Serangan terbaru buat Hamas tarik diri rundingan gencatan senjata

Date:

Share post:

WILAYAH PALESTIN: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas menarik diri daripada rundingan gencatan senjata di Gaza, sehari selepas serangan udara tentera Israel disasarkan ke atas komander Mohammed Deif yang mengorbankan sekurang-kurangnya 92 orang.

Serangan ke atas kem Al-Mawasi itu turut mencederakan 300 orang terdiri wanita dan kanak-kanak.

Hamas menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu cuba menggagalkan usaha pengantara Arab dan Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan menyerang Al-Mawasi di selatan Gaza.

Mei lalu, Al-Mawasi, berhampiran bandar Khan Younis dan Rafah, diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera Israel, yang menyuruh orang awam berpindah ke sana.

Bagaimanapun, tentera Israel masih melancarkan beberapa serangan ke kawasan berkenaan yang mengorbankan nyawa rakyat Palestin.

Semalam, tentera Israel turut menyerang sebuah sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Nuseirat yang didakwa tentera sebagai tempat persembunyian pejuang Hamas.

Agensi pertahanan awam di Gaza berkata, seramai 15 orang terbunuh dalam serangan itu.

Ia adalah serangan kelima dalam tempoh lebih seminggu ke atas sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan oleh penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Jurugambar AFP melihat sebahagian kompleks sekolah yang dibom itu rosak dengan rakyat Palestin dilihat gementar dan menangis serta berkumpul di halaman rumah.

Sementara itu, pegawai kedua Hamas berkata, Deif yang juga komander tentera kumpulan itu berada dalam keadaan baik dan menyelia operasi secara terus walaupun berlaku cubaan membunuh ke atasnya.

“Komander Mohammed Deif berada dalam keadaan baik dan masih mengawasi operasi sayap tentera Hamas,” kata pegawai itu.

Memetik Ketua Politik Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh, keputusan menghentikan rundingan adalah disebabkan tindakan Israel yang kurang serius, dasar penangguhan dan halangan berterusan serta pembunuhan beramai-ramai secara berterusan terhadap orang awam yang tidak bersenjata.

Haniyeh memberitahu pengantara antarabangsa bahawa Hamas bersedia untuk menyambung semula rundingan apabila kerajaan Israel menunjukkan kesungguhan dalam mencapai perjanjian gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan.

Rundingan selama berbulan-bulan yang diusahakan Qatar dan Mesir dengan sokongan AS gagal untuk menghentikan peperangan.

Puluhan ribu penunjuk perasaan Israel menuntut kerajaan mencapai kesepakatan untuk membebaskan tawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...