Kerajaan ambil kira semua pandangan berkenaan PRK Sungai Bakap – Fahmi

Date:

Share post:

Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam ‘bedah siasat’ (post-mortem) PRK itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pasukannya belum menerima maklumat penuh dan masih meneliti data bagi memperolehi gambaran menyeluruh keputusan berkenaan.

“Kita mengambil iktibar daripada suara rakyat di peti undi termasuk di Sungai Bakap, kita sedar tarikh undi (PRK Sungai Bakap) kurang sebulan daripada penyasaran subsidi diesel, untuk mengatakan ia berkait dengan satu dasar semata-mata atau beberapa dasar, ini yang akan kita lihat dalam post-mortem ini,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Nadi di Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, di Ipoh semalam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Fahmi berkata beberapa pengubahsuaian akan dilaksana melibatkan penyampaian maklumat mengenai dasar-dasar baharu kerajaan agar lebih difahami rakyat pelbagai segmen atau latar belakang.

“Usaha menyampaikan maklumat sebanyak mungkin telah kita lakukan, namun sama ada ia difahami rakyat, kita tidak pasti, selain itu ‘counter argument’ isu pembangkang juga kita perlu teliti semula, kita ambil kira pandangan parti, jentera di bawah untuk kita lakukan perubahan ini,” katanya.

Pada PRK Sungai Bakap calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail memenangi kerusi berkenaan dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

Keputusan itu menimbulkan dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan ia sebagai manifestasi rakyat yang menolak dasar-dasar kurang popular Kerajaan Perpaduan termasuk langkah penyasaran subsidi diesel.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan