Penurunan surcaj ICPT usaha kurangkan harga barangan – PM Anwar

Date:

Share post:

BUTTERWORTH: Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihak kerajaan bersetuju untuk menurunkan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dengan maksud mereka dapat membantu dalam usaha mengurangkan harga barangan.

“Kita akan pantau adakah penurunan kadar elektrik ini akan membawa kesan penurunan harga barang,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar dengan syarat utama ia tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat Malaysia.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan semalam mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Kenyataan itu memaklumkan penurunan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala pengguna komersial dan industri juga akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj, bagi tempoh sama.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di The Light Hotel, di sini.

Anwar berkata, mesyuarat yang berlangsung lebih kurang dua jam bermula jam 5.50 petang itu, membincangkan isu-isu melibatkan orang Melayu dan Bumiputera di Pulau Pinang, serta program yang boleh dianjurkan bagi membantu mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri, Rashidi Zinol. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...