Bangunkan potensi pelancongan dan pertanian melalui koperasi – Ewon Benedick

Date:

Share post:

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, menggalakkan masyarakat di Sabah supaya membangunkan potensi pelancongan dan pertanian desa di kawasan masing-masing melalui koperasi.

Beliau berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pembiayaan khas untuk koperasi dalam pelancongan dan setakat ini sebanyak 48 koperasi terbabit dalam sektor itu di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.

“Saya percaya, ini dapat dipertingkatkan kerana Sabah dan negara kita mempunyai pelbagai produk pelancongan dan potensi yang luas yang boleh dibangunkan.

“Oleh itu, saya menggalakkan masyarakat di negeri ini supaya mempertimbangkan penubuhan koperasi sebagai satu platform membangunkan potensi pelancongan dan pertanian desa yang ada di daerah atau kampung mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringkat Komuniti dan melancarkan Program Jejak Koperasi (JEJAK) Peringkat Negeri Sabah di Kiau, sini hari ini.

Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUAN) Kadamaian berkata, Program JEJAK menyediakan insentif khas untuk koperasi yang terbabit dalam aktiviti pelancongan.

“Ini merupakan sumbangan kementerian khususnya SKM kepada persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya berhasrat gerakan koperasi turut berupaya menyediakan produk pelancongan setanding dengan pengusaha-pengusaha lain seperti resort, hotel dan restoran besar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat merebut peluang yang disediakan kerajaan dengan menubuhkan koperasi pelancongan.

“Kita akan terus menguar-uarkan inisiatif ini. Selain inisiatif untuk koperasi pelancongan, kita juga ingin melihat agar lebih banyak koperasi terlibat dalam sektor pertanian bagi menyumbang kepada keterjaminan makanan dalam negara,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut bersetuju menyalurkan bantuan pembangunan sebanyak RM35,000 kepada koperasi pelancongan di Kiau iaitu Koperasi Pelancongan Sogindai Kiau Berhad, Koperasi Minitinduk Kiau Berhad dan Koperasi Eko Pelancongan Kiau Berhad.

Peruntukan sebanyak RM200,000 turut diberikan bagi pembangunan Tamu Desa di Kampung Kiau, manakala Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau menerima peruntukan RM20,000 untuk membaik pulih dewan di sekolah itu. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi

Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini

Syarikat China melabur RM10 bilion bangunkan tenaga hijau di Sarawak

"Kami percaya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mempunyai visi yang jelas dan yakin beliau boleh menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau.Sehubungan itu, ingin menghulurkan sokongan kami (dalam pelan tenaga hijau),"