Minum air secukupnya dan elak terdedah cuaca panas semasa kerjakan ibadah haji

Date:

Share post:

MAKKAH: Cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 45 darjah Celcius boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan kepada jemaah haji tetapi juga petugas yang berada di Tanah Suci ketika ini.

Berikutan itu Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.

“Cuaca yang panas 35 hingga 45 darjah Celsius merupakan cabaran kepada jemaah jadi jangan terlalu terdedah.

“Minum air secukupnya supaya dapat jaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya kepada petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini semalam.

Selain itu beliau yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH juga menasihati jemaah haji untuk sentiasa menjaga keselamatan berikutan penempatan hotel di Mekah berlainan daripada Madinah yang lebih hampir dengan Masjid Nabawi.

“Penempatan di Mekah adalah di keliling Masjidil Haram iaitu dengan jarak 400 hingga 900 meter dan ketika ini belum banyak lagi jemaah tiba di Mekah yang menyebabkan ada ketika suasana lewat malam dan awal subuh agak sunyi.

“Jadi saya mengharapkan jemaah agar menjaga keselamatan mereka serta jalan secara berkumpulan dan tidak sendirian kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini terhadap keselamatan mahupun barangan mereka,” katanya.

Sementara itu bagi seorang petugas TH di bahagian Pos Laju, Zulhairi Ismail, 41, mengakui keadaan cuaca panas memerlukannya mengambil beberapa langkah berhati-hati untuk mengelak daripada kesihatan terjejas bagi memastikannya dapat terus menyantuni jemaah haji.

“Sejak dari tanah air lagi hasil pembacaan dilakukan berhubung keadaan cuaca di sini. Saya telah bersedia dengan beberapa kelengkapan seperti krim pelembab untuk badan dan bibir.

“Memang diakui walaupun matahari tak nampak, tetapi keadaan agak bahang menyebabkan kulit dan bibir cepat menjadi kering. Alhamdulillah dengan persediaan dilakukan termasuk memakai pelitup muka serta memakan vitamin, saya dapat mengurangkan masalah berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Seorang daripada jemaah, Siti Mariam Mohamad, 70, dari Perlis berpendapat keadaan cuaca di Madinah lebih panas berbanding di Mekah.

Beliau yang baharu sahaja tiba di Mekah pada Selasa lepas dan kini menginap di Hotel Abraj Al Janadiriyah memaklumkan mengamalkan minum dengan kerap termasuk air Zam-Zam untuk mengelakkan cepat letih serta memastikannya terus dapat beribadah.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...