Malaysia dan Uzbekistan kerjasama teroka sektor petrokimia

Date:

Share post:

TASHKENT: Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata, Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, terutamanya melalui projek metanol-kepada-olefin (MTO), hidrogen hijau dan pengeluaran berkaitan, termasuk ammonia hijau.

“Kedua-dua pihak mengalu-alukan potensi sumbangan Petronas menerusi latihan kepada kakitangan Uzbekistan dalam sektor minyak dan gas,” demikian menurut kenyataan itu.

Uzbekistan mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pusat kewangan Islam terbesar di dunia dan bersedia menyediakan bantuan yang diperlukan kepada bank-bank Malaysia untuk menyertai pasaran kewangan negara tersebut bagi menjalin kerjasama dalam bidang kewangan Islam.

“Malaysia mengambil maklum tentang minat itu dan bersedia untuk mengadakan libat urus dengan Uzbekistan mengenai pembangunan ekosistem kewangan Islam di Uzbekistan.

“Para pemimpin komited untuk meningkat dan mengukuhkan rangka kerja kerjasama berasaskan perjanjian dua hala melalui permeteraian dokumen jangka panjang baharu dalam pelaburan, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan, inovasi, kastam dan bidang kepentingan bersama yang lain,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Mirziyoyev sebelum mengadakan mesyuarat bersama presiden itu.

Semasa pertemuan selama sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Anwar dari Kazakhstan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).

Uzbekistan adalah persinggahan terakhir bagi lawatan rasmi Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Sebelum itu, Perdana Menteri melawat Republik Kyrgyz dan Kazakhstan. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...