 peratus menjelang 2025, justeru inisiatif ini dijangka meningkatkan pertumbuhan yang sekali gus memberi manfaat kepada perniagaan pelbagai saiz.

Penggunaan e-Invois juga dijangka dapat meningkatkan sumbangan hasil cukai kepada antara 14 peratus dan 15 peratus daripada KDNK sebaik sahaja dilaksanakan sepenuhnya dalam semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...