RUU Perbekalan Tambahan 2024 bernilai RM1 bilion diluluskan DUN Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2024 bernilai RM1 bilion, bagi melancarkan operasi pentadbiran kerajaan negeri.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, berkata RUU itu lulus selepas ia dibahas oleh 17 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli DUN.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata anggaran tambahan terbabit mustahak bagi melancarkan operasi pentadbiran kerajaan negeri sehingga akhir tahun ini.

Katanya, jumlah peruntukan tambahan bagi tahun 2024 terbahagi kepada enam kategori perbelanjaan, iaitu Caruman Kumpulan Wang Pembangunan dan Amanah sebanyak RM295 juta, perbelanjaan operasi (RM288 juta); perbelanjaan pentadbiran (RM173 juta); peruntukan khas (RM101 juta); perbelanjaan pelaburan (RM80 juta) dan pemberian geran bagi pelaksanaan program perkhidmatan sosial sebanyak RM64 juta.

Masidi berkata, sebanyak RM529 juta diperuntuk kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya (RM204.9 juta), Jabatan Ketua Menteri (RM109.9 juta); Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (RM55.9 juta); Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM32.1 juta); Kementerian Belia dan Sukan (RM31.9 juta) dan kementerian atau jabatan negeri lain (RM39.9 juta).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Dewan Rakyat akan bincangkan tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025

memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan

Kerajaan akan memperluas TVET pastikan tenaga kerja mampu kendali teknologi canggih

Inilah cara Malaysia akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja mahir

Sasaran bina 500,000 unit Rumah Mampu Milik mencapai 89 peratus – KPKT

baki 56,741 unit RMM dijangka diselesaikan menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) ini

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Labuan

cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan