Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah komited lindungi dan tuntut hak Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah komited dalam melindungi hak Perlembagaan Negeri Sabah khususnya berkaitan dengan peruntukan Pemberian Khas 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof menegaskan, pihaknya secara aktif mengambil bahagian dalam semua perbincangan berkaitan perkara itu bersama-sama Kementerian Kewangan Negeri Sabah serta kerajaan Persekutuan.

Pihaknya juga menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang menegaskan pendirian negeri untuk mempertahankan hak perlembagaan dan terus memperjuangkan semua hak Sabah seperti yang digariskan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah turut memainkan peranan penting dalam rundingan ini bagi memastikan tuntutan adalah berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah.

“Usaha dilakukan ini supaya kerajaan Persekutuan mematuhi formula perkongsian hasil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan termasuk tuntutan semula pampasan untuk ‘tahun-tahun yang hilang’ dari 1974 sehingga sekarang memandangkan tiada sebarang usaha semakan semula dilakukan terhadap geran khas berkenaan.

Selain itu pihaknya menghormati tindakan prosiding undang-undang yang dibuat oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS)dan menyifatkan ia sebagai hak mereka untuk memohon semakan kehakiman mengenai perkara itu.

Katanya, litigasi kepentingan awam penting bagi menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan keadilan yang saksama. 

Beliau menjelaskan, pihaknya akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan sebarang kenyataan yang salah dan terpesong daripada pendirian rasmi negeri ini.

“Tanpa mengira keputusan di Mahkamah Rayuan, Sabah mengekalkan tuntutan rasmi bahawa kerajaan Persekutuan perlu memenuhi kewajipan undang-undang dan perlembagaan berkenaan dengan geran khas itu.

“Hak kewangan ini berasal dari dalam rundingan pra-pembentukan Malaysia dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, adalah hak Sabah yang tidak boleh dirunding.

“Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk terus menuntut semua hak yang sepatutnya kepada negeri ini berlandaskan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan terus komited tangani kos sara hidup – PM Anwar

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,”

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi

Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini