AIM main peranan dalam menoktahkan kemiskinan

Date:

Share post:

KEPALA BATAS: Golongan wanita yang mendapat manfaat dana pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya membuktikan mereka mampu keluar daripada kepompong kemiskinan,

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam hal tersebut wanita harus mengerahkan segala tekad dan keupayaan dimiliki untuk menjadi insan berjaya.

Katanya, sebagai seorang ibu yang pernah diuji pelbagai cabaran, beliau amat memahami perit jerih dan kepayahan golongan wanita berjuang demi keluarga tercinta.

“Saya tahu, saya faham bagaimana sebagai wanita, kita harus membangunkan segala apa yang kita ada sekarang menggunakan keupayaan fizikal, rohani dan minda.

“Kita melihat golongan wanita ini tidak mampu membuat pinjaman bank, tetapi apabila dibantu mereka boleh berniaga membawa diri dan keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Justeru, AIM ini menjadi bukti bahawa dengan segala tekad, kemampuan, sedikit dana dan pertolongan insya-Allah kita boleh berjaya,” katanya berucap pada Majlis Minum Petang Sahabat AIM Permatang Pauh bersama Kak Wan di Bertam Resort, hari ini.

Wan Azizah menyifatkan AIM begitu dekat dengan diri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal membasmi masalah kemiskinan dan miskin tegar.

AIM pernah menerima peruntukan daripada kerajaan iaitu sebanyak RM200 juta ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid dalam ucapannya berkata lebih 1,000 sahabat usahawan AIM menghadiri majlis itu dengan kebanyakan mereka terdiri daripada peniaga kecil dan sederhana dalam kalangan B40.

Beliau berkata, AIM cawangan Permatang Pauh, mendapat peruntukkan pembiayaan sebanyak RM21.49 juta tahun ini berbanding RM20.18 juta pada 2023 iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus.

“Usaha ini adalah bertujuan memastikan semua sahabat usahawan AIM Permatang Pauh mendapat peruntukan pembiayaan secara berterusan bagi menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

“Sejak penubuhan pada 1987, AIM telah membantu lebih 900,000 usahawan wanita di seluruh Malaysia di mana mereka telah berjaya mengeluarkan diri dan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan dengan membuat skim pembiayaan mikro-kredit AIM.

“Menyahut hasrat Perdana Menteri dalam menoktahkan kemiskinan, AIM akan terus membantu lebih ramai wanita dari golongan miskin dan berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan memastikan peruntukan RM100 juta yang diluluskan Perdana Menteri dalam Belanjawan Madani 2024 akan disalurkan kepada lebih ramai wanita yang memerlukan pembiayaan mikro-kredit untuk mengubah nasib mereka.

Sementara itu, Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, berkata pihaknya merekodkan kadar pemulangan bayaran pinjaman sebanyak 99 peratus tahun lalu dan ia merupakan rekod terbaik dalam tempoh 37 tahun.

Beliau memuji kebanyakan sahabat AIM yang terdiri daripada wanita amat berdisiplin membayar balik pinjaman dan mereka yang diletakkan dalam kumpulan terdiri daripada lima sahabat sentiasa memberi sokongan dan semangat antara satu sama lain.

“Memandangkan kadar tidak mampu membayar balik itu begitu rendah kita tidak senarai hitam mereka. Kita andaikan mereka ini berada dalam kesusahan hidup.

“Kalau keadaan mendesak, dalam kes tertentu mereka boleh lupakan dulu pinjaman dan buat pinjaman baharu sampai perniagaan dia kembali naik dan kemudian barulah fikir bayar semula hutang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Labuan

cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan

Bekalan makanan akan mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut – Mohamad Sabu

Mencukupi atau tidak, kalau ikut pengalaman lepas memang kita dapat sediakan dengan mencukupi,

Peningkatan peruntukan KPKM komitmen kerajaan pastikan kecukupan bekalan makanan negara – Mohamad Sabu

Melalui peruntukan ini, KPKM akan terus memacu sektor agromakanan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang memfokuskan kepada pemodenan dan perkembangan sektor agromakanan bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara

Tumpuan kepada Sabah dalam Belanjawan Madani 2025 amat dialu-alukan

kerajaan negeri juga menghargai Perdana Menteri yang meletakkan kepentingan hak Sabah yang tidak boleh dipertikaikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)