RM19 juta diperuntukkan oleh SME Bank kepada 26 usahawan di Sabah – Ewon

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: SME Bank satu daripada agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan 26 permohonan melibatkan pembiayaan RM19 juta kepada usahawan perusahaan, mikro kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah, setakat Mac tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pada tahun lepas SME Bank telah meluluskan pembiayaan kepada 118 usahawan PMKS di Sabah melibatkan pembiayaan sebanyak RM162 juta.

“Saya percaya sebahagian daripada kejayaan SME Bank melahirkan ramai usahawan PMKS di Sabah, hasil daripada program-program Jom Xcess yang diadakan pada tahun lepas.

“Program Jom Xcess peringkat Wilayah Sabah ini bertujuan menghebahkan program-program pembiayaan dan program latihan keusahawanan yang disediakan SME Bank dan anak syarikat iaitu CEDAR.

“Selain itu ia juga bertujuan membantu mengukuhkan ekosistem ekonomi Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jom Xcess SME Bank Pusat Wilayah Sabah, di Pasific Sutera Hotel, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh, Pengerusi SME Bank Dato’Muslim Hussain, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Wira Aria Putera Ismail.

Pada majlis itu Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM420,000 daripada SME Bank untuk pembangunan 30 usahawan asnaf di di Sabah.

Ewon berkata, secara keseluruhannya SME Bank membantu seramai 449 usahawan asnaf di seluruh negara dan daripada jumlah itu seramai 42 orang di Sabah.

“Ini menunjukkan SME Bank bukan hanya membangunkan usahawan kecil dan sederhana tetapi juga membangunkan usahawan asnaf B40 supaya mereka ini daripada penerima zakat kepada penyumbang zakat apabila dibangunkan melalui program I-Tekad oleh SME Bank,” katanya.

Turut disampaikan pada majlis itu, penghargaan kepada pelanggan SME Bank. Penerima itu ialah Rosmie Snack Industri Sdn.Bhd.

Rosmie adalah peserta Program Eksport Perniagaan(BEP) dan telah berjaya menembusi pasaran Jepun dan Brunei pada 2023. Beliau mendapat peningkatan jualan sebanyak 23 peratus bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...