Calon Speaker Dewan Negara masih dalam perbincangan – PM Anwar

Date:

Share post:

KUCHING : Beberapa nama sudah disenarai pendek untuk mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini pihaknya masih dalam perbincangan awal berhubung pengisian jawatan itu.

“Speaker (Yang Dipertua Dewan Negara) belum lagi. Memang ada nama dikemukakan.

“Ada ramai nama dikemukakan (calon), tetapi kita masih dalam perbincangan awal,” katanya ditemui media selepas pertemuannya dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Hotel Hilton, di sini, lewat petang ini.

Turut sama dalam pertemuan tertutup itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mengulas pertemuan dengan pimpinan kanan Sarawak itu, Anwar berkata, ia rutin yang dilakukannya setiap kali mengadakan lawatan ke Sarawak.

“Bila ada lawatan ke Sarawak saya biasanya mengambil kesempatan untuk berjumpa dan berbincang dengan Premier serta beberapa pimpinan kanan negeri supaya projek serta keputusan dasar kerajaan kita dapat jalankan dengan lebih berkesan.

“Dengan hubungan Persekutuan dengan negeri yang baik alhamdulillah, tetapi kita juga harus mendengar beberapa pandangan pimpinan negeri supaya keutamaan beberapa pelaksanaan dasar projek dapat dijalankan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, turut dibangkitkan keputusan kerajaan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris di sekolah.

“Dari segi dasar itu tidak bercanggah asalkan bahasa Melayu masih kekal (sebagai bahasa utama).

“Penambahan itu penting dan saya berpandangan untuk Malaysia melonjak ke depan penguasaan bahasa Melayu harus mantap dan pada masa yang sama penguasaan bahasa Inggeris juga harus ditingkatkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami

Kebijaksanaan dan Hikmah: Permata Agung dalam Memimpin Kehidupan

Seperti ombak yang tidak pernah jemu menghempas pantai, cabaran hidup hadir tanpa henti, menguji keteguhan jiwa dan kecerdikan akal. Di sinilah kebijaksanaan dan hikmah menjadi pelita yang menyinari lorong-lorong gelap perjalanan ini.

Tanggungjawab Kepimpinan dalam Islam dan Relevansi dalam Politik Malaysia

Kepimpinan dalam Islam adalah sebuah tugas yang tidak hanya menyentuh batas duniawi tetapi juga melangkaui keabadian akhirat. Ia bukan sekadar satu takhta yang dihiasi dengan simbol kuasa, tetapi sebuah amanah yang menuntut keikhlasan, keadilan, dan pengorbanan.